Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday 18 September 2014

NZ 2006 - Ringkasan Percutian

Tarikh Percutian : 15 hingga 27 November 2006
Pakej : Persendirian (sendiri atur)
Waktu New Zealand : +12GMT (perbezaan +4 jam dari waktu Malaysia)

Ini di airport Auckland (airport code AKL), menunggu pernerbangan pulang ke Malaysia...


Ringkasan percutian New Zealand 2006 :-

i) Penerbangan pergi-balik KUL-AKL

(15/11/2006 - 17/11/2006 Auckland)

ii) Penerbangan sehala AKL-ZQN (Queenstown Airport) dan pemanduan kereta pergi balik dari Queenstown ke Milford Sound, berpengkalan di Te Anau.

(17/11/2006 - 19/11/2006 : Te Anau)

iii) Pemanduan kereta dari south island (Milford Sound) ke north island (Auckland) menyeberangi Selat Cook dengan feri Interislander. Jarak pemanduan kereta keseluruhan menjangkau lebih 2,000km.

(19/11/2006 - 21/11/2006 - Queenstown)

(21/11/2006-23/11/2006 : Christchurch)
(24/11/2006 - 26/11/2006 : Rotorua)
(26/11/2006 - 27/11/2006 : Auckland)

Oh ya.. motel budget Rotorua yang kami sebutkan dalam post ini, nama dia Rotorua Pineland.

Ini adalah percutian pertama/julung kali yang dirancangkan, diaturkan, segalanya ditempah sendiri secara terus oleh kami (tanpa sebarang agensi),  samada dari Malaysia lagi, ataupun tempahan di NZ. Percutian ini diaturkan sendiri gara-gara tidak mahu membelanjakan kos percutian yang agak kurang memuaskan apabila dibuat melalui tempahan dari agensi-agensi perlancongan, sepertimana percutian-percutian sebelum ini.

Cara ini boleh menjimatkan kos "middle man" tetapi memerlukan perancangan awal (seawal 4 hingga 6 bulan) dan agak "laborious/banyak kerja". Oleh kerana "banyak kerja" tetapi masih mahukan kos perbelanjaan sejimat yang mungkin, akhirnya, 6 tahun kemudian, kami bertemu dengan World Ventures pada tahun 2012. Semenjak itu percutian kami dibuat melalui "one-stop booking engine", sekiranya tiada "dreamtrips" yang sesuai dan ianya menjimatkan walaupun penginapan kami bertaraf 4 atau 5 bintang, dan tidak lagi macam ini.

Ini dia kos sebenar perbelanjaan percutian keluarga (5 org) di NZ:-



Monday 15 September 2014

NZ 2006 Part 7 - Lord of the Ring

Tarikh Percutian : 15 hingga 27 November 2006
Pakej : Persendirian (sendiri atur)
Waktu New Zealand : +12GMT (perbezaan +4 jam dari waktu Malaysia)

The last leg (lebihkurang 270km) sebelum kembali ke Malaysia...


Selepas meninggalkan Rotorua, kami menuju ke Matamata, salah sebuah lokasi utama penggambaran filem Lord of the Ring..


 Di Hobitton, Matamata sebelum di bawa ke lokasi penggambaran

Lokasi penggambaran

Rumah hobits..

Persinggahan kami seterusnya adalah Waitomo Glowworm Caves. Tidak banyak photo di sini, depa tak bagi guna kamera dalam glow worm caves tu..


Lewat petang, kami tiba di tempat penginapan, Best Western Gateway Hotel, dekat dengan airport, untuk kembali ke Malaysia pada keesokan harinya...


Friday 12 September 2014

NZ 2006 Part 6 - Wellington to Rotorua

Tarikh Percutian : 15 hingga 27 November 2006
Pakej : Persendirian (sendiri atur)
Waktu New Zealand : +12GMT (perbezaan +4 jam dari waktu Malaysia)

Hari ini perjalanan kami akan berakhir dengan penginapan di Rotorua yang terletak lebih kurang 450km ke utara.


Dah lupa nama budget motel di Rotorua. Pemilik/pengurus motel ini agak "strict". Dalam unit penginapan ada tertampal syarat-syarat penginapan yang perlu dipatuhi oleh penginap-penginap. Waktu malam, bila cuaca sejuk, unit penginapan dilengkapi dengan sistem pemanas yang mengalirkan haba dari wap-wap geothermal/geyser. Kami kesejukan juga dan terpaksa menggunakan selimut tebal bila tidur. Tetapi pakaian basah kami kering keesokan harinya apabila disidai di tempat khas yang disediakan diluar unit.

Pada suatu hari, kami ditegur oleh pemilik/pengurus kerana memasak kari dalam unit penginapan. Katanya bau kuat mengganggu jiran. Kami maklumkan kepadanya bahawa kari (jenama maggi)  tersebut kami beli dari pasaraya yang terletak diseberang jalan. Selepas balik ke Malaysia, kami buat "review" di website yang mana kami tempah penginapan tersebut. Kami tulis something like "macam duduk di asrama yang dikawal oleh warden garang".. hahaha... rasanya review kami ditolak penyiarannya oleh website itu.

Anyway, berbalik kepada perjalanan kami pada hari ini.... tempat pertama kami singgah selepas meninggalkan Wellington...






Seterusnya kami ke Lake Taupo..



Antara tempat-tempat persinggahan kami di persekitaran daerah Lake Taupo...


Taupo Puzzle World



Huka Prawn Park.. makan banyak udang air tawar di sini...


Dan keesokan harinya, di Rotorua


 




Monday 8 September 2014

NZ 2006 Part 5 - Wellington

Tarikh Percutian : 15 hingga 27 November 2006
Pakej : Persendirian (sendiri atur)
Waktu New Zealand : +12GMT (perbezaan +4 jam dari waktu Malaysia)


Tiba masa untuk menyeberang Selat Cook ke north island dengan menaiki feri Interislander.



Dari Christchurch menuju ke pelabuhan feri Picton yang jaraknya lebihkurang 330km ke utara. Feri mengambil masa lebihkurang 31/2 jam untuk menyeberang.


Pemanduan ke Picton melalui jalan pesisir pantai, kami singgah di beberapa tempat untuk mengambil angin sambil menikmati pemandangan sekeliling..


Kami singgah makan tengahari di Kaikoura... makan crayfish (macam lobster) segar di Nin's Bin..


Pakir kereta yang di sewa (diganti dengan kereta lain apabila tiba di Wellington nanti) dan masuk ke terminal feri menunggu masa untuk menaiki feri. Kami berlepas dalam jam 4 petang hari itu dan tiba di Wellington pada lebihkurang jam 7:45 malam..


Penginapan kami, Sharella Motor Inn di Wellington....


Ini gambar kereta sewa yang diganti semasa tiba di Wellington..
 

Malam itu kami ke pusat bandar Wellington dan menemui sebuah restoran Malaysia.., Istana Malaysia, The Palace of Malaysian Cuisine. Kami order nasi goreng bungkus untuk makan di motel... tuan restoran itu kasi extra nasi pula selepas berbual bertanyakan percutian kami ke New Zealand..



Friday 5 September 2014

NZ 2006 Part 4 - ke Christchurch

Tarikh Percutian : 15 hingga 27 November 2006
Pakej : Persendirian (sendiri atur)
Waktu New Zealand : +12GMT (perbezaan +4 jam dari waktu Malaysia)

Pagi-pagi lagi sudah bertolak dari Queenstown agar dapat sampai ke bandar Christchurch sebelum gelap malam. Christchurch terletak lebih 500 km dari Queenstown melalui jalan tengah / kawasan tasik yang sangat indah pemandangannya.


Tak jauh dari Queenstown, terdapat satu tempat di mana kita boleh mencuba bungee jumping dari atas jambatan. The Kawarau Bridge Bungy Centre. Singgah sekejap untuk melihat keadaannya. Memang tinggi jambatan tersebut dan nun di bawah sana adalah sungai. Tak sanggup nak berbungee jumping!


Sebelum sampai di Cromwell, kami singgah untuk membeli buah-buahan di gerai kecil tepi jalan. Setelah memilih sedikit buah-buahan, kami menunggu agak seketika kemunculan tuan gerai untuk membayarnya. Ada sesuatu yang tak kena apabila tuan gerai tidak juga muncul. Lepas tu barulah kami perasan, ada sebuah tabung tin dilabelkan "We're Here!!!", untuk kami memasukkan wang pembayaran. Huh! Kalau tempat kita.....hmmmmmm...


Sememangnya pemandangan sangat indah di sepanjang perjalanan ke Lake Pukaki dan Lake Tekapo. Bagi kami, dalam banyak-banyak percutian, New Zealand south island destinasi perlancongan yang paling cantik, selain dari Parmukalle, Turki.

Lake Pukaki, air tasiknya amat biru warnanya..


Tiba di motel penginapan kami, Papanui Court Motel di Christchurch.. hari dah hampir gelap....


Hari-hari berikutnya di Christchurch.... di International Antartic Centre..


Christchurch Gondola Ride...


Selepas Christchurch, bermulalah perjalanan untuk kembali ke NZ north island.

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...