Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday 30 June 2015

Japan Kali Kedua

24 APRIL 2015

Sekiranya anda ingin melawat Jepun, bolehlah meninjau entri kami "Planning a vacation in Japan? Take a look at these tips.." untuk mendapatkan serba sedikit maklumat awal.


Perjalanan pergi ke Jepun

Kami, hanya berdua, menaiki MH70, berangkat dari KLIA sebelum tengahari dan sampai sebelah petangnya di Narita. Percutian kali ini selama 8 hari, tertumpu di Tokyo dan Osaka/Kyoto.

(Dalam MH70)
Hidangan awal yang dihidangkan sejurus menaiki MH70...


Yang ini pula, bekalan yang disediakan sebelum berangkat, didingin-bekukan di rumah dan dipanaskan semula di Jepun nanti.

(Special diet pre-cooked meals)
Yang ini pula adalah bekalan makanan untuk sehari dua selepas  ketibaan, just in case kalau susah nak jumpa makanan Halal...



Perjalanan balik ke Malaysia

Perjalanan balik menaiki MH89, waktu sebelum tengahari di Narita dan sampai petang di KLIA pada 3 Mei, 2015.

Ianya bermula dari stesen ShinOsaka ke stesen Tokyo dengan shinkansen Tokaido/Sanyo. Kemudiannya bertukar kepada Narita Express di stesen Tokyo menuju stesen Narita Airport.


Tokaido/Sanyo shinkansen dari ShinOsaka ke Tokyo..


Pertukaran tren di stesen Tokyo...


Narita Express yang kami naiki.. tidak ramai penumpang dalam kabin kami..


Sampai di Narita Airport setelah 3jam 45 minit perjalanan meliputi jarak sejauh 570km..
 

Semalam di International Garden Hotel Narita, sebelum bertolak pulang ke Malaysia keesokan harinya..





Sebelah petang sedikit, pergi bersiar-siar ke pusat bandar Narita dan singgah membeli belah di AEON Narita dengan menaiki bas (shuttle) yang disediakan percuma oleh pihak hotel. 

Sedikit pemandangan dari tingkap bas..


Keesokan harinya di lapangan terbang Narita (pelepasan antarabangsa).. Selepas mendaftar masuk di kaunter dan membeli-belah sedikit sebanyak, kami terus ke business lounge MAS (yang disediakan oleh QANTAS airlines) sebelum menaiki MH89.



Di dalam kabin MH89 menikmati hidangan (dingin-beku yang disediakan lebih awal semasa di hotel) yang dipanaskan dan dihidangkan oleh cabin-crew MAS.


Kami bercita-cita untuk ke Jepun lagi dalam masa yang terdekat. Kali ini kami bercadang untuk pergi bersama anak-anak pula...

Saturday 27 June 2015

Kyoto - Arashiyama Area (Torokko-Sagano Scenic Train)

01 MEI  2015


Perjalanan dari Shin Osaka ke Kyoto Station hanya mengambil masa kurang dari 15 min dengan Shikansen.

Kyoto yang dulunya bandar Diraja Japan selama lebih daripada seribu tahun, mempunyai ribuan shrine dan ada senibina tradisional yang masih dikekalkan

Kami menuju ke area Arashiyama dengan menaiki JR line (Sanin Main Line) dan berhenti di Saga Arashiyama Station. Kalau ingin ke hutan buloh (bamboo forest), bolehlah berjalan kaki  dalam sekitar 20 min dari stesen ini.

Menaiki Sagano Romantic Train sehala  bermula di Saga Torokko Station dan berakhir di Kameoka Torokko Station.  Kemudian berjalan kaki ke Station JR Umahori, untuk ke station Kyoto semula.


(Stesen Saga Torokko)
(Kaunter tiket Romantic Train)




Sampai di Arashiyama Torokko Station, ramai yang berartur untuk menaiki romantic train  wpun sudah penuh., mereka yang berjalan dari bamboo forest.



Setelah sampai di Kameoka Torokko Station, berjalan kaki ke station JR Umahori (15min) untuk kembali semula ke Kyoto Station...



Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...