Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday 21 September 2015

Rastoke Village, Croatia


09 June 2015

Perjalanan ke Apartment Marija dari Zagreb tidaklah jauh sangat. Waze memandu arah ke jalanraya secondary, bukan highway utama. Walaubagaimanapun perjalanan adalah selesa, tidak banyak kenderaan.



Oleh kerana tiba awal, kami singgah dulu di Rastoke Village sementara menunggu waktu check in to Apartment Marija.

Sediakan wang kecil matawang Croatia, kuna, untuk membayar pakir bermeter di kawasan ini. Pemandangan yang menarik boleh saja dinikmati dari luar 'Kampung Rastoke' dengan berjalan-jalan di kawasan sekeliling. Ada bayaran masuk ke 'Kampung Rastoke' sekiranya anda ingin melihatnya  dan mengetahui perkampungan Rastoke dengan lebih dekat.

"Rastoke - more than 300 years ago, this multitude of cliffs and small islets was chosen for a place where a water-milling settlement with flour and grist mills, flax-stamping mills, wash mills and wooden gangways was built."







(Sungai Korana yang mengairi Kampung Rastoke)












Singgah membeli air minuman dan fridge magnet... lucu.. bila tak dapat berkomunikasi dengan baik.  minta air yang tak bergas, tapi diberinya air minuman yang bergas...  Penggunaan bahasa inggeris mereka sangat terhad, pun begitu mereka tetap peramah dan mesra.













Memasuki kawasan "Perkampungan Rastoke"

Pintu masuk ke kampung Rastoke


















































(laluan sempit untuk menuju ke gua)













Setelah habis menjelajah Rastoke, kami bergerak ke Apartment Marija untuk bermalam sebelum melalukan ziarah utama kami di Croatia, iaitu Plitvice National Park (artikel selepas ini) pada hari esoknya. Apartment ini merupakan sebuah rumah lengkap untuk keluarga yang terletak tidak berapa jauh dari Rastoke dan berhampiran dengan Plitvice. 

Host apartment duplex yang kami sewa merupakan sebuah keluarga yang mesra. Kebetulan pula ketua keluarga mereka merupakan seorang kakitangan di Plitvice National Park. Minum petang bersama mereka, kami mendapat tips berkunjung ke Plitvice.

(Bilik tidur di bahagian atas)
(ruang dapur yang lengkap)
(bahagian hadapan rumah)

Apartment duplex ini seperti sebuah homestay, terletak di tepi jalanraya, lengkap dengan garaj kereta. Ia bagaikan sebuah perumahan kampong dengan kehijauan taman di sekeliling, nyaman untuk bersiar-siar di sebelah petang sebelum hari gelap.


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...