Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 21 June 2025

Bursa dan asal usul Empayar Osmaniah (16 hingga 22 Mei 2025)

 BURSA

Setelah mendarat di lapangan terbang Istanbul dari Trabzon, kami menaiki bas ekpress yang tersedia di lapangan terbang Istanbul untuk ke Bursa.

Kami sampai di stesen bas Bursa, lebihkurang 3 jam perjalanan, dan dari stesen bas Bursa kami memilih mengambil teksi untuk ke hotel di pusat bandar Bursa. 

Kami mencari penginapan berdekatan dengan Bursa Grand Mosque (Ulucami). Walaupun bukan musim cuti, hotel yang kami ingini habis ditempah sebelum kami sampai di Turki lagi. Akhirnya, kami menempah (dari Malaysia lagi) Hotel Artic yang juga berdekatan dengan Ulucami. 

Hotel ini memang lebihkurang seberang jalan dengan Ulucami, cuma biliknya agak kecil.

Bursa Grand Mosque (Ulucami)

Waktu malam dari tingkap penginapan

Dari tempat penginapan di Bursa, kami hanya berjalan kaki untuk bersiar-siar ke tempat membeli belah, tempat-tempat tarikan perlancongan, makam Osman dan puteranya Orhan.

Hari hujan waktu kami berjalan kaki menziarah makam Osman Gazi (putera Ertugrul), pengasas Empayar Osmaniah dan, Orhan Gazi (putera Osman) yang mula meluaskan empayar Osmaniah.


Makam Orhan Gazi


Makam Osman Gazi


Bandar Bursa, dari tanah tinggi makam Osman dan Orhan Gazi

Di hari terakhir di Bursa, kami menyewa kereta pandu sendiri lagi untuk ke Cumalikizik dan Sogut. Kenderaan awam, kecuali bas, tidak ke sini dan tidak kerap. Walaupun mungkin terdapat beberapa bas ke Cumalikizik (tidak berapa jauh dari Bursa), tetapi mungkin hanya satu perjalanan bas sahaja setiap hari untuk ke Sogut (lebih 100km dari Bursa)


CUMALIKIZIK

Cumalikizik adalah perkampungan awal empayar Osmaniah yang kini disenaraikan (pada 2014) dalam Warisan Dunia Unesco.


 
SOGUT

Kami ingin ke Sogut selepas menonton drama bersiri Turki, Diriliş: Ertuğrul. Drama bersiri ini bermula dengan kisah Kayi tribe (IYI), yang diketuai oleh Sulaiman Shah, bapa kepada Ertugrul. Putera Ertugrul, Osman, mengasakan empayar Osmaniah yang kemudian mula diperluaskan oleh puteranya, Orhan.

Dari drama Dirilis Ertugrul inilah, kami mula berminat dengan sejarah Turki. Lain-lain drama turki bersiri yang kami tonton adalah Osman (sambungan kepada Dirilis Ertugrul), Selcuklu (empayar sebelum Osmaniah), drama-drama di zaman Osmaniah seperti Muhtesem Yuzyil/The Magnifient Century (Sultan Sulaiman), Kosem (antara wanita paling berkuasa di zaman pemerintahan khalifah Osmaniah, selain dari Hurem), Sultan Fatih dan penaklukan Constantinople (kini Istanbul), Payitaht Abdul Hamid (khalifah Osmaniah sebelum kejatuhan empayar Osmaniah).

Sehari sebelum hendak ke Sogut, kami dapati semua kereta sewa di pusat Bandar Bursa tempat kami menginap itu habis ditempah. Akhir sekali, kami tempah melalui online dari Budget Car Rental yang terletak di luar kawasan pusat bandar. Keesokan harinya kami menaiki teksi untuk ke tempat kereta sewa ini.

Tujuan kami ke Sogut, hanyalah untuk menziarahi makam Ertugrul. Kami ambil gambar pokok ini semasa mula memasukki sempadan pekan Sogut. Bagi sesiapa yang mengikuti sejarah Osman Gazi (mengikuti siri drama Ertugrul / Osman) akan tahu cerita sejarah pokok ini yang berkaitan dengan kebangkitan Osman.

 

Kami sampai di makam Ertugrul yang sentiasa dikawal waktu makam ini dibuka untuk kunjungan.

Makam Ertugrul Ghazi


Di sekeliling makam Ertugrul, diletakkan sampel tanah-tanah dari tempat (negara) lain yang kami agak melambangkan tanah tempat dimana kekuasaan empayar Osmaniah (ataupun semasa era Ertugrul Gazi dan bapanya Suleiman Shah pernah jejak kaki?). Di bawah ini sampel tanah dari Turkmenistan, Uzbekistan, Azerbaijan, Kazakhstan. Lain2 tempat adalah dari Kosovo, Bosnia, Iraq, Lubnan, Farsi, Ukraine dan beberapa tempat lagi yang kami tidak ambil foto.


Di luar bangunan makam Ertugrul, terdapat makam Halime, yang tidak ditandakan (isteri Ertugrul), putera-puteranya yang lain seperti Gunduz, Dundar, Sayci, sahabat-sahabat, pahlawan-pahlawannya (Alps) serta watak-watak yang ada diceritakan dalam drama bersiri Dirilis Ertugrul, seperti Turgut, Abdul Rahman, Samsa, Konur, Saltuk, Coban, Akca Koca, Aykut dan lain-lain.


Mussola/Masjid di kawasan makam Ertugrul


Tempat penginapan (hotel) di seberang jalan makam Ertugrul. Agaknya untuk mereka yang datang ke sini dengan bas/kenderaan awam yang mungkin ada hanya satu perjalanan saja sehari dari bandar Bursa.

Dalam perjalanan balik ke Bursa, kami singgah di bukit kecil ini yang kami perasan semasa menuju ke makam Ertugrul. Lambang Kayi - IYI

Bendera IYI dan logo melambangkan kerajaan awal Osmaniah yang disemadikan di dinding sebelum kami keluar dari Sogut.

Kami sampai kembali ke tempat sewa kereta setengah jam sebelum ianya di tutup untuk memulangkan kereta yang kami pakai tak sampai satu hari. Dari situ, kami ambil teksi untuk kembali ke hotel penginapan di Bursa.


ISTANBUL

Kami menaiki bas ekpress ke Istanbul, kali ini, untuk berhenti di stesen bas Esenler, stesen yang paling hampir dengan Aksaray, tempat hotel penginapan kami seterusnya di Istanbul. Kami memilih untuk menginap di Oren Hotel, sebuah hotel bajet kecil tetapi dekat dengan stesen bas Havaist (untuk kami ke airport untuk pulang ke Malaysia) dan stesen metro/tram Aksaray.

TIPS :- Di Istanbul, elakkan menaiki teksi kerana ianya menjadi bualan umum teksi-teksi di Istanbul mengenakan caj yang mahal terutamanya kepada pelancong. Mereka juga tidak menggunakan meter. Kata orag tempatan, amat jarang untuk berjumpa dengan tuan teksi Istanbul yang 'honest'. Di Bursa, mereka menggunakan meter dan bagi kami kadarnya adalah berpatutan walaupun lebih mahal jika dibandingkan dengan kadar pengangkutan awam yang lain seperti bas, tram dsb. Bila di Istanbul, pilihlah penginapan yang berdekatan dengan stesen metro/tram.

Ini kali ke-3 kami ke Istanbul (sebelum ini kami ke Istanbul pada 2011 dan 2019). Tujuan ke Istanbul hanya untuk menghabiskan masa untuk balik ke Malaysia dan untuk ke kedai Turkish Delight Hafiz Mustafa. Kami bersiar-siar dengan menggunakan tram dari tempat penginapan kami.


Masjid Biru masih lagi dalam renovasi sejak kami last ke Istanbul dulu (2019)


Minum dan menikmati Turkish Delight dan Baklava di Hafiz Mustafa, berdekatan area Eminonu.


Kesokan harinya, kami menaiki bas ekpress Havaist di stesen Aksaray, jam 10 pagi, untuk ke airport Istanbul. Selesai check in pada jam 12 tengahari, kami terus masuk untuk menunggu kapalterbang berlepas jam 4 petang. Kami menunggu di dalam longue airport setelah mendapat dua lounge pass percuma.

Kami mendarat di KLIA jam 7pagi waktu Malaysia pada keesokan harinya.

Nota : Walaupun matawang TRY jatuh (dalam 11sen untuk 1 TRY), kami rasakan perbelanjaan di Turki kali ini terasa lebih mahal dan tidak sepadan berbanding waktu kami datang dulu (waktu itu 1 TRY bersamaan lebihkurang 30 sen lebih). Terasa kos perbelanjaan lebih mahal daipada perbelanjaan di Malaysia.

   

Thursday, 19 June 2025

Turki (Black Sea Regions) - 7 to 16 May 2025

Tahun 2025, kami hanya merancang percutian untuk ke Turki sahaja, kali ini tumpuan adalah di kawasan Black Sea dan Bursa. Rancangan asal percutian adalah selama lebih 3 minggu, tetapi kami pendekkan kepada 2 minggu setelah percutian ke Turkmenistan yang tidak dirancangkan berlaku di mana kami ke Turkmenistan dan juga ke Uzbekistan & Tajikistan selama lebih sebulan. Kami ke Turkmenistan sebelum menjelang Ramadhan dan menyambut Aidil Fitri di sana sebelum pulang ke Malaysia.

Percutian ke Turki kali ini dapat kami pendekkan dari 3 minggu lebih kepada 2 minggu lebih apabila penerbangan asal kami ke Istanbul dari KLIA diubah jadual dan kami dibernarkan untuk menjadualkan penerbangan kami tanpa sebarang kos.

Penerbangan jam 10:50 pagi dari KLIA terus ke Istanbul mengambil masa lebihkurang 10 jam 30 minit. Sampai di Istanbul lebihkurang jam 5pm waktu Turki, kami mengambil penerbangan jam 8pm ke Trabzon yang mengambil masa lebihkurang 1 jam 40 minit. Sesampainya di Trabzon kami terus mengambil teksi airport untuk bermalam di hotel sekitar airport.


TRABZON

Pemandangan pagi keesokan harinya dari hotel (Nova Suite Residence) tempat kami menginap berdekatan dengan Trabzon airport. Pagi itu kami ke airport semula untuk mengambil kereta sewa pandu sendiri yang telah kami tempah siap-siap dari Malaysia.

Kereta Fiat Egea yang kami sewa


Kami bersiar-siar di kawasan pusat bandar Trabzon sebelum memulakan perjalanan keluar dari daerah Trabzon. Di Trabzon, terdapat juga Hagia Sofia (yang kita biasa dengar Hagia Sofia di Istanbul). Hagia Sofia Trabzon adalah kawasan gereja ortodok greek. Maklumatnya boleh dibaca DI SINI.


Pemandangan Trabzon dari Hagia Sofia.

Pemandangan Trabzon dari puncak tanah tinggi


RIZE

Dari Trabzon kami memandu ke daerah Rize, dengan tujuan utamanya ke Camlihemsin, lebikurang macam Cameron Highland di Malaysia. Kami memilih untuk menginap di hotel Ardesenela, di pekan Ardesen. Kami memilih kawasan pekan (Ardesen) daripada kawasan tepi sungai/camping (Camlihemsin) kerana lebih banyak kemudahan serta ianya berdekatan.

Di sini, kami melawat kubu Zilkale dan ke Ayder, sebuah kawasan perlancongan yang dijolokkan sebagai mirip pergunungan Switzerland.

Ardesen 

Camlihemsin


Ayder

Zilkale

Dua malam di Ardesen, kami kemudian bertolak ke Uzungol, sebuah lagi kawasan tumpuan pelancong yang terletak dalam daerah Trabzon. Di Uzungol, kami menginap di hotel Nova Uzungol, dengan tujuan utamanya di sini adalah untuk mengalami awan nano.

Uzungol 

Kami hanya semalaman di Uzungol. Keesokan harinya, kami pagi-pagi lagi check out untuk meneruskan perjalanan ke bandar Amasya.

Kami singgah dulu di Sultan Murat Plataeu dalam perjalanan ke Amasya. Mendaki Sultan Murat Plataeu dipagi hari agak mencabar kerana jalan sempit berliku dan yang paling mencabarnya adalah kami terpaksa melepasi litupan awan sebelum sampai kemuncak. Kami teragak-agak untuk berpatah balik memilih jalanraya, tetapi untuk memusing kereta ianya agak payah. Nasib baik dipagi hari, kami tidak berselisih dengan sebarang kenderaan dari arah bertentangan kerana jalan yang sempit serta berliku, ditambah dengan pemandangan terhad. Pengalaman memandu kereta mendaki ke puncak ini lebih kurang sama dengan pengalaman pertama kami dulu (2013) semasa mendaki ke puncak Mont Pantokrato di Corfu, Greece, cuma yang ini lebih mencabar kerana terpaksa melepasi litupan awan di mana pemandangannya terhad, rasanya jarak visibilitinya adalah dalam 10m ke 20m agaknya. 

Sultan Murat Plataeu

Menghampiri puncak dataran Sultan Murat, setelah melepasi awan, jalannya sudah lebih luas, hampir tidak berliku dan jarak pemandangan kembali biasa. 

Di dataran Sultan Murat.


AMASYA

Perjalanan menuju ke Amasya, pemanduan yang paling jauh dalam percutian ini yang mengambil masa hampr 8 jam pemanduan, kerana kami memilih jalan pergunungan (jalan dalam) daripada jalanraya persisir Laut Hitam.

Mengikut sejarah, Amasya adalah sebuah bandar/lokasi di mana putera-putera Osmaniah dihantar untuk dilatih dan dipersiapkan sebelum menaiki tahta khalifah Osmaniah.

Di Amasya, kami menginap di bed & breakfast / homestay (Melekli Konak) di tengah-tengah bandar Amasya. Hotel di sini agak mahal. 

Pemandangan di waktu malam

Amasya Castle / Harsena Kalesi tidak dapat ditentukan bila ianya mula-mula dibina, tetapi berdasarkan arkeologi, kesan tertua peninggalannya menunjukkan bahawa ianya telahpun digunakan zaman awal kingdom of Pontus yang wujud di era 281 BC dan 62 AD. Ia menjadi kubu kuat empayar Bizantin di abad ke-10, yang kemudiannya diambil alih oleh Seljuks sebelum empayar Osmaniah menguasainya di abad ke-14.

Pemandangan ke arah bandar Amasya dari Amasya Castle.

 

Pemandangan di sekitar bandar Amasya diwaktu siang



SAMSUN

Dalam perjalanan ke Samsun dari Amasya, kami melencong ke Sahinkaya Kanyonu, kalau-kalau dapat menaiki bot untuk menyusuri kawasan ber"fiord". Walaubagaimanapun, ianya bukan peak season dan semasa kami sampai di Sahinkaya Kanyonu tersebut, ianya agak sunyi, tiada bot yang beroperasi.

 

Jadi kami pun pesan ikan bakar dari satu-satunya gerai yang beroperasi di situ untuk makan tengahari dengan nasi yang kami masak semasa meninggalkan Amasya.

 

Di Samsun kami menginap di Daric Hotels, bersebelahan dengan kawasan perlancongan berpantai.


Di Daric Hotels, kami menginap hanya semalaman kerana ingin menginap pula di Konaklama, sebuah kawasan bandar lama di pusat bandar Samsun. Di sini kami menginap di Osmanli Pasa Otel. dalam perjalanan ke pusat bandar, kami singgah di Bandirma Ferry Museum Di Samsun, mereka mera'ikan Mustafa Kamal Ataturk.






Semalaman di Konaklama, Samsun, esoknya kami balik ke Trabzon airport untuk menghantar balik kereta sewa. Kami menginap semlaman lagi di Trabzon, di Andalouse Otel, juga berdekatan dengan airport. Esoknya kami naik pesawat disebelah pagi ke Istanbul sebelum bertolak ke Bursa dengan bas.

Ringkasan perjalanan kami semasa di kawasan Laut Hitam. 



Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...