Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Guest. Show all posts
Showing posts with label Guest. Show all posts

Wednesday, 26 December 2018

Tetamu dari negara jiran

Tetamu-tetamu dari jiran sebelah, yang berfoto sebelum check out HomestayU1... kami amat menghargai penginapan mereka di HomestayU1...

Berbeza dengan tetamu (nak panggil tetamu ke? atau penghuni dot..dot..dot..? <-- sila klik) sebelum ini..

 

"Salam, Terimakasih dapat menyewa di homestay encik. Tempat yg sgt baik..."

Saturday, 24 November 2018

Cerita Si pemilik Homestay dan penginapan yang dot.. dot.. dot..

Hari ini hujan turun agak lebat dan lama.  Dari semalam hujan tak henti-henti. Langit gelap menyeluruh semacam tiada tanda-tanda hujan akan reda. Memandangkan guests akan keluar jam 12 tengahari seperti yang dimaklumkan, saya bercadang untuk pergi awal, boleh singgah di Ikano dulu untuk mencari beberapa barang. Abang pun ada kerja di KL, jadi bolehlah saya tumpang tak payahlah pandu sendiri.  Hari masih hujan dan pergerakan agak perlahan, kami sampai agak lewat dari yang saya rancang.  Jadi abang terus hantar saya dan Nia ke homestay sampai di sana jam 11.45 pagi. Abang tidak singgah sebab mengejar masa untuk ke KL.

Masa saya sampai, mereka sedang memunggah barang masuk ke kereta.
"Assalamualaikum.. saya tuan rumah..
Saya memperkenalkan diri, sebab masa check-in, abang yang uruskan.  Saya menunggu di kerusi luar rumah seketika. Sementara menunggu diluar rumah itu, Nia cakap..
"kakak pergilah beli barang biar Nia yang uruskan.. "
"..takpelah Nia, lepas kemaskan rumah ni nanti saya pergi.." ujar saya.
Bila mereka (penginap) semua sudah keluar, lalu saya (pemilik Homestay) bertanya  mereka..
"...saya dah boleh masuk?..."
Masuk je ke dalam rumah, Astagfirullah!!!...saya sangat sedih dan kecewa...  terus capai telefon dan mengambil gambar..

Ruang tamu


meja makan


Dapur

Sampah berlonggok-longgok.. awak berpesta ke kat rumah saya ke?.. 2 malam awak menginap sampah banyak ni...

Nasi yang dah basi dalam kuali..





Tingkat atas..  beraya sakan awak ya?!.. minum pandai, sampah tak tahu nak buang





sebahagian kusyen ada di bawah.. tak cukup bantal ke,, kalau 10 orang yang menginap bantal yang disediakan lebih dari cukup.  

Lagi satu... papan yang bersandar di dinding tu awak buat apa ya.. tak terfikir pun saya ia boleh dicabut dari rak tempat asalnya.. owh!.. kreatif awak ya!?.. merosakkan harta benda orang!!

tapi kenapa bab kebersihan sel-sel otak awak tak boleh berhubung..


Bila saya buka almari, masih banyak baju baju mereka yang bergantung.  Lantas cepat-cepat saya suruh Nia pergi panggil mereka untuk ambil.  Dan sangat terkejut saya bila mereka (rasanya 3 orang) masuk rumah saya hingga ke atas dengan berkasut.
"Rumah ni milik orang melayu!!!.." sound saya geram!
"ooo.. sorry.. sorry.."  jawab mereka yang sama bangsa dengan saya ni.
Melihat keadaan rumah yang lunyai, saya terlupa pasal apa-apa sehingga salah seorang dari mereka  bertanya:-
"dah bagi kunci?"
Lalu saya melihat di dalam kotak kunci dan kunci yang dimaksudkan itu tiada di situ.  Mereka belek-belek  mencari dan bertanya sesama sendiri.  dan kunci tak dijumpai sampai sudah.  Kerana sikap sambil lewa mereka sehingga kunci rumah pun hilang tidak dipulangkan balik, terpaksalah kami menukar set kunci rumah lain untuk keselamatan guests lain yang akan menginap selepas ini.

Maaf, homestay saya bukan untuk anda..

Sepanjang 3 tahun lebih membuka rumah kami sebagai homestay, pelbagai orang dah kami jumpa. Tapi yang amat sedih perkara yang buruk selalu datangnya dari yang sebangsa dengan saya. Memang biasa, walaupun maksima tetamu untuk 10 orang, tetapi ada yang datang lebih bilangan, kami tak berkira pun bila mereka pandai beradab dan mempunyai akhlak yang baik.

Biasalah jika selimut dan cadar tidak berkemas, kami pun akan buka dan gantikan yang lain. Tapi peralatan lain, seperti pinggan mangkuk,  gelas periuk yang diguna pandailah bersih  dan kemaskan semula.  Polisi homestay.. barang-barang yang diguna mesti dikemas semula.. memang ada tertampal di dinding dapur.  Tanpa polisi pun, jika orang yang beradab bila dah pandai pakai guna barang orang, pandailah kemas balik.

Sekiranya anda jenis yang tak tahu menghormati hak milik orang lain.. sila jangan menyewa di sini.. banyak hotel-hotel berbintang yang berdekatan seperti Royale Chulan, One World Hotel tak jauh pun dari homestay U1.

Kalau anda bukan orang yang bertamadun.. maaf.. harap jangan mencari homestay saya..



Saturday, 21 November 2015

"Love Is In The Air" di HomestayU1


(photo dari http://www.syafiyahluv.com/2015/08/homestay-bandar-utama-damansara.html)
 "Kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan homestay nih. Memang selesa untuk kami yang ramai nih. Bilik tidur ada 3 buah. Bilik air kat master bedroom ada 1, kat tengah-tengah antara bilik kedua dan ketiga ada 1, kat dapur ada 1. Ruang makan pun ada, bilik sembahyang, bilik laundry, ruang tamu, balkoni. Pendek kata sangat lengkap dengan segala kemudahan."

Klik DI SINI untuk membaca entri dari tetamu yang menginap di HomestayU1...


Tuesday, 19 March 2013

Dayudesigns di HomestayU1



Disebalik Tabir Rakaman Safiyya TV9

Updated on Sunday · Taken at Bandar Utama

✽¸.•♥•.¸ Masih segar lagi diingatan akan keseronokan tim Henna Dayu Designs bersama pengasasnya Dayu Artis Inai Pengantin dapat berkumpul di bawah satu bumbung buat julung kalinya untuk persediaan bagi Rakaman Program Safiyya TV9.

Sunday, 9 September 2012

dari laman "THERE AND BACK AGAIN"


Terima kasih ARENA !!! 


Dekat pukul 5 baru gerak. So konvoi 4 kereta ke homestay tu. Yang lelain jumpa kat situ. Alhamdulillah, sebab guna hiway, dan lepas tu adek aku tau jalan dalam. By 5.30 dah sampai. Homestay tu very nice. Dekat area bandar utama jugak. Kalau korang nak sewa boleh ke website ni http://homestayu1.blogspot.com/ Rumah teres 3 bilik yg sangat spacious, bersih dan lengkap segala-mala. Kalau korang dr luar KL nak ada shopping trip kat Ikea, Ikano, Curve dan OneUtama, sesuai sangat sewa situ.
Klik DI SINI untuk terus membaca artikel penuh dari ARENA

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...