Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Homestay U1. Show all posts
Showing posts with label Homestay U1. Show all posts

Wednesday, 26 December 2018

Tetamu dari negara jiran

Tetamu-tetamu dari jiran sebelah, yang berfoto sebelum check out HomestayU1... kami amat menghargai penginapan mereka di HomestayU1...

Berbeza dengan tetamu (nak panggil tetamu ke? atau penghuni dot..dot..dot..? <-- sila klik) sebelum ini..

 

"Salam, Terimakasih dapat menyewa di homestay encik. Tempat yg sgt baik..."

Saturday, 24 November 2018

Cerita Si pemilik Homestay dan penginapan yang dot.. dot.. dot..

Hari ini hujan turun agak lebat dan lama.  Dari semalam hujan tak henti-henti. Langit gelap menyeluruh semacam tiada tanda-tanda hujan akan reda. Memandangkan guests akan keluar jam 12 tengahari seperti yang dimaklumkan, saya bercadang untuk pergi awal, boleh singgah di Ikano dulu untuk mencari beberapa barang. Abang pun ada kerja di KL, jadi bolehlah saya tumpang tak payahlah pandu sendiri.  Hari masih hujan dan pergerakan agak perlahan, kami sampai agak lewat dari yang saya rancang.  Jadi abang terus hantar saya dan Nia ke homestay sampai di sana jam 11.45 pagi. Abang tidak singgah sebab mengejar masa untuk ke KL.

Masa saya sampai, mereka sedang memunggah barang masuk ke kereta.
"Assalamualaikum.. saya tuan rumah..
Saya memperkenalkan diri, sebab masa check-in, abang yang uruskan.  Saya menunggu di kerusi luar rumah seketika. Sementara menunggu diluar rumah itu, Nia cakap..
"kakak pergilah beli barang biar Nia yang uruskan.. "
"..takpelah Nia, lepas kemaskan rumah ni nanti saya pergi.." ujar saya.
Bila mereka (penginap) semua sudah keluar, lalu saya (pemilik Homestay) bertanya  mereka..
"...saya dah boleh masuk?..."
Masuk je ke dalam rumah, Astagfirullah!!!...saya sangat sedih dan kecewa...  terus capai telefon dan mengambil gambar..

Ruang tamu


meja makan


Dapur

Sampah berlonggok-longgok.. awak berpesta ke kat rumah saya ke?.. 2 malam awak menginap sampah banyak ni...

Nasi yang dah basi dalam kuali..





Tingkat atas..  beraya sakan awak ya?!.. minum pandai, sampah tak tahu nak buang





sebahagian kusyen ada di bawah.. tak cukup bantal ke,, kalau 10 orang yang menginap bantal yang disediakan lebih dari cukup.  

Lagi satu... papan yang bersandar di dinding tu awak buat apa ya.. tak terfikir pun saya ia boleh dicabut dari rak tempat asalnya.. owh!.. kreatif awak ya!?.. merosakkan harta benda orang!!

tapi kenapa bab kebersihan sel-sel otak awak tak boleh berhubung..


Bila saya buka almari, masih banyak baju baju mereka yang bergantung.  Lantas cepat-cepat saya suruh Nia pergi panggil mereka untuk ambil.  Dan sangat terkejut saya bila mereka (rasanya 3 orang) masuk rumah saya hingga ke atas dengan berkasut.
"Rumah ni milik orang melayu!!!.." sound saya geram!
"ooo.. sorry.. sorry.."  jawab mereka yang sama bangsa dengan saya ni.
Melihat keadaan rumah yang lunyai, saya terlupa pasal apa-apa sehingga salah seorang dari mereka  bertanya:-
"dah bagi kunci?"
Lalu saya melihat di dalam kotak kunci dan kunci yang dimaksudkan itu tiada di situ.  Mereka belek-belek  mencari dan bertanya sesama sendiri.  dan kunci tak dijumpai sampai sudah.  Kerana sikap sambil lewa mereka sehingga kunci rumah pun hilang tidak dipulangkan balik, terpaksalah kami menukar set kunci rumah lain untuk keselamatan guests lain yang akan menginap selepas ini.

Maaf, homestay saya bukan untuk anda..

Sepanjang 3 tahun lebih membuka rumah kami sebagai homestay, pelbagai orang dah kami jumpa. Tapi yang amat sedih perkara yang buruk selalu datangnya dari yang sebangsa dengan saya. Memang biasa, walaupun maksima tetamu untuk 10 orang, tetapi ada yang datang lebih bilangan, kami tak berkira pun bila mereka pandai beradab dan mempunyai akhlak yang baik.

Biasalah jika selimut dan cadar tidak berkemas, kami pun akan buka dan gantikan yang lain. Tapi peralatan lain, seperti pinggan mangkuk,  gelas periuk yang diguna pandailah bersih  dan kemaskan semula.  Polisi homestay.. barang-barang yang diguna mesti dikemas semula.. memang ada tertampal di dinding dapur.  Tanpa polisi pun, jika orang yang beradab bila dah pandai pakai guna barang orang, pandailah kemas balik.

Sekiranya anda jenis yang tak tahu menghormati hak milik orang lain.. sila jangan menyewa di sini.. banyak hotel-hotel berbintang yang berdekatan seperti Royale Chulan, One World Hotel tak jauh pun dari homestay U1.

Kalau anda bukan orang yang bertamadun.. maaf.. harap jangan mencari homestay saya..



Friday, 26 October 2018

JUS LIMA yang membuat rasa lega

Rahsia Ramuan Dr Vaid Sahab Bagi Jantung Tersumbat
Resepi yang diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyerveda) telah banyak dikongsi dan menjadi viral sejak beberapa tahun yang lepas.  
Bahan diperlukan:
  • 1 cawan jus lemon
  • 1 cawan jus halia
  • 1 cawan jus bawang putih
  • 1 cawan cuka epal
Cara menyediakannya:

Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang sangat perlahan (kerana khasiat perubatan dalam bahan akan hilang jika suhu tinggi) sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum satu sudu setiap hari sebelum sarapan.
Amalan yang berterusan akan membuka pembuluh darah yang tersumbat dan merawat kolestrol.  Ramuan ini sudah tidak asing lagi dan banyak terdapat dipasaran berasaskan resipi tersebut dengan pelbagai nama.

Pembuluh darah yang menyempit dan keadaan pembuluh darah setelah mengamalkan ramuan ini :-

                      (SEBELUM)                                              (SELEPAS)

Pengalaman sendiri
Saya mula mengamalkan jus ini sejak 5 tahun yang lalu, apabila teman yang tinggal di Saudi bercerita pasal resipi ramuan ini yang diamalkan oleh suaminya.  Masa tu kolestrol jahat mula bersarang dalam tubuh saya.  Sejak dari hari itu sehingga sekarang saya masih amalkan mengambil jus ini.  Memang ada perubahan yang saya rasakan.
1.  Ujian darah menunjukkan kadar kolestrol jahat menurun dan doktor sarankan saya mengurangkan dos pengambilan ubat kepada 5mg.  Ada masa saya tidak mengambil langsung sehingga 6 bulan dan kadar kolestrol tidak meningkat.
2.  Rasa kebas tangan dan kaki  terasa kaku semasa bangun pagi sudah sangat-sangat berkurangan.
3.  Dulu saya mengalami masalah angin yang serius selalu terasa kembung dan sangat tidak selesa.  Picit mana-mana bahagian badan pasti sendawa keluar angin. Alhamdulillah masalah ini sudah banyak berkurangan sekarang.
4.  Saya suka amalkan jus ini waktu malam sebelum tidur, kerana paginya membantu saya tidak mengambil masa yang lama dalam bilik air. 
Saya terpanggil untuk menyediakan jus ini untuk membantu mereka yang tidak mempunyai masa dan tidak tahan dengan bau harum semerbak yang memenuhi satu rumah sepanjang proses memasaknya. Saya menggunakan bahan-bahan premium dan berkualiti seperti halia bentung, bahan organik dan madu asli.


Dinamakan Jus Lima kerana bahan-bahan ramuannya  terdiri dari lima bahan utama.  Antara khasiat yang terdapat dalam bahan-bahan Jus lima:-


Bawang putih - meningkatkan imunisasi badan; menurunkan kadar kolestrol; berkesan mengatur kadar gula darah; mengurangkan migrain.

Halia bentung - membantu menghadam makanan; membuang angin dalam usus besar dan kecil.

Lemon - menambah kesihatan jantung; membantu melawan kanser; mengelakkan batu karang; meningkatkan penyerapan zat besi; mencantikkan kulit; menurunkan berat badan.

Cuka apple - membantu sistem penghadaman dan berat badan.

Madu - sumber vitamin dan mineral; sebagai prebiotik; melembabkan kulit; memberi tenaga.

Adalah agak sukar untuk mendapatkan madu asli memandangkan yang ada dipasaran katanya hampir 80% adalah tiruan.  Madu tiruan secara sintetik yang sangat menyerupai madu asli dan tiada ujian atau petua yang tepat untuk menentukan keaslian madu, melainkan dengan melakukan ujian makmal.  Apa yang mampu ialah cuba dapatkan madu dari sumber yang dipercayai atau terus dari pembekal.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Jus Lima ini, bolehlah berhubung dengan nombor telefon yang tertera di label Jus Lima (012 969 7581) melalui Whatsapp/Voice Call.

** Tetapi kami tidak menyediakan stok. Kami hanya membuat Jus Lima ini untuk kegunaan sendiri dan membuat lebih hanya apabila ada pesanan (pre-order).




Wednesday, 9 April 2014

Dari Homestay ke Homestay

Selepas dua hari di Cameron Highland, kami memanjangkan perjalanan ke Taiping, Perak. Mengambil laluan Simpang Pulai, kemudian exit tol Changkat Jering, tak jauh dari situ tempat pertama yang dituju ialah restoran mee udang Nur Zetty.  Anak-anak bukan penggemar udang.. mujur ada juga menu lain seperti nasi goreng dan mee goreng.

mee udang.. biasa vs special
Usai menjamu selera, kami menghala ke Kemunting mencari Rayyan Homestay.  Tak salah pilih.. kami selesa dengan suasana homestay Rayyan yang kemas dan bersih.
  
Sebagaimana kami menyediakan homestay yang bersih untuk tetamu kami, begitu jugalah kami mengharapkan bila sesekali kami pula menjadi tetamu.  Sebab ada sesetengah pemilik homestay yang menguruskan secara sambil lewa tanpa menitik beratkan soal  kebersihan.  Takkanlah menginap di homestay kena bawa cadar sendirikan?.  Walaupun bertaraf homestay tapi bila bab kebersihan seboleh-bolehlah biarlah sama taraf dengan kebersihan bilik hotel, supaya tetamu selesa dan berpuashati.



Tujuan sebenar ke Taiping ialah untuk mengambil pinggan Corelle yang dah berbulan-bulan tertangguh.  Pada malamnya Dayah datang ke homestay untuk menghantar Corelle.. selesai sudah.. bolehlah kami keluar makan malam pula. Destinasi yang kami pilih ialah medan selera di belakang balai bomba Taiping.  Di sini ada deretan gerai perniaga melayu yang menjual yong tau fu.  Memang sedap.. pada kuahnya.. taburan kacang.. memang terasa nak datang makan lagi.  Untuk anak-anak yang selalunya tak sama citarasa dengan orang tua, di sini juga ada chicken chop dan lain-lain juga.



Inilah set corelle makcik yang baru.  Yang lain-lain sudah dihantar kepada empunya masing-masing. Makcik memang suka guna pinggan mangkuk corelle sebab ciri-cirinya yang lasak dan ringan.  Set corelle pertama, hadiah dari ibu mertua 27 tahun lalu pun masih berkeadaan elok lagi.








Sekitar Taman Tasik Taiping...













Menyusuri bandar Taiping, Bandar Warisan.. Mengapa dikatakan bandar warisan boleh dibaca disini..





cendol bismillah dan laksa kedah

Bukit Larut @ Maxwell Hill





Hasrat untuk mendaki ke puncak bukit tidak kesampaian kerana tiket untuk perkhidmatan land rover  untuk hari ini sudah habis dijual. Sewaan landrover ke puncak atas dilakukan selang sejam dari pagi (jam 8 atau 9 pagi?) hinggalah jam 4 petang (last trip of the day). Tidak pasti pula bagi pengunjung yang bermalam di Bukit Larut, samada pengangkutan ini disediakan mengikut keperluan ataupun tertakluk juga pada jadual pengangkutan.











Sebelum bertolak balik ke KL, kami singgah di Kuala Sepetang mencari mee udang Mak Jah.  Kiranya pembuka dan penutup di Taiping dengan mee udang.  Bagi saya... antara mee udang Mak Jah dan Mee udang Zetty, selera saya lebih menyukai mee udang Zetty Changkat Jering
suasana di restoran mee udang Mak Jah

Tarikh : 26 Mac 2014

Monday, 10 March 2014

Belajar Bahasa di IKEA



Suka datang ke IKEA... walaupun sekadar saja-saja... jalan-jalan untuk menikmati aiskrim rm1
dan yang paling penting saya suka datang ke sini kerana rasa dihargai.. di negara ku sendiri... MALAYSIA..
Pandai menyesuaikan keadaan di negara orang, Ikea tak susah untuk menggunakan bahasa kebangsaan..


walaupun panjang berjela berbanding bahasa inggeris tapi tak ada masalah pun...

tak semak mata dengan tulisan yang macam-macam...
cuma bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris, kan cantik...

bahasa kebangsaan didahulukan..

panjang berjela pun tetap dapat diterjemah dengan baik


saya pun ada kad keluarga ikea untuk dileretkan... 
kalau lerek dah lain maksudnya..




Add caption



bahasa lembut untuk mengajar masyarakat...
tak susah untuk faham kan!
tapi kebanyakannya beginilah.. makan sendiri pun tak tahu kemas.. tinggalkan meja bersepah untuk pengguna yang lain pula..
siapalah kita ni nak sombong sangat..
padahal sejak sekolah rendah lagi diajar benda yang sama... tentang kebersihan dan disiplin..






Setiap warga negara sejati akan berbangga dan mendahulukan bahasa kebangsaan masing-masing. Anda warga negara mana?

Terima kasih IKEA!!!

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...