Dari stesen Firenze Santa Maria Novella kami menaiki tren express ke Roma Termini, yang mengambil masa kurang dari 2 jam untuk sampai.
Ruang meletak bagasi agak luas dan boleh memuatkan bagasi saiz besar.. cuma larat ke tak larat aje nak angkat bagasi ke atas para.
Salah satu pemandangan perjalanan tren dari Florence ke Rome... cuaca cerah dan agak panas, suhu sekitar 20 ᐤC.
Selama 2 malam 3 hari di Rome, kami menginap di bilik family hotel bajet Luciani yang terletak lebihkurang 300m dari stesen Roma Termini. Seperti biasa, tawaran paling kompetitif (termurah) diberikan oleh kelab percutian kami berbanding dengan lain-lain tawaran yang ada di atas talian.
Selepas selesai urusan check in, kami keluar untuk ke Vatican City. Masih dihantui oleh insiden pick-pocket di Milan, kami pada mulanya bercadang untuk mengambil bas ke Vatican City kerana beranggapan ianya lebih 'selamat' dari menggunakan subway metro. Apabila mengenangkan kesuntukan masa (hari dah jam 2pm lebih), kami memutuskan untuk menggunakan subway metro juga (turun di stesen metro Ottaviano) yang menjimatkan masa lebih separuh (17 minit perjalanan) berbanding dengan bas.
Bergantung kepada kekerapan keperluan anda untuk menggunakan sistem pengangkutan di Rome, anda boleh memilih jenis tiket/pass yang sesuai. Kami lebih banyak berjalan kaki dan hanya perlu menuju ke sesuatu destinasi kebanyakan sekali sahaja dalam sehari, oleh itu kami hanya membeli 'one way' ticket point to point sahaja kerana ianya lebih menjimatkan untuk kami berempat. Tiket/pass ini boleh dibeli dikaunter stesen ataupun di tabacchi.
Keluar dari stesen metro, kami berjalan kaki lebihkurang 10 minit lebih untuk tiba ke kawasan Vatican City.
Walaupun bukan musim puncak, orang ramai kelihatan beratur untuk memasuki kawasan dalaman Vatican City untuk menziarahi St Peter Basilica, Sistine Chapel dan Vatican Museums.
Kami sudah kesuntukan masa untuk masuk ke kawasan dalaman (bertiket) apabila terpaksa menghabiskan sedikit masa untuk beratur, jadi kami hanya meninjau kawasan luar Vatican City kawasan sahaja. (Rasa terkilan pula tidak masuk ke Vatican Museum...)
Pemandangan semasa mula meninggalkan kawasan Vatican City.. Kami keluar mengikut arah yang berbeza dari arah datang tadi..
Tidak jauh dari situ, terserempak dengan Cafe Hard Rock lagi...
Pemandangan dari jauh......
Jenuh merayau di kota Rome selepas menziarahi kawasan Vatican City, pada hari pertama sampai ke Rome, next post...
No comments:
Post a Comment