Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Uzbekistan. Show all posts
Showing posts with label Uzbekistan. Show all posts

Wednesday, 12 March 2025

Samarkand, Uzbekistan (Feb 2025)

Dari Tashkent kami naik keretapi biasa ke Samarkand. Di Samarkand tour kami hanya bermula keesokan harinya, lalu kami ambil saja teksi yang ada di stesen keretapi untuk ke hotel.

Esoknya, pagi-pagi lagi tour guide datang untuk membawa kami ke tempat-tempat menarik di sekitar Samarkand. Pertama sekali kami ke kompleks Imam Al Bukhari yang sedang dalam pembinaan. Mereka sedang mengubah-suaikan kawasan untuk menjadikannya sebagai sebuah kawasan kompleks. Kompleks ini akan kelihatan seperti imej ini apabila siap nanti. Foto dibawahnya, adalah masjid yang ada sekarang.

Mirza Ulugh Beg adalah salah seorang pemerintah empayar Timurid di abad ke 15. Beliau juga adalah seorang ahli kajibintang dan matematik. 

Pada tahun 1420, beliau membina sebuah pusat kajian bintang yang hari ini dikenali sebagai Ulugh Beg Observatory. Pusat ini musnah pada tahun 1449 dan ditemui kembali pada tahun 1908. Muzium Ulugh Beg Observatory ini dibina pada tahun 1970 bagi mengingati sejarah astronomi Ulugh Beg.

Emir Timur Mausoleum - Timur (Tamerlane, klik untuk baca sejarahnya) adalah pengasas dinasti Timurid.

Mengikut kata pemandu pelancong kami, kubur Timur adalah yang berwarna hitam, manakala kubur yang lebih besar di atasnya merupakan kubur gurunya.


Shah-i Zinda - Memberi makna "The Living King" adalah necropolis yang menempatkan mausoleums/makam dan bangunan-bangunan ritual/sejarah dari kurun ke 11 hingga 15 dan juga bangunan baru kurun ke 19. Ia dikaitkan dengan makam Qutham ibn Abbas, sepupu Nabi Muhammad SAW, yang disemadikan di sini sewaktu beliau datang untuk menyebarkan Islam semasa penaklukan Arab pada kurun ke 7.

Bibi Khanym Mosque - juga dieja sebagai "Khanom", "Khanum", Hanum" atau "Hanim" merupakan masjid terbesar dan gah di dunia Islam pada abad ke 15. Ia dianggap sebagai "masterpiece" empayar Timurid.

 
Terdapat sebuah bazaar berdekatan dengan masjid Bibi Khanym.

 

Registan Square - bermakna "A Sand Place" adalah merupakan sebuah tempat di mana hukuman mati dilaksanakan. Ia juga merupakan sebuah tempat dimana rakyat dipanggil untuk pengumuman diraja/kerajaan. Selepas kurun ke 15 hingga kurun ke 17, tiga buah madrasah (sekolah) dibina mengelilingi tempat ini.

Registan Square juga merupakan salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 2001.

Registan Square ini cantik untuk dikunjungi sebelah malam bermula jam 7.30pm.

 
Salji turun agak lebat di malam terakhir kami di Samarkhand di mana keesokan harinya kami memulakan perjalanan untuk masuk sempadan negara Tajikistan dan seterusnya mengunjungi "7-Lakes".

 

Selepas lawatan di Tajikistan, kami masuk semula ke Samarkand melalui sempadan, dijemput oleh pemandu pelancong yang sama yang membawa kami terus ke stesen keretapi Samarkand untuk menaiki keretapi ke Bukhara. Di Bukhara, pemandu pelancong Bukhara siap menunggu kami untuk membawa kami ke sempadan Alat (Uzbek) - Farab (Turkmen) untuk kami cross sempadan balik ke Turkmenistan. Hari dah tengah malam sewaktu kami cross sempadan Turkmenistan untuk menginap semalaman di Turkmenabat, sebelum mengambil penerbangan pulang ke Ashgabat pada keesokan harinya.

Semasa masuk ke Turmenistan, tertinggal beg galas di dalam shuttle bas yang ulang alik dari sempadan ke pusat Imigresen Turkmenistan. Walaubagaimanapun beg galas itu selamat (dalamnya ada laptop, kamera dll yang berharga) setelah agak lama menunggu ketibaan semula shuttle bas tadi dari sempadan ke pusat Imigresen.


Monday, 10 March 2025

Amirsoy Ski Resort, Uzbekistan (Feb2025)

Amirsoy Mountain Resort merupakan ski resort terbesar di Uzbekistan dan termoden di Asia Tengah. Dibuka pada tahun 2019, ia merupakan salahsatu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO.

 

Kami mengambil pakej transport (kenderaan dan drebar) untuk pergi balik dari ke resort ini kerana tiada pengangkutan awam tersedia dari Tashkent ke Amirsoy.

Tiket masuk adalah murah, lebihkurang RM70 seorang untuk naik kereta kabel hingga ke puncak atas sekali (Ada dua level untuk menaiki kereta kabel). Kami naik hingga ke puncak atas sekali untuk menikmati pemandangan dan kemudian turun ke aras pertengahan untuk belajar main ski. Kos untuk belajar main ski siap dengan peralatan, pakaian dan "cikgu"nya sekali untuk selama 2 jam adalah USD100 seorang)

 
Beberapa foto pemandangan dari kereta kabel

Setelah turun dari Amirsoy, dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah sekejap di tepi jalan di Uzbekistan New Park untuk ambil foto monumen Humo Bird (Simorgh) yang menjadi salahsatu lambang nasional di Uzbekistan. Monumen ini adalah monumen Independence Uzbekistan.

 

Saturday, 8 March 2025

Tashkent, Uzbekistan (Feb 2025)

Tashkent atau Toshkent adalah ibunegeri Uzbeskistan, bandar terbesar di Uzbek dan bandar paling ramai penghuni di Asia Tengah. Kami sampai ke Tashkent hampir tengah malam dari Bukhara dengan perjalanan keretapi selama 7 jam lebihkurang.

Diberitahu bandar Tashkent penuh dengan CCTV di segenap sudut. Keselamatan barangan di sini lebih terjamin kerana mereka menganggap perbuatan mencuri itu lebih serious dari membunuh, katanya. Anyway, kami merasakan lebih aman berjalan sana sini di Tashkent berbanding dengan Kuala Lumpur dewasa ini.

Berkenalan Halal, kami diberitahu hampir keseluruhan tempat makan adalah Halal walaupun tiada tanda halal seperti JAKIM, cuma kebanyakannya juga ada menjual minuman keras seperti vodka. Jika mengunjungi tempat makan (asing) seperti Korea, Jepun dsb, tanyakan dulu samada makanan yang disediakan itu halal atau tidak sebagai langkah berhati-hati. Kami makan malam di sebuah restoran Uygur pada keesokan malamnya.

Hari pertama, kami bersiar-siar sendiri di Tashkent dengan berjalan kaki. Untuk ke tempat-tempat yang agak jauh untuk larat berjalan kaki, kami tempah kereta melalui Yandex Go ataupun ambil teksi di tepi jalan. Tetapi kami tidak dapat masukkan butiran debit card ke dalam Yandex Go, jadi terpaksalah guna wang tunai sahaja apabila memesan melalui Yandex Go.

Foto-foto di sekitar bandar Tashkent.


Tugu Amir Timur di Amir Timur Square


Pagi-pagi lagi dah mula ada pelbagai gerai

Kemudian kami tempah kereta untuk ke Minor Mosque. Tidak nampak 6-seater dalam app Yandex Go, jadi kami tempah kereta yg "paling besar" yang ada, tetapi ianya kereta SUV, bukan untuk 6-seater. Pemandu yang sampai minta sedikit bayaran lebih untuk muat 4 orang di seat belakang. Katanya, lebih baik tempah dua kereta (lebih murah) dari pesan satu "mini lori/van" (lebih mahal) 

 
 

Kami mengambil dua buah teksi dari tepi jalan untuk ke Kompleks Hazrati Imam.

TIPS - Dari butiran di internet, lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk memandu sendiri (right hand drive) di Central Asia (tapi kami rasa IDL lebih selamat kerana kami rasa mereka nak baca dokumen dalam bahasa yang mereka faham (bahasa Russia kebanyakannya). Pemanduan di sini mencabar bila tiba di persimpangan dan pemandu-pemandunya (terutama di Tashkent) nampak macam nak mencelah untuk ke depan. Pemandu teksi tepi jalan di Tahkent bawa kereta macam lipas kudung. Pengesan radar nampak macam lazim bagi pemandu-pemandu di sini. Kami tidak rekomen untuk pandu sendiri di Central Asia.



 

Tidak jauh sangat berjalan dari Kompleks Hazrati Imam, kami nampak lagi masjid di mana di kawasan sebelahnya ada kerja-kerja tanah sedang berjalan. Daripada papan tanda pembinaan, nampaknya mereka akan membangunkan sebuah lagi kompleks, Kompleks Imam Bukhari, bersebelahan masjid ini.



Selepas makan tengahari, kami berjalan melewati bangunan-bangunan ini untuk sampai ke kawasan pasar/bazar Tashkent.




Sampai ke kawasan pasar/bazar. Tidak ambil banyak gambar dalam pasar/bazar yang agak sesak ketika itu.



Ini satu lagi pemandangan masjid dari kawasan berdekatan kawasan pasar semasa kami menunggu pesanan kereta dari Yandex Go untuk balik ke hotel.



Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...