Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 19 June 2025

Turki (Black Sea Regions) - 7 to 16 May 2025

Tahun 2025, kami hanya merancang percutian untuk ke Turki sahaja, kali ini tumpuan adalah di kawasan Black Sea dan Bursa. Rancangan asal percutian adalah selama lebih 3 minggu, tetapi kami pendekkan kepada 2 minggu setelah percutian ke Turkmenistan yang tidak dirancangkan berlaku di mana kami ke Turkmenistan dan juga ke Uzbekistan & Tajikistan selama lebih sebulan. Kami ke Turkmenistan sebelum menjelang Ramadhan dan menyambut Aidil Fitri di sana sebelum pulang ke Malaysia.

Percutian ke Turki kali ini dapat kami pendekkan dari 3 minggu lebih kepada 2 minggu lebih apabila penerbangan asal kami ke Istanbul dari KLIA diubah jadual dan kami dibernarkan untuk menjadualkan penerbangan kami tanpa sebarang kos.

Penerbangan jam 10:50 pagi dari KLIA terus ke Istanbul mengambil masa lebihkurang 10 jam 30 minit. Sampai di Istanbul lebihkurang jam 5pm waktu Turki, kami mengambil penerbangan jam 8pm ke Trabzon yang mengambil masa lebihkurang 1 jam 40 minit. Sesampainya di Trabzon kami terus mengambil teksi airport untuk bermalam di hotel sekitar airport.


TRABZON

Pemandangan pagi keesokan harinya dari hotel (Nova Suite Residence) tempat kami menginap berdekatan dengan Trabzon airport. Pagi itu kami ke airport semula untuk mengambil kereta sewa pandu sendiri yang telah kami tempah siap-siap dari Malaysia.

Kereta Fiat Egea yang kami sewa


Kami bersiar-siar di kawasan pusat bandar Trabzon sebelum memulakan perjalanan keluar dari daerah Trabzon. Di Trabzon, terdapat juga Hagia Sofia (yang kita biasa dengar Hagia Sofia di Istanbul). Hagia Sofia Trabzon adalah kawasan gereja ortodok greek. Maklumatnya boleh dibaca DI SINI.


Pemandangan Trabzon dari Hagia Sofia.

Pemandangan Trabzon dari puncak tanah tinggi


RIZE

Dari Trabzon kami memandu ke daerah Rize, dengan tujuan utamanya ke Camlihemsin, lebikurang macam Cameron Highland di Malaysia. Kami memilih untuk menginap di hotel Ardesenela, di pekan Ardesen. Kami memilih kawasan pekan (Ardesen) daripada kawasan tepi sungai/camping (Camlihemsin) kerana lebih banyak kemudahan serta ianya berdekatan.

Di sini, kami melawat kubu Zilkale dan ke Ayder, sebuah kawasan perlancongan yang dijolokkan sebagai mirip pergunungan Switzerland.

Ardesen 

Camlihemsin


Ayder

Zilkale

Dua malam di Ardesen, kami kemudian bertolak ke Uzungol, sebuah lagi kawasan tumpuan pelancong yang terletak dalam daerah Trabzon. Di Uzungol, kami menginap di hotel Nova Uzungol, dengan tujuan utamanya di sini adalah untuk mengalami awan nano.

Uzungol 

Kami hanya semalaman di Uzungol. Keesokan harinya, kami pagi-pagi lagi check out untuk meneruskan perjalanan ke bandar Amasya.

Kami singgah dulu di Sultan Murat Plataeu dalam perjalanan ke Amasya. Mendaki Sultan Murat Plataeu dipagi hari agak mencabar kerana jalan sempit berliku dan yang paling mencabarnya adalah kami terpaksa melepasi litupan awan sebelum sampai kemuncak. Kami teragak-agak untuk berpatah balik memilih jalanraya, tetapi untuk memusing kereta ianya agak payah. Nasib baik dipagi hari, kami tidak berselisih dengan sebarang kenderaan dari arah bertentangan kerana jalan yang sempit serta berliku, ditambah dengan pemandangan terhad. Pengalaman memandu kereta mendaki ke puncak ini lebih kurang sama dengan pengalaman pertama kami dulu (2013) semasa mendaki ke puncak Mont Pantokrato di Corfu, Greece, cuma yang ini lebih mencabar kerana terpaksa melepasi litupan awan di mana pemandangannya terhad, rasanya jarak visibilitinya adalah dalam 10m ke 20m agaknya. 

Sultan Murat Plataeu

Menghampiri puncak dataran Sultan Murat, setelah melepasi awan, jalannya sudah lebih luas, hampir tidak berliku dan jarak pemandangan kembali biasa. 

Di dataran Sultan Murat.


AMASYA

Perjalanan menuju ke Amasya, pemanduan yang paling jauh dalam percutian ini yang mengambil masa hampr 8 jam pemanduan, kerana kami memilih jalan pergunungan (jalan dalam) daripada jalanraya persisir Laut Hitam.

Mengikut sejarah, Amasya adalah sebuah bandar/lokasi di mana putera-putera Osmaniah dihantar untuk dilatih dan dipersiapkan sebelum menaiki tahta khalifah Osmaniah.

Di Amasya, kami menginap di bed & breakfast / homestay (Melekli Konak) di tengah-tengah bandar Amasya. Hotel di sini agak mahal. 

Pemandangan di waktu malam

Amasya Castle / Harsena Kalesi tidak dapat ditentukan bila ianya mula-mula dibina, tetapi berdasarkan arkeologi, kesan tertua peninggalannya menunjukkan bahawa ianya telahpun digunakan zaman awal kingdom of Pontus yang wujud di era 281 BC dan 62 AD. Ia menjadi kubu kuat empayar Bizantin di abad ke-10, yang kemudiannya diambil alih oleh Seljuks sebelum empayar Osmaniah menguasainya di abad ke-14.

Pemandangan ke arah bandar Amasya dari Amasya Castle.

 

Pemandangan di sekitar bandar Amasya diwaktu siang



SAMSUN

Dalam perjalanan ke Samsun dari Amasya, kami melencong ke Sahinkaya Kanyonu, kalau-kalau dapat menaiki bot untuk menyusuri kawasan ber"fiord". Walaubagaimanapun, ianya bukan peak season dan semasa kami sampai di Sahinkaya Kanyonu tersebut, ianya agak sunyi, tiada bot yang beroperasi.

 

Jadi kami pun pesan ikan bakar dari satu-satunya gerai yang beroperasi di situ untuk makan tengahari dengan nasi yang kami masak semasa meninggalkan Amasya.

 

Di Samsun kami menginap di Daric Hotels, bersebelahan dengan kawasan perlancongan berpantai.


Di Daric Hotels, kami menginap hanya semalaman kerana ingin menginap pula di Konaklama, sebuah kawasan bandar lama di pusat bandar Samsun. Di sini kami menginap di Osmanli Pasa Otel. dalam perjalanan ke pusat bandar, kami singgah di Bandirma Ferry Museum Di Samsun, mereka mera'ikan Mustafa Kamal Ataturk.






Semalaman di Konaklama, Samsun, esoknya kami balik ke Trabzon airport untuk menghantar balik kereta sewa. Kami menginap semlaman lagi di Trabzon, di Andalouse Otel, juga berdekatan dengan airport. Esoknya kami naik pesawat disebelah pagi ke Istanbul sebelum bertolak ke Bursa dengan bas.

Ringkasan perjalanan kami semasa di kawasan Laut Hitam. 



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...