Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 17 February 2026

Surabaya (Feb 2026)

Penerbangan kami dari KLIA menaiki pesawat Batik Air Malaysia ke lapangan terbang antarabangsa Juanda, sementara penerbangan balik ke Malaysia adalah dengan Malaysia Airlines.

TIPS

Untuk menyenangkan kemasukan ke Indonesia, disarankan untuk memuat turun aplikasi "All Indonesia". Melalui aplikasi ini anda mengisi butiran "Arrival Card", se awal tiga hari sebelum tiba di Indonesia. Anda boleh memohon visa percuma (perlancongan, dan bagi warga Malaysia), dengan mengetik butang "Apply for visa exemption", selepas mendapat QR code untuk Arrival Card. Kemudian isikan butiran imigrasi.
 

Applikasi All Indonesia

 

Arrival Card

Borang Imigrasi
  
Semua permohonan ini dibuat melalui applikasi All Indonesia yang dimuat turun kepada telefon bimbit. Ianya tidak boleh dibuat melalui desktop/laptop/laman sesawang.

Tiba saja di Indonesia (lapangan terbang antarabangsa Juanda), anda terus scan paspot anda di mesin (tidak perlu beratur di kaunter/cop paspot). Kemudian selepas mengambil bagasi (sekiranya ada check-in baggage) anda akan melalui checkpoint imigrasi di mana QR code arrival card anda akan diimbas. Selesai urusan kemasukan dan keluar ke balai ketibaan.

Semasa keluar nanti (untuk pulang ke Malaysia), selepas selesai urusan check-in / boarding pass penerbangan, anda keluar melalui mesin pengimbas paspot (tidak perlu beratur di kaunter imigrasi/cop paspot)

Kota Surabaya

Surabaya adalah kota kedua terbesar Indonesia selepas Jakarta. Diberitahu, "Surabaya" berasal dari peristiwa keberantakan ikan Sura dengan Buaya. Patung ini ada di zoo Surabaya.


Shanghai Park Surabaya & Pakuwon City Mall


Masjid Al-Islah, Surabaya


Sebuah gerai ole-ole Madura, selepas menyeberangi jambatan Suramadu (Surabaya - Madura).


Jambatan Suramadu, yang panjangnya hampir 5.5km.


Pasar Genteng, untuk membeli ole-ole Surabaya berdekatan dengan kawasan Tunjungan (tempat penginapan).


Sebahagian dari Tunjungan Plaza, pasaraya besar yang menjadi ikon di Surabaya.


Tempat penginapan, Four Points by Sheraton, Tunjungan Surabaya.


Saturday, 7 February 2026

Morocco (Maghribi) - Januari 2026

Kami menaiki pesawat Qatar Airways dari KLIA ke Doha. Selepas transit dua jam di Doha, kami menaiki pesawat Royal Air Maroc (code sharing) untuk tiba di lapangan terbang Mohammad V, Casablanca. Diberitahu, penerbangan Doha-Casablanca dengan Royal Air Maroc akan akan memakan masa tambahan sejam berbanding dengan penerbangan Qatar Airways kerana Royal Air Maroc tidak melintasi ruang udara negara Algeria.

Ringkasan perjalanan percutian kami di Morocco : Casablanca - Rabat - Chefchouen - Fes - Ifrane -Merzouga - Erfoud - Todra - Klaa Mgouna - Tamaloukte - Ait Ben Haddou - Atlas Mountain - Marrakech - Casablanca.


TIPS

1.     Dirham Morocco yang nilai kasarnya lebihkurang separuh RM (1Dirham=RM0.43) tidak boleh didapati diluar Morocco. Bila ke sana, bawa Euro atau USD untuk ditukarkan. Tukar sekadar perlu sahaja di airport (untuk beli sim kad, kudapan dsb)  Kadar tukaran adalah lebih baik di bandar daripada di airport.

2.     Untuk sim kad/service provider yang paling disyorkan adalah Maroc Telecom (capaian luas dan stabil), Orange (sesuai dibandar-bandar, laju) dan INWI (bajet). Kami beli sim kad Maroc Telecom di airport dengan harga 200 Dirham untuk 40GB data (tempoh 30 hari? dan juga boleh buat panggilan). Kena daftar butiran guna handphone sendiri dan paspot.

3.    Kebiasaan membeli belah di Morocco adalah tawar-menawar. Sekiranya sesuatu barangan itu tidak diletakkan tanda harga (kebanyakannya tanpa tanda harga) maka tawar menawar adalah menjadi kebiasaan. 'Hard bargainer' akan dapat sehingga 40% diskaun (kadang-kadang sampai separuh harga). Mendapat 30% diskaun sudah dikira sangat baik. 

Perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar Casablanca dan seterusnya ke Rabat (ibunegeri Morocco).


Masjid kedua terbesar di Afrika Utara, Masjid Hassan II, di bandar Casablanca.


Muhammad V Square, Casablanca


Tepian laut di Rabat berdekatan dengan Kasbah Oudaya (kubu pertahanan lama). Lain-lain tempat yang boleh dilawati di Rabat adalah seperti  Makam Mohammad V dan Hassan Tower.


Perjalanan dari Rabat ke Chefchaoun (The Blue City of Morocco). Membeli belah di Old Medina.


Pemandangan Old Medina dari kawasan tinggi.


Perjalanan dari Chefchaoun ke bandar Fes. Tidak banyak merakam photo di Fes kerana hari hujan. Antara tempat-tempat yang menarik yang berada di sekitar Fes adalah Dar El Makhzen (Royal Palace Fes), pemandangan panorama bandar Fes dari puncak bukit, Tanneries (kilang memproses kulit) dan Universiti Al Qarawiyyin. Universiti ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai universiti tertua dunia yang masih beroperasi. Ia ditubuh sekitar tahun 857-859 oleh Fatima Al Fihri

Kami kemudian meneruskan perjalanan dari Fes, menerusi Ifrane (Swiss of Morocco) ke Merzouga (padang pasir Sahara). Dalam perjalanan, kami singgah di Midelt (Bandar epal) dan Ziz Valley (lembah kurma). Merzouga pula adalah sebuah perkampungan yang terletak di tepi padang pasir Erg Cebi.


Sebahagian dari padang pasir Sahara, di Merzouga.

Perjalanan seterusnya : Merzouga - Erfoud - Todra Gorges - Boulmane dades

Dalam perjalanan ini kami singgah di museum fossil di Erfoud dan juga kedai kurma. Menikmati keindahan lembah jurang berbatu seakan Petra (di Jordan) dan juga singgah photostop di Tinghir, sebuah perkampungan orang Berber, orang asli Afrika Utara.

Kami berhenti menginap di Tamaloukte (kawasan ladang rose)


Destinasi terakhir percutian kali ini adalah ke Marrakech. Dari Tamaloukte melintasi banjaran Atlas / Tizi n' Tichka pass, kawasan yang paling sejuk dan kuat berangin.  

Kami juga singgah di Atlas Studio di Ait Ben Haddou (tempat penggambaran Gladiator, Game of Throne etc) sebelum tiba di Marrakech.


Bandar Marrakech berarti "Tanah Tuhan" (Land of God), di mana terdapatnya makam 7 Wali. Kami di sini selama dua malam sebelum ke lapangan terbang Casablanca untuk bertolak balik ke Malaysia.

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...