Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 4 May 2014

SIEM REAP - Part 2, Tonle Sap

Jarak Tasik Tonle  dari bandar Siem Reap lebih kurang 15 km. Tetapi menaiki tut-tut mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai.  Jalan pula setengah berturap dan setengah berbatu, terasa macam naik kuda pula.  Biasanya Salim akan menyediakankan mask penutup muka.  Jalanraya dibina agak tinggi bagi mengelakkan dari dinaiki air semasa musim hujan.  Rumah-rumah kayu.yang ditepi jalan mempunyai tiang yang tinggi untuk  menyamai aras jalan  Walaupun cuaca agak panas, tapi tiupan angin semasa tut-tut melucur dapat mengimbangi suasana dan terasa nyamannya

jalan yang berdebu menuju ke Tonle Sap


Dipertengahan jalan ke Tonle Sap, singgah dulu di ladang teratai.

Salim membelikan saya seikat buah teratai untuk dicuba... kopekkan kelopak teratai tu... di dalamnya ada biji teratai yang lembut dan enak rasanya


adik ini menghadiahkan saya sekuntum bunga teratai.. terima kasih dik..


gadis kemboja yang malu-malu bila saya mengambil gambarnya


bunga teratai digunakan untuk acara keagamaan bagi masyarakat yang beragama Buddha






Pada musim monsoon, keluasan tasik Tonle boleh mencapai 12,000km persegi, tetapi bila musim kemarau begini saiznya, mengecil sehingga  2,500km persegi.  Tasik yang terbesar di Asia Tenggara ini menjadi tempat penyatuan beberapa batang sungai, menjadi sumber pengairan untuk pertanian dan tangkapan ikan air tawar.  Kata Salim tiket menaiki bot  ialah US$15.  Saya pun tak teragak-agak minta tolong Salim belikan tiket sebab saya pernah terbaca sebelum ini yang tiketnya ialah US$20, Lepas mendapatkan tiket kami ke jeti untuk menaiki bot, ikut turutan bot yang ada di situ, satu group tiket  untuk satu bot, tak perlu menungu hingga bot penuh dulu baru jalan.




Inilah bot yang kami naik..
mula-mula Salim kata dia tunggu je.. tapi kemudiannya dia pun ikut sama.. mungkin  senang untuk berkomunikasi dengan tekong bot itu.  Lama juga menyusuri sungai sebelum sampai ke tasik.  Air sungai agak cetek beserta keruh dan sesekali bau hangir menyusup hidung.  Sekarang ni musim panas, dari bulan April hingga Julai. Masa musim hujan dari bulan Ogos hingga December, air tasik akan melimpah hingga paras jalan.
kampung terapung Chong Khneas












Tekong bot biasanya akan bertanya persetujuan kita untuk singgah di sekolah.  Adalah tidak digalakkan untuk singgah kerana disini kita semacam 'dipaksa' untuk menderma dan hasilnya tidak disalurkan dengan betul seperti yang diberitahu.

tengok kat ruang atas bumbung yang terhad tempat anak-anak bermain

Ini cerita pasal topi yang bersusun di rak tu..
how much.. tanya saya.. US$10.. jawab sipenjual...

Saya minta US$5.. tawar menawar dan akhirnya setuju dengan hargaUS$7.. oklah.. boleh pakai esuk semasa ke Angkor Wat untuk peneduh panas...

Dari jauh Salim memerhati... mahal tu kak.. katanya bila saya dah selesai berjualbeli..  boleh dapat US$3 sahaja jika di bandar..


Buaya yang di bela untuk hasilnya..
di bandar Siem Reap banyak kedai yang menjual bag dari kulit buaya
Semasa perjalanan pulang bot pula bermasalah.. tersekat-sekat.. pelahan je geraknya.. itik berenang pun rasanya lagi laju

kesian adik tekong bot ni.. kena tolak bot yang tak boleh dihidupkan... alahai, cetek je airnya...

akhirnya kena minta pertolongan bot lain supaya menarik hingga ke jeti.  Sepatutnya tour boleh selesai dalam masa 1jam setengah berlanjutan hingga 2 jam jadinya





Selesai di Tonle Sap, Salim bawa kami ke kampung Steung Thmey, tak jauh dari bandar, untuk makan tengahari.  Tak semena-mena semasa perjalanan pulang hujang turun dengan lebatnya.. Salim terpaksa mencari tempat berteduh.  Seperti hujan tak mahu reda, Salim menurunkan penutup di kiri kanan tut-tut untuk meneruskan perjalanan.  Dah lama tak hujan, kata Salim.. Alhamdulillah hujan rahmat

Singgah di Restoran Muslim Kitchen.  Beberapa kali membelek menu.. akhirnya kami memilik "daging lembu naik bukit", telur dadar dan sup khmer (sebab kami tak makan ikan sungai). Susah untuk dapatkan makanan laut di sini kerana kedudukan Siem Reap yang agak jauh dari pantai.  Ikan dan udang biasanya dari tasik air tawar

Salim minta diri untuk balik ke rumahnya yang tidak jauh dari situ untuk menukar bajunya yang basah. Setengah jam kemudian dia datang semula dengan membawa pisang goreng.







Suasana kampung muslim Champ di Steung Thmey.
Terdapat masjid, hotel dan beberapa restoran halal di sini.
Penduduk muslim di sini dikira okay juga keadaan mereka,  sumber pendapatan tempias dari hasil pelancungan.  Tetapi yang tinggal di luar bandar agak daif kehidupan mereka.  Selalu masyarakat Malaysia datang membuat ibadat korban.  Kos sara hidup pula agak tinggi.. sewa bilik US$50 didiami bersama isteri dan 3 anak yang masih kecil.  Kos sekolah anak-anak ditanggung tanpa bantuan dari kerajaan beserta harga makanan yang agak mahal.  Kalau di Malaysia RM1 pun dah boleh beli nasi lemak..  ungkap Salim... mungkin terkenang masa dia pernah bekerja kilang di Johor pada tahun 1995 hingga 1998.

Semasa  Salim mengisi minyak tut-tut saya sempat bertanya harga minyak.. 4,500 Riel untuk seliter
(US$1 = 4,100 Riel = RM3.30)

Jam 3.00 petang kami meminta Salim menghantar kami ke hotel..


Tarikh Percutian : 17 April, 2014 hingga 20 April, 2014
Pakej Percutian : Dream Trips

Siem Reap Dreamtrip
Pakej Percutian Siem Reap ditawarkan lagi pada pertengahan Jun 2014
Hubungi kami (HP: 0122077581 / 0129697581) sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai DreamTrip ini.

Thursday, 1 May 2014

Percutian di SIEM REAP - Part 1

Tarikh Percutian : 17 April, 2014 hingga 20 April, 2014
Pakej Percutian : Dream Trips

Siem Reap Dreamtrip
Pakej Percutian Siem Reap ditawarkan lagi pada pertengahan Jun 2014
Hubungi kami (HP: 0129697581) sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai DreamTrip ini.




Welcome to Siem Reap!

Air Asia  AK542 dari LCCT Kuala Lumpur selamat mendarat di airport Siem Reap, Cambodia 10 minit awal dari yang dijadualkan.

Masa di sini  1 jam lewat berbanding Kuala Lumpur.

Dua jam perjalanan tak terasa lama.. setengah jam untuk sarapan.. 1 jam tidur (ganti tidur sebab bangun awal)... dah pun sampai..

Alhamdulillah...






masing-masing sibuk hendak mengisi borang ketibaan.. (landing card)

kelam kabut juga..

semasa dalam pesawat, mengumumkan bahawa borang boleh didapati di dewan ketibaan. Tapi bila dah turun dari pesawat, mereka kata kena ambil borang kat pesawat pula.  Dalam 10 minit menunggu barulah ada staff AirAsia datang menyerahkan borang ketibaan untuk diisi



semasa berjalan keluar, sempat membeli sim prepaid SMART di sini...

US$1 untuk sim card dan
US$2 untuk 1.7G mobil data valid untuk sebulan..

Beli untuk kegunaan mobile data sahaja tetapi boleh call rangkaian SMART.. free rasanya.. guna untuk buat panggilan kepada pemandu tut-tut kami.. 1.7G pun banyak berlebihan, tak habis pakai.. 

Kaunter teksi airport di luar terminal jika bercadang menggunakan teksi, yang kadarnya US$7 / kereta untuk ke bandar.

Kami pula telah bertemujanji dengan Salim dan tut-tutnya.

Sebenarnya agak minit akhir juga saya menghubungi Salim, seminggu sebelum ke Siem Reap, bila terbaca di blog Cik Jari Manis terus saya hantar email.  Setengah jam kemudian Salim menelefon saya.. dan urusan pun selesai..

Pakej Dreamtrip ini menyediakan Sokha Angkor Resort sebagai tempat penginapan yang termasuk perkhidmatan pengangkutan airport (hotel transfer). Tapi memandangkan jam 8 pagi dah berada di sini baiklah kami menyewa tut-tut dan buat itinerary sendiri untuk tour bandar Siem Reap sebelum ke hotel.


Bila berjalan keluar terminal dah sedia Salim menunggu dengan memegang tag nama kami.  Setelah berbincang untuk acara hari ini, kami pun memulakan perjalanan.  Jam baru pukul 8.30 pagi.


Mula-mula singgah di War Museum.  Agaknya sebab masih awal tak ramai pengunjung.  Muzium terbuka di bawah rimbunan pohon mangga yang sedang lebat berbuah banyak mempamirkan himpunan kereta kebal, pesawat, senjata dan peralatan semasa perang.  Tiket masuk ialah US$5.00.

Beberapa gambar di War Museum...







anak-anak tak ikut... so biar kami je yang main tembak-tembak..
asyik makcik je yang posing...
tut-tut Salim.. tapi mana Salim?

Selesai di war muzium, kami singgah di hotel.. dari jauh dah nampak kain rentang mengamit rombongan ahli kelab WorldVentures.

Selesai mendaftar dan tinggalkan bagasi di lobi, kami berehat seketika menikmati "Welcome drinks", diberikan tuala basah untuk kami "refresh" muka.

Kemudian kami menuju  pula ke Tonle Sap (next post...)

Wednesday, 9 April 2014

Dari Homestay ke Homestay

Selepas dua hari di Cameron Highland, kami memanjangkan perjalanan ke Taiping, Perak. Mengambil laluan Simpang Pulai, kemudian exit tol Changkat Jering, tak jauh dari situ tempat pertama yang dituju ialah restoran mee udang Nur Zetty.  Anak-anak bukan penggemar udang.. mujur ada juga menu lain seperti nasi goreng dan mee goreng.

mee udang.. biasa vs special
Usai menjamu selera, kami menghala ke Kemunting mencari Rayyan Homestay.  Tak salah pilih.. kami selesa dengan suasana homestay Rayyan yang kemas dan bersih.
  
Sebagaimana kami menyediakan homestay yang bersih untuk tetamu kami, begitu jugalah kami mengharapkan bila sesekali kami pula menjadi tetamu.  Sebab ada sesetengah pemilik homestay yang menguruskan secara sambil lewa tanpa menitik beratkan soal  kebersihan.  Takkanlah menginap di homestay kena bawa cadar sendirikan?.  Walaupun bertaraf homestay tapi bila bab kebersihan seboleh-bolehlah biarlah sama taraf dengan kebersihan bilik hotel, supaya tetamu selesa dan berpuashati.



Tujuan sebenar ke Taiping ialah untuk mengambil pinggan Corelle yang dah berbulan-bulan tertangguh.  Pada malamnya Dayah datang ke homestay untuk menghantar Corelle.. selesai sudah.. bolehlah kami keluar makan malam pula. Destinasi yang kami pilih ialah medan selera di belakang balai bomba Taiping.  Di sini ada deretan gerai perniaga melayu yang menjual yong tau fu.  Memang sedap.. pada kuahnya.. taburan kacang.. memang terasa nak datang makan lagi.  Untuk anak-anak yang selalunya tak sama citarasa dengan orang tua, di sini juga ada chicken chop dan lain-lain juga.



Inilah set corelle makcik yang baru.  Yang lain-lain sudah dihantar kepada empunya masing-masing. Makcik memang suka guna pinggan mangkuk corelle sebab ciri-cirinya yang lasak dan ringan.  Set corelle pertama, hadiah dari ibu mertua 27 tahun lalu pun masih berkeadaan elok lagi.








Sekitar Taman Tasik Taiping...













Menyusuri bandar Taiping, Bandar Warisan.. Mengapa dikatakan bandar warisan boleh dibaca disini..





cendol bismillah dan laksa kedah

Bukit Larut @ Maxwell Hill





Hasrat untuk mendaki ke puncak bukit tidak kesampaian kerana tiket untuk perkhidmatan land rover  untuk hari ini sudah habis dijual. Sewaan landrover ke puncak atas dilakukan selang sejam dari pagi (jam 8 atau 9 pagi?) hinggalah jam 4 petang (last trip of the day). Tidak pasti pula bagi pengunjung yang bermalam di Bukit Larut, samada pengangkutan ini disediakan mengikut keperluan ataupun tertakluk juga pada jadual pengangkutan.











Sebelum bertolak balik ke KL, kami singgah di Kuala Sepetang mencari mee udang Mak Jah.  Kiranya pembuka dan penutup di Taiping dengan mee udang.  Bagi saya... antara mee udang Mak Jah dan Mee udang Zetty, selera saya lebih menyukai mee udang Zetty Changkat Jering
suasana di restoran mee udang Mak Jah

Tarikh : 26 Mac 2014

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...