Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday 9 April 2014

Dari Homestay ke Homestay

Selepas dua hari di Cameron Highland, kami memanjangkan perjalanan ke Taiping, Perak. Mengambil laluan Simpang Pulai, kemudian exit tol Changkat Jering, tak jauh dari situ tempat pertama yang dituju ialah restoran mee udang Nur Zetty.  Anak-anak bukan penggemar udang.. mujur ada juga menu lain seperti nasi goreng dan mee goreng.

mee udang.. biasa vs special
Usai menjamu selera, kami menghala ke Kemunting mencari Rayyan Homestay.  Tak salah pilih.. kami selesa dengan suasana homestay Rayyan yang kemas dan bersih.
  
Sebagaimana kami menyediakan homestay yang bersih untuk tetamu kami, begitu jugalah kami mengharapkan bila sesekali kami pula menjadi tetamu.  Sebab ada sesetengah pemilik homestay yang menguruskan secara sambil lewa tanpa menitik beratkan soal  kebersihan.  Takkanlah menginap di homestay kena bawa cadar sendirikan?.  Walaupun bertaraf homestay tapi bila bab kebersihan seboleh-bolehlah biarlah sama taraf dengan kebersihan bilik hotel, supaya tetamu selesa dan berpuashati.



Tujuan sebenar ke Taiping ialah untuk mengambil pinggan Corelle yang dah berbulan-bulan tertangguh.  Pada malamnya Dayah datang ke homestay untuk menghantar Corelle.. selesai sudah.. bolehlah kami keluar makan malam pula. Destinasi yang kami pilih ialah medan selera di belakang balai bomba Taiping.  Di sini ada deretan gerai perniaga melayu yang menjual yong tau fu.  Memang sedap.. pada kuahnya.. taburan kacang.. memang terasa nak datang makan lagi.  Untuk anak-anak yang selalunya tak sama citarasa dengan orang tua, di sini juga ada chicken chop dan lain-lain juga.



Inilah set corelle makcik yang baru.  Yang lain-lain sudah dihantar kepada empunya masing-masing. Makcik memang suka guna pinggan mangkuk corelle sebab ciri-cirinya yang lasak dan ringan.  Set corelle pertama, hadiah dari ibu mertua 27 tahun lalu pun masih berkeadaan elok lagi.








Sekitar Taman Tasik Taiping...













Menyusuri bandar Taiping, Bandar Warisan.. Mengapa dikatakan bandar warisan boleh dibaca disini..





cendol bismillah dan laksa kedah

Bukit Larut @ Maxwell Hill





Hasrat untuk mendaki ke puncak bukit tidak kesampaian kerana tiket untuk perkhidmatan land rover  untuk hari ini sudah habis dijual. Sewaan landrover ke puncak atas dilakukan selang sejam dari pagi (jam 8 atau 9 pagi?) hinggalah jam 4 petang (last trip of the day). Tidak pasti pula bagi pengunjung yang bermalam di Bukit Larut, samada pengangkutan ini disediakan mengikut keperluan ataupun tertakluk juga pada jadual pengangkutan.











Sebelum bertolak balik ke KL, kami singgah di Kuala Sepetang mencari mee udang Mak Jah.  Kiranya pembuka dan penutup di Taiping dengan mee udang.  Bagi saya... antara mee udang Mak Jah dan Mee udang Zetty, selera saya lebih menyukai mee udang Zetty Changkat Jering
suasana di restoran mee udang Mak Jah

Tarikh : 26 Mac 2014

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...