Pakej Percutian : Dream Trips
Pakej Percutian Siem Reap ditawarkan lagi pada pertengahan Jun 2014 |
Welcome to Siem Reap!
Air Asia AK542 dari LCCT Kuala Lumpur selamat mendarat di airport Siem Reap, Cambodia 10 minit awal dari yang dijadualkan.
Masa di sini 1 jam lewat berbanding Kuala Lumpur.
Dua jam perjalanan tak terasa lama.. setengah jam untuk sarapan.. 1 jam tidur (ganti tidur sebab bangun awal)... dah pun sampai..
Alhamdulillah...
masing-masing sibuk hendak mengisi borang ketibaan.. (landing card)
kelam kabut juga..
semasa dalam pesawat, mengumumkan bahawa borang boleh didapati di dewan ketibaan. Tapi bila dah turun dari pesawat, mereka kata kena ambil borang kat pesawat pula. Dalam 10 minit menunggu barulah ada staff AirAsia datang menyerahkan borang ketibaan untuk diisi
semasa berjalan keluar, sempat membeli sim prepaid SMART di sini...
US$1 untuk sim card dan
US$2 untuk 1.7G mobil data valid untuk sebulan..
Beli untuk kegunaan mobile data sahaja tetapi boleh call rangkaian SMART.. free rasanya.. guna untuk buat panggilan kepada pemandu tut-tut kami.. 1.7G pun banyak berlebihan, tak habis pakai..
Kaunter teksi airport di luar terminal jika bercadang menggunakan teksi, yang kadarnya US$7 / kereta untuk ke bandar.
Kami pula telah bertemujanji dengan Salim dan tut-tutnya.
Sebenarnya agak minit akhir juga saya menghubungi Salim, seminggu sebelum ke Siem Reap, bila terbaca di blog Cik Jari Manis terus saya hantar email. Setengah jam kemudian Salim menelefon saya.. dan urusan pun selesai..
Pakej Dreamtrip ini menyediakan Sokha Angkor Resort sebagai tempat penginapan yang termasuk perkhidmatan pengangkutan airport (hotel transfer). Tapi memandangkan jam 8 pagi dah berada di sini baiklah kami menyewa tut-tut dan buat itinerary sendiri untuk tour bandar Siem Reap sebelum ke hotel.
Bila berjalan keluar terminal dah sedia Salim menunggu dengan memegang tag nama kami. Setelah berbincang untuk acara hari ini, kami pun memulakan perjalanan. Jam baru pukul 8.30 pagi.
Mula-mula singgah di War Museum. Agaknya sebab masih awal tak ramai pengunjung. Muzium terbuka di bawah rimbunan pohon mangga yang sedang lebat berbuah banyak mempamirkan himpunan kereta kebal, pesawat, senjata dan peralatan semasa perang. Tiket masuk ialah US$5.00.
Beberapa gambar di War Museum...
anak-anak tak ikut... so biar kami je yang main tembak-tembak.. |
asyik makcik je yang posing... |
tut-tut Salim.. tapi mana Salim? |
Selesai di war muzium, kami singgah di hotel.. dari jauh dah nampak kain rentang mengamit rombongan ahli kelab WorldVentures.
Selesai mendaftar dan tinggalkan bagasi di lobi, kami berehat seketika menikmati "Welcome drinks", diberikan tuala basah untuk kami "refresh" muka.
Kemudian kami menuju pula ke Tonle Sap (next post...)
No comments:
Post a Comment