Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 8 July 2013

Boringnya di KidZania



Boring yang mula-mula...  kena beratur panjang nak beli tiket, tak kurang 45 minit beratur, ada 4-5 kaunter untuk walk in tiket.  Biasalah kalau hari minggu atau cuti umum.

Tiket boleh juga dibeli tiket secara online, jadi line tak lah panjang sangat.  Inilah halnya kalau buat perancangan last minute.

Kidzania dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang untuk hari Ahad hingga Jumaat.  Bagaimanapun pada hari Sabtu, cuti umum dan cuti sekolah ada 2 sessi iaitu 10pagi - 3petang dan  4petang - 9malam.



Dah dapat tiket, naik ke tingkat 5, buat pendaftaran dulu sebelum masuk.  Siap periksa bag segala... makanan dan minuman tak dibenakan dibawa masuk... dan bersedialah untuk membayar harga makanan/minuman yang mahal di dalamnya...











Mula-mula pergi ke bank CIMB.. dapat KZ50 sebagai modal.

Kemudian bolehlah pilih apa-apa aktiviti yang ada...
pusing-pusing... semuanya ramai... kalau  station yang popular seperti bomba, polis, flight simulator laginya panjang q-nya.

Berbanding masa mula-mula buka dulu, kini semakin banyak aktiviti yang disediakan.











Pada setiap station ada notis berikut...

ACTIVITY, CAPACITY, DURATION, AGE SUGGESTED,
ECONOMY  (samada -Z atau +Z)

Contohnya; untuk masuk Kidzania's National College kena bayar KZ$10, 7 orang kanak-kanak untuk setiap sessi selama 20 minit, sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas.

Jika +Z bermaksud mendapat pendapatan dari aktiviti di station berkenaan.








Ada sesetengah aktiviti memerlukan syarat minima ketinggian seperti 120cm atau 130cm dan perlu memakai kasut.


Jom... kita cari mana-mana yang sesuai, yang tak panjang q...











Attorney di Supreme Court of Kidzania








 Surgeon di KPJ specialist hospital 





Mana tak boring... kerja mama asyik menunggu saja... katalah q paling pendek 20 minit, kemudian masa aktiviti pula 20 minit.  Purata masa 1 jam untuk 1 aktiviti saja.  Datang jam 10 pagi dan pulang jam 3 petang dapat buat 3 aktiviti dan tonton magic show yang ntah ape-ape ... 

Berbaloikah dengan bayaran masuk RM95 (Kanak-kanak RM60 dan dewasa RM35).  Kalau anaknya ramai... pandai-pandailah kira berapa RM yang harus dikeluarkan....

Makanan kat dalam tu... saya beli satu sosej + air minuman =RM8.50

At the end dapat kumpul KZ78... nak redeem barang pun tak lepas, minima KZ100 baru boleh guna untuk redeem.



Belum pun sampai ke rumah... "boleh tak nak datang lagi.. dah dua kali datang pun tak sempat pun nak main bomba"  tanya si anak.

Nama pun tempat tu untuk kanak-kanak... 10 kali datang pun tak jemu... dan lagi belum tentu boleh habis main dengan semua aktiviti yang ada jika macamnilah caranya.  Yang BORING-nya mama!!!

* Dari HomestayU1 boleh berjalan kaki ke Kidzania - Lintas Persiaran Surian, masuk Ke IPC melalui kawasan parking, jalan terus sehingga ke IKEA. Keluar dari IKEA boleh nampak bangunan Kidzania berhadapan dengan TESCO dan bersebelahan bangunan IKEA.  10 minit adalah jika berjalan kaki.

** Untuk lain-lain post berkenaan atau sekitar Homestay U1, sila klik  'homestay U1' di bahagian labels sebelah kiri.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...