21 Disember hingga 29 Disember, 2017
Penghujung tahun 2017, kami memilih Perth sebagai destinasi percutian keluarga. Kami belum pernah sampai ke Perth sebelum ini. Percutian kali ini disertai oleh empat ahli keluarga yang lain menjadikan jumlah kami seramai 8 orang kesemua. Senang cerita, kita panggil rombongan Che Kiah ajelah.
Penghujung tahun 2017, kami memilih Perth sebagai destinasi percutian keluarga. Kami belum pernah sampai ke Perth sebelum ini. Percutian kali ini disertai oleh empat ahli keluarga yang lain menjadikan jumlah kami seramai 8 orang kesemua. Senang cerita, kita panggil rombongan Che Kiah ajelah.
Perjalanan bermula dengan penerbangan MAS MH127, berlepas jam 7:30 malam pada hari Khamis, 21 Disember dan kembali ke tanahair semula pada hari Jumaat, jam 8 pagi, 29 Disember dengan penerbangan MH126.
Itinerari Percutian Perth
- Hari 1 - Berlepas dari KLIA (KUL - PER) dan mendarat pada jam 1:30 pagi
- Hari 2 - Membeli groceries di kedai halal berdekatan (di IGA Mirabooka); petang lawatan ke Caversham Wild Life Park dan Margaret River Chocolate Factory
- Hari 3 - Bersiar-siar dan membeli cenderamata di area Freemantle; ke Kings Park/Botanical Garden dan beberapa icon Perth (Perth city). Singgah di Cottesloe beach kemudian memandu melalui Tourist Route Indian Ocean Road menuju ke Sorrento beach sambil menunggu mentari terbenam.
- Hari 4 - ke Yanchep National Park, Moore River, Lancelin sand dunes, Pinnacle Desert dan Lake Thetis (Nambung National Park), dan Cervantes Lobster shack, Thirsty Point Lookout
- Hari 5 (Krismas) - Canal Rock di Yallingup; Busselton jetty dan Elizabeth Quay serta Kings Park Garden (Perth city in the evening)
- Hari 6 (Boxing Day) - Shopping di Watertown Outlet
- Hari 7 - Rockingham (Penguin Island) dan ke Swan Valley (Perth) berkunjung ke Yahava Koffeeworks dan Windarra Honey
- Hari 8 - Last day Shopping
- Hari 9 - Berlepas pulang ke tanahair jam 2 pagi di PER dan mendarat di KLIA jam 8 pagi.
Rombongan Che Kiah semasa tiba di Perth...
Menunggu ketibaan 'airport transfer' untuk ke homestay di Balga, lebihkurang 15 km dari lapangan terbang Perth..
Kos Percutian
Kos percutian kali ini adalah RM2,584.77 seorang, yang dikira pada kadar pertukaran matawang RM3.20 bagi setiap AUD$1. Kos ini merangkumi:-
- Tiket penerbangan pergi-balik KUL-PER kelas ekonomi dengan Malaysian Airlines - RM
- Tourist Visa Australia - RM
- Insuran perjalanan dari tarikh berlepas hingga tarikh kembali - RM
- Airport transfer pergi-balik (PER-Homestay-PER) - AUD$
- Sewa Homestay 4-bilik serba lengkap di Elward Way, Balga - AUD$
- Sewa kereta 8-seater (Estima) - AUD$
- Sewa pocket wifi selama percutian bagi kemudahan akses internet semasa memandu - RM
- Tabung perbelanjaan selama percutian - meliputi perbelanjaan grocery, petrol, parking, tiket masuk Pinnacle, makan di luar (4 kali di 4 buah restoran) dan lain-lain perbelanjaan kecil. - AUD$
- Barangan masakan yang dibeli di Malaysia (SHRF Food Industries dan Jusco grocery) - RM
** Kos per pax di atas tidak termasuk tiket masuk Caversham Wild Life Park (AUD $29 seorang dewasa), tiket Penguin Island & Sea lion Cruise (AUD $42 seorang dewasa) dan perbelanjaan / membeli belah persendirian.
TIPS memohon (Tourist) Visa Australia
Visa untuk masuk ke Australia sebagai pelancong boleh dipohon secara online (murah) atau memohon di kedutaan Australia (mahal).
Permohonan secara online boleh dibuat sendiri (tidak disarankan) ataupun dilakukan oleh travel agent (disarankan) yang sah ataupun syarikat penerbangan. Kos visa pelancongan jika dibuat di kaunter MAS di KLIA adalah RM32 seorang. Kelulusan adalah serta merta (sekiranya tiada apa-apa isu)
Kami mendapatkan visa ini secara 'whatsapp' dan emel, dengan Wiya Travel. Kosnya adalah RM20 seorang. Kelulusan adalah beberapa jam (jika dibuat pada waktu bekerja) dan kami mendapat visa tersebut melalui emel. Cetak visa yang diperolehi itu, kemudian staple ke dalam paspot.
Custom Declaration di Perth
Banyak cerita mengenai custom declaration di Australia yang dikatakan very strict. Memangpun.
Tetapi buatlah declaration dengan sepatutnya, jangan sembunyi-sembunyi. Yang tidak pasti tu, declare sahajalah. Rombongan kami tidak mengalami masalahpun dalam hal ini. Dalam banyak-banyak bagasi yang kami bawa, hanya satu bagasi dan satu hand carry sahaja diminta buka untuk diperiksa. Pemeriksaan pun hanya lebihkurang sahaja. Sambal tumis ikan bilis masak sendiri, (diletakkan label) pun lepas.
Pengalaman semasa pergi Gold Coast/Brisbane dan Melbourne bertahun-tahun dahulu pun lebihkurang sama. Kami rasa ianya tiada masalah kalau buat custom declaration tanpa sembunyi-sembunyi.
Homestay En. Roshaidy
Homestay 4 bilik serba lengkap di Elward Balga yang dipunyai oleh Encik Roshaidy, orang Melaka yang kini menetap di Perth. Sesiapa yang ingin bercuti ke Perth, kami amat rekomenkan homestay En. Roshaidy ini. Beliau ada Homestay 2-bilik dan Homestay 4-bilik (yang kami inap)
Kami jumpa homestay ini melalui laman blog setelah membuat carian google. En. Roshaidy boleh dihubungi dengan whatsapp di nombor +61 402 533 915. Bayaran deposit sebanyak 30% dibuat melalui bank transfer (Maybank2u) dan bakinya dibayar setelah tiba di Perth.
Ruang tamu dan ruang dapur homestay...
En. Roshaidy juga menguruskan sewaan airport transfer dan sewaan kereta untuk kegunaan percutian kami. Jadi kami hanya berurusan dengan beliau sahaja untuk logistik percutian. Sungguh peramah dan tidak berkira serta banyak membantu kami dalam melancarkan percutian kami. Lawatan ke Moore River tiada dalam itinerari asal kami tetapi dicadangkan oleh En. Roshaidy. Ternyata kunjungan ke Moore River memuaskan hati kami semua (gambar-gambar yang kami ambil akan menyusul selepas entri ini). Beliau mencadangkan tempat-tempat lawatan, logistik, mana nak shopping, mana nak cari itu dan ini.. pendek kata beliau boleh menyediakan pakej perlancongan yang lengkap bagi sesiapa yang ingin bercuti di Perth.
Ini gambar kereta Estima (8-seater) warna gold yang kami sewa..
Tips Petrol
Sepanjang tempoh di sana jumlah petrol yang kami belanjakan adalah AUD$184 (empat kali isi) dengan harga per liter dari $1.24 hingga $1.34. Secara amnya harga petrol di sekitar kawasan bandar lebih murah dari kawasan yang jauh dari bandar dan harga berbeza-beza antara setiap stesen petrol. Harga per liter adalah lebih murah pada hari Krismas (25 Disember). Untuk menentukan stesen petrol berdekatan yang menawarkan harga paling murah, kami menggunakan panduan tunjuk arah wazer. Walaupun harga yang dipaparkan tidak tepat/tidak update, ianya memadai untuk menentukan stesen petrol berdekatan yang mana patut dituju.
Setelah 8 hari bercuti di Perth, rombongan Che Kiah pun kembali ke tanahair pada awal pagi (jam 2 pagi) pada 29 Disember, menaiki pernerbangan MH126. Bergambar di depan pintu homestay sebelum menghantar kami ke airport...
(En. Roshaidy berdiri nombor 3 dari kiri) |
Semasa bertolak ke Perth dahulu, tripod kamera boleh dibawa masuk sebagai hand-carry item. Tetapi lain pula bila di airport Perth semasa hendak pulang ke Malaysia. Pada mulanya masa check-in di kaunter penerbangan, tripod dibenarkan sebagai hand-carry item. Tetapi semasa scan (selepas imigresen check point) untuk ke balai berlepas, mereka tak bagi masuk pula. Kenalah turun semula ke kaunter check-in untuk masukkan tripod sebagai checked-in luggage.
Akhirnya, rombongan Che Kiah mengakhiri percutian Perth apabila mendarat di KLIA pada 29 Disember jam 8 pagi..
TIPS tax refund di Perth
Kerajaan Australia memulangkan cukai pembelian barangan untk kegunaan persendirian yang di bawa keluar. Nilai minimum pembelian adalah AUD$300 (resit terkumpul) bagi setiap store/warehouse. Oleh itu asingkan resit-resit pembelian mengikut store/warehouse bagi memudahkan urusan tax refund di airport nanti. Sebagai contoh, pembelian di store chemist yang berlainan tidak boleh disatukan untuk mencapai jumlah $300.
Dari pengalaman kami, pemulangan cukai ini adalah lebih mudah/ringkas/straight forward di Australia beranding dengan UK, negara-negara Eropah. Selepas check in penerbangan dan melepasi imigresen, ikut tanda ke pejabat yang menguruskan pemulangan cukai ini.
Kami perhatikan ada dua cara, iaitu secara manual, dengan mengisi borang yang disediakan dan memasukkan resit-resit pembelian di dalam sampul dan masukkan dalam box yang disediakan. Kami terus ke kaunter di mana ada pegawai yang menguruskan pengiraan tax ini. Resit-resit pembelian yang diasingkan mengikut store/warehouse dikemukakan untuk dikira/disahkan oleh pegawai yang menguruskan. Standard procedure selalunya memerlukan kita menunjukkan barangan yang dibeli, tetapi nak tunjuk macamana kalau bagasi sudah di checked-in ke dalam kapalterbang? Tunjuk yang ada dalam hand carry luggage sahaja, itupun kalau diminta tunjukkan. Mereka tidak 'strict' sangat dalam hal ini.
Selesai dikira dan disahkan, bagi butiran kad kredit/kad debit (ataupun akaun bank?) dan pemulangan akan diuruskan dalam masa 2 hingga 4 minggu kemudian.
Entri-entri sepanjang percutian rombongan Che Kiah akan menyusul selepas ini..
Good Info..TQ
ReplyDeleteJom ke PERTH AUSTRALIA 2020!!!!!! Hanya RM1970/pax termasuk flight + transport + hotel + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking trip ke Perthl! Promosi valid sehingga 31/10/19. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.
ReplyDeletebercuti ke Perth pada minggu cuti Krismas kedai2 dan tempat2 attraction byk yg buka?
ReplyDeleteSemasa kami di sana (6 tahun lepas) kedai2 dan tempat2 attraction berjalan seperti biasa pada minggu Krismas, tetapi tidak pada Krismas. Ada satu restoran makanan laut yg kami tak dapat menikmati kerana apabila kami sampai di situ sebelah petang sehari sebelum krismas, mereka sudah berkemas untuk menutup kedai. Mereka kata, tutup lebih awal sikit sebab esok nak krismas.
Delete