Penerbangan kami dari KLIA menaiki pesawat Batik Air Malaysia ke lapangan terbang antarabangsa Juanda, sementara penerbangan balik ke Malaysia adalah dengan Malaysia Airlines.
TIPS
Untuk menyenangkan kemasukan ke Indonesia, disarankan untuk memuat turun
aplikasi "All Indonesia". Melalui aplikasi ini anda mengisi butiran
"Arrival Card", se awal tiga hari sebelum tiba di Indonesia. Anda boleh
memohon visa percuma (perlancongan, dan bagi warga Malaysia), dengan
mengetik butang "Apply for visa exemption", selepas mendapat QR
code untuk Arrival Card. Kemudian isikan butiran imigrasi.
Applikasi All Indonesia
|
| Arrival Card |
| Borang Imigrasi |
Semua permohonan ini dibuat melalui applikasi All Indonesia yang dimuat turun kepada telefon bimbit. Ianya tidak boleh dibuat melalui desktop/laptop/laman sesawang.
Tiba saja di Indonesia (lapangan terbang antarabangsa Juanda), anda terus scan paspot anda di mesin (tidak perlu beratur di kaunter/cop paspot). Kemudian selepas mengambil bagasi (sekiranya ada check-in baggage) anda akan melalui checkpoint imigrasi di mana QR code arrival card anda akan diimbas. Selesai urusan kemasukan dan keluar ke balai ketibaan.
Tiba saja di Indonesia (lapangan terbang antarabangsa Juanda), anda terus scan paspot anda di mesin (tidak perlu beratur di kaunter/cop paspot). Kemudian selepas mengambil bagasi (sekiranya ada check-in baggage) anda akan melalui checkpoint imigrasi di mana QR code arrival card anda akan diimbas. Selesai urusan kemasukan dan keluar ke balai ketibaan.
Semasa keluar nanti (untuk pulang ke Malaysia), selepas selesai urusan check-in / boarding pass penerbangan, anda keluar melalui mesin pengimbas paspot (tidak perlu beratur di kaunter imigrasi/cop paspot)
Kota Surabaya
Surabaya adalah kota kedua terbesar Indonesia selepas Jakarta. Diberitahu, "Surabaya" berasal dari peristiwa keberantakan ikan Sura dengan Buaya. Patung ini ada di zoo Surabaya.
Shanghai Park Surabaya & Pakuwon City Mall
Masjid Al-Islah, Surabaya
Sebuah gerai ole-ole Madura, selepas menyeberangi jambatan Suramadu (Surabaya - Madura).
Jambatan Suramadu, yang panjangnya hampir 5.5km.
Pasar Genteng, untuk membeli ole-ole Surabaya berdekatan dengan kawasan Tunjungan (tempat penginapan).
Sebahagian dari Tunjungan Plaza, pasaraya besar yang menjadi ikon di Surabaya.
Tempat penginapan, Four Points by Sheraton, Tunjungan Surabaya.
No comments:
Post a Comment