Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 18 November 2016

Bandar Seri Begawan, Brunei - 2016

Oktober 2016

Pagi ni kami bersarapan di restoran Aseaneka lagi sebab,tarikan roti canainya yang sedap, Selain itu suka sangat dengan teh lemon ais yang secukup rasa manis dan masamnya.  Kemudian kami memandu mengikut panduan waze ke Bandar Seri Begawan melalui Kuala Belait.

Pagi Ahad tidak ramai orang di check point imigresen. Mudah untuk melepasinya, tunjuk paspot dan isi borang membawa masuk kereta. Pastikan ada maklumat nombor chasis kereta selain dari tarikh luput insuran/road tax (dapatkan salinan geran kereta). Tol Jambatan Rasau sebanyak B$3 sehala terletak beberapa kilometer selepas check point imigresen.




Kami melencong masuk ke pekan Kuala Belait untuk meninjau kawasan.

Kerajaan langit? - Binaan teko air besar sebelum tiba di pusat pekan Kuala Belait.


Menara di hujung pekan, berhenti seketika untuk ambil gambar mana-mana yang patut.





Sebelum tengahari dah tiba di Bandar Seri Begawan. Jalan tidak begitu sesak. Menara jam di persimpangan jalan ini katanya dihadiahkan oleh kerajaan Malaysia.



Tempat pertama dilawati .. Museum Royal Regalia atau Bangunan Alat Kebesaran Di Raja .. masuk adalah percuma. Tinggalkan kasut/selipar di luar muzium. Alas kaki/selipar disediakan untuk dipakai di dalam muzium.

Petugas muzium di kaunter sambutan tetamu akan meminta kita menanda-tangan buku lawatan serta meminta kita letakkan semua beg/tas tangan/kamera/handphones ke dalam locker berkunci sebelum dibenarkan membuat lawatan ke bahagian dalam muzium.  Antara yang dipamirkan di sini ialah salsilah keturunan di raja Brunei, barangan cenderamata yang dihadiahkan oleh negara-negara asing kepada kerajaan Brunei. 

Gambar-gambar di bawah ini adalah kawasan legar muzium (setelah mengambil semula barangan yang diletakkan dalam locker berkunci tadi). 



Setelah lawatan muzium, kami berjalan kaki ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang terletak tidak jauh dari muzium untuk solat zohor.



Pusing sedikit sebanyak Bandar Seri Begawan, kami ke jeti Kampong Ayer. "Venice of the East" yang dikatakan perkampongan terapong terbesar di dunia? Kami sekadar meninjaunya dari seberang sini, tidak menaiki bot untuk ke sana kerana ada yang dah lapar untuk lunch. Kami langsung makan tengahari di restoran yang berdekatan setelah mendapat saranan dari petugas pakir kereta di sini. Kami sebenar mencari kebab brunei setelah orang Miri sarankan supaya mencubanya.



Kampng Ayer yang nampak dari seberang sini...



Dalam perjalanan pulang ke Miri, kami melintasi Masjid Jame Hassanul Bolkiah....


Minyak kereta kami tidak isi penuh di Miri semasa mula-mula datang tadi, lalu langsung keluar warning masa keluar dari Bandar Seri Begawan. Berhenti di sebuah stesen minyak shell yang ada di tepi highway, mulanya beratur agak panjang untuk mengisi minyak. Lepas tu nampak satu pam tu yang kosong, barulah nampak papan tanda yang mengatakan pam itu khas untuk kereta-kereta asing.

Kami terus mengisi minyak di pam itu. Isi cukup-cukup aja untuk sampai ke Miri sebab harganya per liter lebih mahal untuk kereta asing. Dalam 20km lebih sebelum tiba di check point imigresen, tangki minyak menyala warning lagi, lalu kami melencong masuk ke sebuah pekan berdekatan.

Alkisahnya , kami hanya dibenarkan ihsan B$2 sahaja untuk mengisi minyak kerana stesen itu tidak mempunyai pam untuk kenderaan asing. Itupun kena tunjuk yang minyak kereta sudah warning. Dengan tambahan $2 itu sempat juga kami sampai ke stesen minyak di Miri sebelum tangki betul-betul kering. 

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...