Kami menaiki pesawat Qatar Airways dari KLIA ke Doha. Selepas transit dua jam di Doha, kami menaiki pesawat Royal Air Maroc (code sharing) untuk tiba di lapangan terbang Mohammad V, Casablanca. Diberitahu, penerbangan Doha-Casablanca dengan Royal Air Maroc akan akan memakan masa tambahan sejam berbanding dengan penerbangan Qatar Airways kerana Royal Air Maroc tidak melintasi ruang udara negara Algeria.
Ringkasan perjalanan percutian kami di Morocco : Casablanca - Rabat - Chefchouen - Fes - Ifrane -Merzouga - Erfoud - Todra - Klaa Mgouna - Tamaloukte - Ait Ben Haddou - Atlas Mountain - Marrakech - Casablanca.
TIPS
1. Dirham Morocco yang nilai kasarnya lebihkurang separuh RM (1Dirham=RM0.43) tidak boleh didapati diluar Morocco. Bila ke sana, bawa Euro atau USD untuk ditukarkan. Tukar sekadar perlu sahaja di airport (untuk beli sim kad, kudapan dsb) Kadar tukaran adalah lebih baik di bandar daripada di airport.
2. Untuk sim kad/service provider yang paling disyorkan adalah Maroc Telecom (capaian luas dan stabil), Orange (sesuai dibandar-bandar, laju) dan INWI (bajet). Kami beli sim kad Maroc Telecom di airport dengan harga 200 Dirham untuk 40GB data (tempoh 30 hari? dan juga boleh buat panggilan). Kena daftar butiran guna handphone sendiri dan paspot.
3. Kebiasaan membeli belah di Morocco adalah tawar-menawar. Sekiranya sesuatu barangan itu tidak diletakkan tanda harga (kebanyakannya tanpa tanda harga) maka tawar menawar adalah menjadi kebiasaan. 'Hard bargainer' akan dapat sehingga 40% diskaun (kadang-kadang sampai separuh harga). Mendapat 30% diskaun sudah dikira sangat baik.
Perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar Casablanca dan seterusnya ke Rabat (ibunegeri Morocco).
Kami kemudian meneruskan perjalanan dari Fes, menerusi Ifrane (Swiss of Morocco) ke Merzouga (padang pasir Sahara). Dalam perjalanan, kami singgah di Midelt (Bandar epal) dan Ziz Valley (lembah kurma). Merzouga pula adalah sebuah perkampungan yang terletak di tepi padang pasir Erg Cebi.
Perjalanan seterusnya : Merzouga - Erfoud - Todra Gorges - Boulmane dades
Dalam perjalanan ini kami singgah di museum fossil di Erfoud dan juga kedai kurma. Menikmati keindahan lembah jurang berbatu seakan Petra (di Jordan) dan juga singgah photostop di Tinghir, sebuah perkampungan orang Berber, orang asli Afrika Utara.
Kami berhenti menginap di Tamaloukte (kawasan ladang rose)








.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)






.jpeg)
No comments:
Post a Comment