Jungfraujoch, kemuncak tertinggi di Europe, boleh dicapai oleh para pelancong dengan menaiki tren. Pada mulanya kami agak berbelah-bahagi untuk ke sini kerana host kami pun memberitahu yang tiket untuk ke puncak agak mahal. Kami hanya berkira-kira untuk mendaki separuh jalan sahaja kerana kami boleh menggunakan Swiss Family Pass tanpa apa-apa bayaran tambahan, sekiranya tidak ingin ke kemuncak.
Walaubagaimanapun alang-alang telah sampai di Switzerland ini, kami mengambil keputusan untuk ke Jungfraujoch sehingga ke kemuncak juga.
Keesokan harinya selepas Stockhorn, pagi-pagi lagi kami ke Interlaken untuk memulakan perjalanan dari stesen Interlaken East (depa panggil Interlaken Ost), kami menaiki tren ke Lauterbrunnen. Dari sana bertukar tren untuk ke Kleine Scheidegg. Dari situ, fasa terakhir tren mendaki terowong bukit hingga ke stesen kemuncak di Jungfraujoch.
Kos mendaki Jungfraujoch termasuk kesemua tempat-tempat yang boleh dilawati di puncak Jungfraujoch untuk seorang dewasa musim winter (low season) ini kalau tidak silap saya adalah CHF205 seorang. Pemegang Swiss Family Pass, diberikan diskaun, dengan membayar CHF133 seorang untuk tiga orang tiket dewasa ((kanak-kanak 12 tahun ke bawah dikecualikan dari bayaran).
Perjalanan pergi-balik Interlaken Ost-Jungfraujoch ini bermula seawal 8 pagi dengan kekerapan servis setiap setengah jam sekali dan tren terakhir untuk turun dari Jungfraujoch adalah sebelum pukul 5 petang.
Maklumat tentang stesen-stesen yang dilalui selepas tiba di Lauterbrunnen dari Interlaken Ost (stations from Lauterbrunnen to Kleine Scheidegg)
Antara foto-foto dari tren semasa perjalanan Lauterbrunnen ke Kleine Scheidegg (some photos between Lauterbrunnen - Kleine Scheidegg)
Perjalanan seterusnya selepas pertukaran tren... (next interchange)
Sebahagian foto-foto di Jungfraujoch.. (some photos at Jungfraujoch)
Swiss chocolate...
ENGLISH VERSION
Jungfraujoch, Europe's highest peak or the roof of Europe, is reachable by tourist via cogwheel train. At first we wanted to skip our trip to Jungfraujoch when told by our apartment's host that the ticket was a little bit expensive. Our Swiss Family Pass did cover almost half of the journey without us having to pay anything extra, but we would not get to reach all the way up to the top.
However, thinking that Switzerland was a long way from Malaysia, we at last decided to take the journey all the way up.
The next morning, we started our journey from Interlaken Ost to Lauterbrunnen. From there, we exchanged train to reach Kleine Scheidegg. The last leg was climbing up (by train) via tunnel to reach the last station at Jungfraujoch.
With the Swiss Family Pass we paid discounted ticket of CHF133 per person (instead of CHF205 per person during this low season) whereby child under 12 year old was free of charge.The first train was at 8am from Interlaken Ost, half-hourly and, the last train coming down from Jungfraujoch was by 5pm.
No comments:
Post a Comment