(scroll down for english version)
Hari ke-3 kami bertolak dari stesen Zurich Flughafen ke Spiez, dengan masa perjalanan keretapi lebihkurang 2 jam.
ke Spiez Bahnhof...
Keretapi agak kosong kerana kami mengelak untuk menaikinya semasa waktu puncak (orang balik kerja)
Tidak seperti keretapi Jepun yang mempunyai ruang simpanan bagasi yang luas dan juga tempat duduk yang luas (muat untuk letak bagasi di kaki sahaja), kami terpaksa menyelitkan dua dari bagasi kami seperti ini...
TIPS - jika anda menyelitkan bagasi seperti ini, sila ingat kedudukannya apabila hendak turun keretapi. Kami terlupa untk membawa turun satu bagasi terselit seperti ini dan hanya tersedar apabila bilangan beg kurang satu semasa di platform. Keretapi sudah hampir hendak bergerak semula ketika itu.
Untuk menggunakan sistem pengangkutan awam Swiss (terutamanya keretapi, tram/bas), SBB mobile app ini sangat membantu untuk mengetahui maklumat perjalanan seperti jadual, pilihan keretapi, platform, stesen-stesen di sepanjang perjalanan dsb.
Untuk mendapatkan akses internet mobile, di antara sim kad dan mobile pocket wifi, saya dapati adalah lebih ekonomi untuk membeli sim kad saja dan jadikan smartphone sebagai hotspot untuk perkongsian akses internet. Jadi saya membeli sim kad Yallo (CHF9.90) semasa di Zurich, untuk 1G mobile data dan CHF5 voice call. 1G itu ngam-ngam habis semasa memasuki Itali setelah 12 hari berada di Swiss.
Untuk mendapatkan akses internet mobile, di antara sim kad dan mobile pocket wifi, saya dapati adalah lebih ekonomi untuk membeli sim kad saja dan jadikan smartphone sebagai hotspot untuk perkongsian akses internet. Jadi saya membeli sim kad Yallo (CHF9.90) semasa di Zurich, untuk 1G mobile data dan CHF5 voice call. 1G itu ngam-ngam habis semasa memasuki Itali setelah 12 hari berada di Swiss.
TIPS mengenai seat reservation keretapi Eropah
Berdasarkan pengalaman, seat reservation (kena buat bayaran tambahan untuk tujuan ini) adalah tidak perlu, lebih-lebih lagi sekiranya ianya bukan waktu peak season. Jika buat reservation, nombor kerusi dan gerabak mana akan dicatat pada tiket. Anda terpaksa mengagak di mana gerabak/coach anda akan berhenti di platform. Selalunya anda akan hanya mempunyai masa 5-10 minit atau kurang untuk menaiki gerabak. Jika masa terlalu suntuk, anda perlu naik saja gerabak yang berhenti di depan anda, kemudian baru cari gerabak anda untuk mencari seat yang anda telah reserve. Kekadang, walaupun seat telah reserve, ada juga yang duduk di situ. Tak mengapalah kalau keretapi kosong, jika tidak, anda terpaksa pula meminta orang itu beralih ke tempat duduk lain dengan menunjukan tiket seat reservation anda. Tidak seperti keretapi Jepun, anda akan tahu di mana exactly untuk berdiri menunggu ketibaan gerabak anda. Anda tidak membuang masa untuk mencari gerabak dan pula ada gerabak khas untuk penumpang-penumpang yang telah membuat seat reservation.
Tetapi jika perjalanan itu melibatkan antara negara (seperti perjalanan kami dari Swiss ke Itali), seat reservation adalah dimestikan. Kami mengalami masalah seperti dinyatakan di atas tadi. Masalah untuk menentukan di mana gerabak kami exactly berhenti dan ada orang telah duduk di seat yang telah dikhaskan untuk kami,
SPIEZ
Mengapa Spiez...? Bandar kecil yang berada di lereng gunung ini sangat cantik pemandangannya. Berbanding dengan bandar berdekatannya Interlaken yang menjadi tempat tumpuan pelancung, sewa di Spiez lebih murah. Kami menempah tempat penginapan ini melalui Airbnb kerana kami memerlukan tempat penginapan yang lengkap supaya senang untuk memasak (jimat kos), membasuh pakaian dsb.. untuk tempoh 9 malam.
Inilah host kami, Ernst, yang menjemput kami di stesen keretapi serta menghantar kami ke stesen di akhir penginapan.
Pemandangan sekitar apartment/homestay kami di Faulensee Amsee, Spiez.
Pemandangan bahagian bawah penginapan kami, berdekatan dengan tempat kami menunggu bas dan tempat Mia bermain sambil menunggu bas....
Perhentian bas Faulensee Amsee, yang datang setiap sejam sekali untuk ke Spiez Bahnhof.
Pemandangan di sekitar Spiez Bahnhof
Migros.. sebelum balik ke rumah mesti singgah membeli keperluan harian seperti seafood, sayur, beras.. |
We traveled from Zurich Flughafen to Spiez Bahnhof on the 3rd day. Train ride was about 2 hours.
Unlike Japanese train, europe train has limited space to store the baggage. It was not so much an issue for us as we traveled during the low peak season, avoiding the peak hours (office hours), thus the train was quite empty from Zurich.
It is useful to have SBB mobile app in your smart-phone to guide you through when using the Swiss public transportation system especially the train, tram and buses (providing the journey information such as schedules, train identification, stations along the journey, platforms etc)
For mobile internet access, instead of getting ourselves pocket wi-fi, we bought Yallo (CHF9.90) sim card at Zurich and turned the smart phone as hotspot in order to share internet access among us. The 1G mobile data was nicely used up on last day when we were about to enter Italy.
We feel that seat reservation (extra charge) is unnecessary, especially when traveling during low season/off peak hours. It is quite troublesome to know exactly where your coach will stop at the platform because a section of the platform's length (A, B. C or D) may have a few coaches. Often you will have about 5 to 10 minutes or less to hop into the coach. If time is limited, it is better to just hop in the coach that stops in front of you and only then find your coach (in order to find your reserved seat) on board. Furthermore, you may find somebody else sitting in your reserved seat. It is okay if the train is not crowded, if not, you will have to show your reserved seat ticket and request the person to move to other seat.
Unlike Japanese train (there is no extra charge to reserve a seat), you will know exactly where to stand on the platform and your reserved seat coach will stop right in front of you when arrived. Those passengers who do not have seat reservation will not be allowed to be in that coach.
However, if the train is an international train (like ours, from Switzerland to Italy) seat reservation is a must. We did experience the troublesome to pin-point the reserved coach when the train arrived at the platform and we did find somebody else already sitting in our reserved seats.
SPIEZ
We booked our stay at Spez through Airbnb as we need a complete apartment/homestay to cook our meals, washing our clothes etc. Our charming host, Ernst, picked us up from the train station when we arrived and also sent us to the station on the farewell day.
No comments:
Post a Comment