Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 1 December 2017

Northern Europe Part 10 - Stockholm, Sweden (Dreamtrips - Pakej)

Ketibaan ke Sweden - 20 Oktober 2017, Jumaat ( Day 11)

Berjalan kaki pagi buta selepas memburu Aurora, kami sampai di apartment dalam jam 2 pagi. Rumah sudah kemas, bagasi sudah packed,  kami cuba tidor untuk bangun jam 7 pagi, untuk final kemas sebelum ke airport.

Host bagi tahu yang dia akan hantar kami ke airport lepas hantar anaknya ke sekolah lepas jam 8pagi. Legalah sikit tak payah turun awal tunggu bas depan rumah. Dalam pukul 9am dah selesai segala urusan check in di airport dan menunggu kapalterbang berlepas jam 10am, untuk ke Sweden. 

Menaiki SAS (Scandinavian airlines) SK4411, kami terbang selama lebihkurang 2 jam untuk mendarat di Oslo, Norway di mana kami transit selama lebihkurang 2 jam untuk meneruskan penerbangan ke Arlanda, Sweden menaiki SAS SK486, sejam penerbangan untuk tiba.

Snap mukasurat majalah yang ada dalam flight..


Sampai di Arlanda airport, setelah mengambil bagasi, kami keluar ke balai ketibaan mencari mesin tiket Flygbussarna Airport Coach untuk ke hotel yang terletak di pusat bandar Stockholm. Di luar balai ketibaan, kami terus menaiki bas yang ada di situ. Nasib baik kami bertanya pemandu bas tentang perhentian Norra Stationsgatan, yang kemudiannya memberitahu kami tersilap platform. Platform bas yang mengarah ke sana ada di depan dan basnya baru berlepas. Turun semula, kemudian beratur di platform depan sikit, tak sampai 10 minit bas pun tiba.

Hanya 2 foto kami snap dari dalam bas di sepanjang 40 minit perjalanan dari airport ke hotel.


Konpius bila sampai di perhentian Norra Stationsgatan, tetapi alamat hotel pula di Sankt Eriksgatan. Lalu kami teruskan perjalanan ke perhentian Sankt Eriksgatan, perhentian selepasnya. Rupa-rupanya, perhentian Norra Stationgatan ini hanyalah lebihkurang 60m sahaja dari hotel dan perhentian Sankt Eriksgatan pula lebihkurang 800m. Menapaklah kami pula ke hotel mengheret bagasi.

Percutian kami ke Sweden kali ini adalah sangat relaks dan tidak perlu merancang apa-apapun (selain dari untuk tiba ke hotel) kerana kami mengambil pakej percutian Dreamtrips.

Welcome Dreamtrips, Stockholm - Hari pertama, "Sambutan", hari ke-2, "Lawatan", hari ke-3 "Free & easy dan Dinner" dan hari ke-4, "Farewell/Checkout" berpusat di hotel Elite Palace, Stockholm. Semua akviti percutian, penginapan, makan-minum, transport, tourist guide, tiket masuk etc telah termasuk dalam pakej Dreamtrips.

Makan minum kami disediakan 'khas' dari ahli-ahli yang lain kerana kami telah request 'halal' setelah pakej ini kami booked dahulu.



Di Elite Palace Hotel (bertaraf 4 bintang) kami menginap 3 malam di bilik Deluxe.


Selepas menapak 800m sebab tersilap turun perhentian bas, kami adalah di antara ahli kelab yang lambat sampai ke hotel.


Sebelah malam hari ketibaan, kami dan ahli-ahli kelab yang lain menghadiri sessi perkenalan dan taklimat mengenai percutian kami. Hanya kami ahli kelab dari Malaysia, yang lain-lainnya adalah dari Cyprus, UK, US, Sweden, China, Canada, Switzerland, France, Puerto Rico, Ireland, Romania, Bolivia, Brazil, Hong Kong dan Itali.

Dalam gambar di bawah adalah couple dari Sweden, ambil pakej bukan untuk bercuti tetapi untuk urusan kerja. Menurut kata mereka, mereka ambil kesempatan sebagai ahli kelab untuk menempah pakej percutian ini kerana lebih jimat daripada mereka menempah sendiri hotel ini. Padan pun selepas sesi perkenalan ini, kami dah tak jumpa-jumpa mereka. 



Stockholm City Tour - 21 Oktober 2017, Sabtu (Day 12)


Esoknya, sesi lawatan kami bermula selepas sarapan pagi. Coach (bas perlancongan) beserta pemandu pelancong dah siap menunggu kami di luar hotel jam 8.30 pagi. Itinerari lawatan 'sight-seeing' kami secara ringkasnya:-
1. City tour (bas)

2. Old town tour (menapak)

3. Ziarah Vasa Museum (group visit)

4. Makan tengahari (tempah khas)

5. Ziarah Drottningholm Palace (group visit)
Jam 4 petang, kami selesai dan balik ke hotel untuk akviti sendiri di sebelah petang/malamnya.

Antara foto-foto semasa City tour..


Banyak kawasan bandar Stockholm di bina di atas 'pulau-pulau kecil' (lautan Baltik) yang bercantum antara satu sama lain dengan jambatan-jambatan yang tidaklah panjang/jauh sangat, boleh saja berjalan kaki. Yang agak luas terpisah, boleh saja menaiki bot untuk jalan terus sekiranya tidak mahu keliling 'pulau' melalui jalanraya.


Bandar lama (Old town atau Gamla Stan) boleh nampak di seberang laut di dalam foto-foto di atas. Kami sampai dengan bas, kemudianya berjalan kaki di kawasan sekitar bandar lama itu.


Cerita pemandu pelancong kami, patung budak botak ini kalau diusap kepalanya, satu hari nanti di masa hadapan kita akan sampai balik ke tempat ini. Dia tidak percaya dan dulu dia pernah usap kepala budak botak ni. Hari ini dia sampai balik ke sini, ujarnya.

(Museum Alfred Nobel)



Sejarah menarik Vasa - menurut cerita pemandu pelancong, kapal ini dibina sebagai 'propaganda' untuk mempamirkan kekuatan laut Sweden kepada lawannya waktu itu. Selain daripada membina kapal perang, kapal ini dibina untuk tujuan menggerunkan pihak musuh. Tetapi binaan tidak sesuai (top heavy, kurang 'ballast'/kestabilan) kerana mengikut kemahuan raja mereka waktu itu (memasang banyak meriam dan pelbagai perhiasan/skulptur berat). Katanya, selepas disiapkan pada tahun 1628, ia belayar tak sampai 150m (?) pun dari pelabuhan, sebelum terus tenggelam. 

Kapal ini, setelah dinaikkan dari dasar lautan pada 1961, adalah 98% dalam keadaan asalnya.


Ini pula Nordic Museum yang berada berhadapan dengan Vasa Museum.. masuk adalah percuma


Kemudian ke restoran yang telah di tempah khas untuk kami menikmati hidangan makan tengahari..


Menu ikan dan salad untuk kami (manakala ahli-ahli kelab yang lain menikmati famous Swedish meatballs; macam yang ada kat Ikea tu, tetapi bukan macam Ikea! kata mereka)


Restoran ini dalam kawasan Skansen, iaitu museum udara terbuka pertama, tertua dan terluas di Sweden.  Meseum udara yang mewakili sejarah peradaban masyararakat Sweden sebelum memasuki era industrial.   Tetapi kami tidak spend masa sangat kerana hendak ke istana Drottningholm.



Drottningholm Palace

Istana ini dibina dalam kurun ke 17, menjadi tempat penginapan keluarga di raja Sweden sehinggalah hari ini (Raja Sweden memang menetap di sini kata pemandu pelancong). Istana ini juga menjadi salahsatu dari tiga tapak warisan dunia yang ada di Sweden. 


Boleh guna kamera di bahagian dalam istana, tetapi dilarang menggunakan selfie-stick yang panjang.


kawasan perkarangan luar istana


Balik ke hotel petang itu, kami hanya meronda-ronda di kawasan sekitar hotel sahaja.


Free & Easy - 22 Oktober 2017, Ahad (Day 13)

Hari ini aktiviti bebas. Pagi-pagi lagi kami ke stesen metro terdekat (lebihkurang 700m dari hotel) dan kami beli 'day-pass' untuk meronda Stockholm lagi. (120 kroner, +- rm60 untuk seorang dewasa)


Kami tukar sejumlah wang Sweden (SEK atau kroner) semasa kami di Helsinki dulu kerana teringat pengalaman semasa hendak membayar tambang teksi dari airport dulu (ceritanya di sini). Tetapi di Stockholm ini, lebih convenient guna kad (kredit/debit). Semuanya pakai kad, hinggakan nak bayar masuk tandas pun pakai kad. Pernah di sebuah cafe di Central station, setelah siap bagi tahu apa nak minum dan snack, time nak bayar kami hulur cash (kerana kami nak habiskan wang Swedish yang ada ditangan) tetapi tidak di terima kerana cafe tu hanya pakai kad sebagai bayaran. Terpaksalah kami batalkan order dan cari cafe lain yang terima cash.

Ini kawasan lebihkurang pasar karat, tempat pertama kami sampai untuk meninjau hari tu. Tempat ni kami nampak masa perjalanan balik ke hotel dengan bas semalam.


Kemudian nampak Ikea Stockholm. Belum buka lagi pagi tu.  Kebiasaannya pada hari ahad kedai dibuka jam 11pagi.  Lebih besar Ikea Damansara daripada yang ini. Ikea terbesar di dunia adalah Ikea Kungens Kurva, tapi kami tidak pergi kerana ianya terletak lebih jauh dari pusat bandar. 


Kemudian kami berjalan menuju ke arah Gamla Stan..

 
 
 
 

Selepas itu kami ke jetty bagi mengalami pengalaman menaiki bot pula untuk ke seberang sana. Jetty ini berdekatan dengan kawasan Gamla Stan tempat kami memulakan lawatan semalam.


(Jeti bot)
 
Sampai ke seberang sana, kami berjalan menuju ke Museum ABBA.


Dari museum ABBA kami menaiki tram untuk ke T-central


Ini panggung theater yang famous katanya di Stockholm..


Berjalan disepanjang jalan Drottningatan, banyak kedai untuk shopping.. tak sedar yang kami sampai dikawasan pasar karat yang kami sampai mula-mula tadi.  Dari situ kami pun ambil tram balik ke hotel.

Di Stockholm banyak museum dan ada yang percuma.. antaranya Nobel Museum, National Historical Museum, National Museum, Modern Museum dan macam-macam lagi.  Untuk Ain si peminat sejarah dan museum (tourist guide semasa di Finland) datang kesini.. agaknya berapa hari untuk habis menjejak semua museum di sini..


Lebihkurang beginilah kawasan kami merayau hari itu..


Pada sebelah malamnya, kami ada jamuan perpisahan di hotel..


Hidangan khas untuk kami, menu cheese..


Sayonara Northern Europe - 23 Oktober 2017, Isnin (14)


Esoknya, breakfast lambat sikit di hotel... berkemas-kemas.. kemudian lebihkurang jam 12 tengahari kami check out.. perhentian Flygbussarna Airport Coach dekat saja di seberang jalan hotel kami. Semasa mengheret bagasi, nampak bas sampai tetapi kami tidaklah mengejarnya sebab bas akan lalu lebihkurang 15 minit sekali. Tunggu bas yang berikutnya.. orang ramai.. nak isi bagasi tempat letak bagasi pun penuh. Terpaksalah bawa naik ke dalam bas.

Sampai di hotel, kami punya banyak masa.. flight KLM1116 ke Amsterdam berlepas pada jam 5.30 petang. Airport Arlanda ini tidaklah besar mana. Rasanya besar lagi KLIA2 yang penuh tempat shopping. Mengisi masa yang ada, kami dok perhatikan skulptur ini. Ia merupakan bilah-bilah yang tidak sekata yang tinggi rendahnya tak sama, di mana di permukaan nipisnya air turun tanpa terpercik sedikit pun. Laju air turun cukup tepat walaupun ada bengkang bengkuk bilah-bilah tersebut, ia tetap mengalir melalui dipermukaan nipis nipis tanpa terpercik ke depan ataupun kedua-dua sisinya.


Kami mendarat di lapangan terbang Schipol, Amsterdam lebihkurang jam 7.30 petang dan flight seterusnya ke KLIA1 berlepas pada jam 8:45pm. Jadi tidak banyak masa, kami terus bergegas ke balai berlepas untuk menaiki flight KLM0809 ke Kuala Lumpur.


Kembali ke Malaysia - 24 Oktober 2017, Selasa (15)

Mendarat pada jam 2:45 petang keesokan harinya, selesai mendapatkan bagasi kami, kami terus ke kaunter WifiBaby untuk memulangkan alat capaian internet yang kami sewa sebelum bertolak dulu. Kami memilih pocket wifi untuk capaian internet kali ini berbanding dengan sim kad (yang sering kami pilih bila keluar negara) kerana memandangkan kami memerlukan 4 sim kad berlainan (Finland, Estonia, Norway dan Sweden) untuk capaian internet semasa percutian. Kosnya lebihkurang sahaja dengan pocket wifi. Ada juga satu simkad untuk seluruh Europe kami dapati ianya lebih mahal. Walaupun orang kata, di mana-mana ada internet akses sekarang ini, tapi dari pengalaman kami, internet di airport bukan boleh harap sangat. Kalau hotel bajet, capaian internetnya pun tidak memuaskan. Paling tidak semasa dok menapak di jalan-jalan, jarang akan dapat capaian intenet di tempat-tempat terbuka macam tu.

Tiga hari selepas memulangkan alat tersebut kami mendapat emel dari pihak Wifibaby yang mengesahkan pemulangan, dan mengikut kontrak, deposit RM200 akan dipulangkan secara otomatik ke dalam kredit kad kami. Deposit ini telah dipulangkan.

Oh ya.. kes bagasi kami yang sampai lewat dulu... pihak Finnair sekarang ini sedang menguruskan pembayaran tuntutan kami akibat 'kelewatan' bagasi tersebut. 


Manakala tuntutan insuran perjalanan, kami juga telah menerima pampasan (had maksima) setelah kami membuat tuntutan sebaik sahaja tiba di Malaysia di atas kelewatan menerima bagasi.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...