Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday 3 April 2018

Tehran, Iran - Mac 2018

Tehran - 18 dan 19 Mac, 2018

Kami cuba juga search penginapan dan flight (Tehran - Shiraz) melalui laman-laman web sebelum menempah ground pakej melalui Hojat, agen di Iran. Yang nampak masih ada pada masa itu adalah Aseman Airlines (syarikat penerbangan ketiga Iran selepas IranAir dan MahanAir) manakala hotel pula, tidak banyak yang available dan harga pula agak mahal. Untuk menempah bilik hotel Iran, kami rasa, lebih baik menempahnya direct dari website hotel (selalunya melalui emel) daripada cuba menempah melalui website seperti booking.com, Agoda, trivago dsb.

Mungkin juga agensi pelancongan di Iran mempunyai quota mereka sendiri, membuatkan tempahan melalui agen-agen lebih senang dapat daripada menempahnya sendiri sekiranya dibuat last minute.

Ground pakej yang kami tempah termasuk flight sehala Tehran-Shiraz, kereta/MPV  muat untuk kami berempat, bersama pemandunya sekali, yang juga menjadi pemandu pelancong kami. Sebuah kereta di bandar Tehran, satu di Shiraz/Persepolis/Necropolis dan satu lagi di Isfahan/Abyaneh/Kashan/IKA.  Kami menginap di 4 hotel iaitu di Tehran (1 malam), Shiraz (2 malam), Isfahan (3 malam) dan Kashan (1 malam).  Sewaan kereta bersama pemandu ini meliputi semua perjalanan melawat tempat-tempat yang ingin dilawati serta perjalanan antara bandar dari Shiraz sehinggalah kembali ke IKA semula untuk penerbangan balik ke Malaysia.

Sewaktu hendak berlepas dari KLIA2, kami ke kaunter AirAsia untuk mendapatkan boarding pass. Penerbangan ke Iran ini, kami tidak boleh web check in. Berkali-kali cuba untuk web check in tetapi tak dapat, lalu kami bertanya pihak AirAsia yang kemudiannya memberi tahu, penerbangan ke Iran kena check in kat kaunter (tiada bayaran tambahan untuk mendapatkan boarding pass AirAsia di kaunter dalam kes ini)

Di kaunter kami dinasihat supaya setiap seorang mesti ada sekurang-kurang USD200 (?), sediakan dokumen-dokumen penginapan (bagi kami, dokumen tempahan ground pakej) dan juga visa Iran. Rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk stay selama 14 hari atau kurang di Iran. Tetapi printlah juga dokumen berhubung dengan keperluan visa ini kerana katanya, kadang-kadang imigresen Iran akan tanya mana visa masuk.

Kami tiba waktu tengah malam di Imam Khomeini International Airport (IKA)

 

Tidak banyak kerenah untuk melepasi imigresen. Tunjuk paspot, tiada sebarang soalan diajukan, terus pegawai tu chop dalam paspot dan benarkan kami masuk.

Di balai ketibaan luar, pemandu pelancong, Meysam Mahdian, telahpun menunggu kami. Terus naik bas airport untuk ke tempat letak kereta dan seterusnya perjalanan kereta selama lebihkurang sejam untuk tiba di hotel penginapan Tehran yang terletak di pusat bandar.

Hotel di Tehran, Morvarid Hotel, bilik keluarga penginapan satu malam sahaja.


Satu bilik / ruang tamu...


dan satu lagi bilik / ruang tidur..


Disediakan sejadah, siap dengan batu 'karbala' atau 'Turbah' (ataupun 'mohor', kata pemandu pelancong kami).

 

Pagi-pagi breakfast, selepas itu kami terus check out hotel kerana penerbangan kami ke Shiraz dijadualkan pada jam 7 petang. Typical breakfast di Iran..


Tempat pertama dilawati di Tehran adalah Golestan Palace, yang disenaraikan oleh UNESCO dalam senarai World Heritage. Setiap bahagian dikenakan tiket masuk. Kami hanya pilih dua bahagian sahaja iaitu Main Hall dan Aks Khaneh (photo gallery). Jumlah bayaran masuk seorang Admission + Main Hall + Aks Khaneh = 380,000 riyals (lebihkurang RM46 seorang)


Antara photo-photo di courtyard..


Main Hall... yang di dalam nya terdapat Hall of Mirrors, Berliant Hall, Ivory Hall...

 
Kagum dengan kepakaran senibina, senihalus & pelbagai seni mereka, memberikan hasil yang sangat cantik ini
Reception Hall..


Gifts collection hall


Aks Khaneh (photo gallery)


Antara foto-foto yang memaparkan zaman dahulu Iran yang sudah beratus tahun kini..


Setelah keluar dari Golestan Palace, kami bersiar-siar di Grand Bazaar... pertama sekali mencari sim kad untuk internet access semasa berjalan. Agak murah. Beli sim kad, kemudian recharge. Orang hotel tolong rechargekan. Selama di Iran tu lebihkurang dalam RM30 nilai yang kami belanjakan untuk beli sim dan top up (3 kali). Irancell yang disyorkan kepada kami juga bagus coveragenya di seluruh lokasi Iran yang kami pergi.


Pagi-pagi semasa nak bertolak dari hotel tadi, tourist guide Meysam telah bawakan Iranian Riyals (IRR) sebanyak 2 juta (dalam RM200 lebih nilai) untuk kami belanja, sebab kami tidak punya IRR semasa sampai. Selepas mendapatkan sim kad, kami tukar wang USD di bazaar, untuk keperluan perbelanjaan kami selama di Iran (bayar tiket masuk, lunch/dinner, shoppings etc) .


Salahsatu kawasan di dalam bazaar...  tidak dapat meninjau lama dalam bazaar kerana terperangkap dengan kesesakan orang ramai yang sibuk berbelanja menjelang tahun baru.


Di dalam bazaar kami singgah minum teh di the World's smallest cafe.. instagramnya... https://www.instagram.com/haj_ali_darvish_tea_house/


Kemudian kami ke City Mosque, yang juga dikenali sebagai Soltani mosques, Imam mosques ataupun Shah mosque. Ia merupakan masjid tertua di Tehran.


Bahagian dalam masjid di sebelah jemaah wanita..


Kemudian lunch di salah sebuah restoran di kawasan bazaar... Typical lunch di Iran...


Jalanraya sesak di Tehran, bertembung pula dengan hari perayaan Nowruz yang mula disambut keesokan harinya, kami meninggalkan kereta di tempat pakir, lalu mengambil teksi untuk ke National Jewelry museum di mana barang-barang berharga Iran disimpan (barang-barang berharga yang dipamirkan di Main Hall Golestan Palace adalah yang replika, bukan original). Jewelry museum ini adalah sebuah bank di mana barangan berharga ini dijaga rapi, kerana barangan ini juga merupakan sandaran kepada matawang IRR.

Jewelry museum ini hanya dibuka pada hari Sabtu hingga Selasa sahaja dari jam 2pm hingga 4.30pm. Ianya ditutup untuk lawatan pada waktu-waktu lain termasuk hari-hari cuti umum dan cuti bank. Kami tidak bernasib baik, walaupun kami pergi jam 3pm hari Isnin, museum ini ditutup sempena menjelangnya cuti tahun baru Iran (Nowruz) yang bermula keesokan harinya.

Kami juga tidak menziarahi National Museum, sekadar melewati kawasannya sahaja, kerana masa yang agak terhad di Tehran.

Setelah pulang kembali ke tempat pakir kereta (pulang dengan teksi juga), kami singgah di Moghadam House, salah sebuah 'rumah' paling bernilai di dunia dengan mengambil kira barangan yang disimpan di rumah ini.


Akhir sekali, satu itenerari yang kami target untuk dilawati.. Azadi Tower, sebuah binaan ikon Tehran.


Selepas bersiar-siar di Azadi Square, kami terus dihantar ke Mehrabad Airport, yang terletak tidak berapa jauh dari situ untuk menaiki pesawat Aseman Airlines, ke Shiraz

Surau di airport Mehrabad, ada dua.. satu di luar agak ramai warganya sedang baring-baring.  Lepas masuk di balai pelepasan ada satu lagi.  Walaupun kecil tapi cantik hiasan dindingnya dengan tulisan khat ayal Al-Quran.  Tempat wuduk tidak terdapat berdekatan surau, kena cari WC untuk berwuduk. Foto di bawah  menunjukkan kerusi dan meja untuk bersolat.

 

Antara snapshots bungaan sewaktu lawatan kami di sekitar Tehran. Keukenhof kami belum sampai lagi ni..



Tehran - 25 Mac, 2018

Ini hari terakhir di Iran. Dari Kasyan memandu kereta ke Imam Khomeini Airport (IKA), untuk penerbangan AirAsia kembali ke Malaysia. Oleh kerana jadual penerbangan selepas tengahmalam (2 pagi, 26 Mac 2018), kami lewati dahulu IKA untuk melawat kompleks peringatan (masoleum) Imam Ayatollah Rouhollah Khomeini, pengasas revolusi Iran 1979.  Di sini, Imam Khomeini dan keluarganya disemadikan, termasuk beberapa orang ternama lain lagi. Kompleks ini dikira binaan moden Iran usia sekitar 30tahun.  Masuk di sini adalah percuma.  Wanita diberi cador untuk dipakai, bagi yang tidak memakai baju labuh.


Penerbangan AirAsia kami yang sepatutnya berlepas pada 1:05am telah lewat berlepas ke jam 2:05am. Semasa datang ke Iran, flight agak kosong. Tetapi flight pulang ini agak penuh dengan warga Iran yang keluar bercuti. Kami membeli seat, tetapi telah diberikan seat yang lain di bahagian belakang sekali. Di atas kapalterbang, kami adukan kepada petugas AirAsia mengenainya. Akhirnya seat kami ditukarkan ke bahagian depan, dan dapat 2 row seats untuk kami berempat (so seat tengah jadi seat spare kami, lebih selesa).

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...