Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday 12 April 2018

Shiraz, Iran - Mac 2018

Shiraz : 19 - 21 Mac, 2018

Kami sampai di Shiraz International Airport (SYZ) lebihkurang jam 8.30pm. Pemandu/ tourist guide kami, Mrs. Niloufar Masoumzadeh, menyapa kami semasa kami sedang mengambil bagasi.


Kami terus ke Aryo Barzan Hotel, untuk penginapan dua malam. Di sini, kami tidak dapat bilik famili tetapi 2 bilik twin.


Esok pagi-pagi selepas breakfast, kami ke masjid Nasir'ol'molk atau Nasir al Mulk atau juga dikenali dengan nama-nama lain seperti  "Pink Mosque", “Mosque of colours,” the “Rainbow Mosque”, “Kaleidoscope Mosque”. Waktu yang disarankan untuk menziarah masjid ini (selain daripada waktu solat ..) adalah sewaktu matahari pagi sedang naik, antara 9am (mula dibuka) hingga 11am (sebelum tengahari) untuk melihat sinaran cahaya menembusi cermin warna warninya. Unjuran bayang cermin akan berubah2 bentuk mengikut ketinggian matahari.  Kami diberitahu bahawa antara fungsi lain cermin yang berwarna ini adalah untuk menghindari nyamuk/serangga daripada masuk.  


Masjid dari luar.. cermin tingkap nampak macam biasa sahaja..


Sambutan Nowruz di sini .. orang Iran akan meletakkan sebuah meja yang diletakkan 7 perkara seperti buah-buahan, tumbuhan, manisan, ikan emas dan lain-lain yang setiap satunya memberi makna mendoakan kepada kesuburan, makanan, kekayaan dsb. Barangan yang diletakkan di atas meja sambutan tahun baru ini sama sahaja (i.e. jenis barangan yang diletakkan) dan meja ini akan ada di mana-mana tempat awam seluruh Iran kebanyakannya (lapangan terbang, bazaar, gedung membeli belah dsb).


Sebelah masjid ada bangunan makam Imam zadeh Zanjiri. Menurut kata pemandu pelancong perkataan 'zadeh' ini memberi makna kepada keturunan, lebih kurang seperti keturunan 'Wan', 'Nik' 'Syed' agaknya.


Ceritanya berkenaan makam Imam Zanjiri ini, katanya, kalau ada seseorang yang disyaki membuat salah, dia akan digari di makam ini. Sekiranya gari ini terbuka sendiri esoknya, maka orang itu adalah tidak bersalah.


Di kedai cenderamata, di perkarangan masjid Nasir'ol'molk.. cantik seni lukis atas helaian bulu burung..


Kemudian kami berjalan melalui lorong sempit dicelah-celah bangunan lama untuk ke Naranjestan (atau Qavam Garden)  yang terletak lebihkurang 500m dari masjis Nasir'ol'molk.


Menjual gold fish untuk tahun baru.. teringat saya akan cerita Iran yang agak menarik...  "The White Balloon"

 


Naranjestan


Taman di bahagian depan bangunan..


Antara bahagian-bahagian dalam bangunan...


 Pemandangan taman dari tingkat atas bangunan..


Dari Naranjestan kami lunch dahulu, dan meminta dibawa ke restoran 'fast food' sebab dah agak bosan dengan menu yang hampir sama.  Restoran itu agak ramai dengan local, ada pelbagai menu seperti turkish kebab, burger dan pizza.


Kemudian singgah sebentar di masjid/makam Ali ebn Hamzeh. Masuk di sini tidak dikenakan bayaran. Emir Ali adalah salah seorang pengikut/penyokong Imam Ke-8 Shi'ah (Iman Reza). Sewaktu berlakunya peperangan, Emir Ali bersembunyi di gua kawasan bukit berdekatan tetapi telah ditangkap. Beliau dibunuh di kawasan masjid ini.

 
 

Hiasan dalaman yang sangat mempesonakan dengan pantulan kilauan cermin, tak mampu membayangkan bagaimana mereka menghasilkan seni bina yang sangat indah ini.


Kami kemudiannya ke mausoleum Hafez Al Shirazi. Kalau di Konya, Turki ada mausoleum Rumi. Sedikit 'poet' yang dihasilkan oleh Hafez boleh dibaca DI SINI.

Berdekatan dengan mausoleum Hafez, patung ini menarik perhatian kami.


Untungnya dapat pemandu pelancong yang biasa dengan kerjanya dan kenal ramai orang, kami tidak payah beratur untuk membeli tiket. Kami dibenarkan masuk dulu dan tiket dibeli kemudiannya. Agak ramai orang yang mengunjungi mausoleum Hafez hari itu.


"I followed my own path of love,
and now I am in bad repute.
How can a secret remain veiled,
if from every tongue it drips?"
(Hafiz Al Shirazi)

Lebih kurang 4km dari mausoleum Hafez, kami ke Zandiyeh Complex, di mana terletaknya Karim Khan Citadel,  Vakil Bazaar, Vakil mosque dan Vakil bath house.

Tidak perlu masuk (bertiket) ke dalam Karim Khan Citadel kata pemandu pelancong kerana pemandangan dari luar lebih elok. Di dalamnya tiada apa yang menarik sangat katanya selain dari struktur-struktur lama yang kebanyakannya telah rosak.



Berdekatan di situ terdapat masjid dan juga bath house. Kami juga tidak masuk ke bath house Vakil.


Kami kemudiannya menghabiskan lebih banyak masa di Vakil Bazaar yang terletak bersebelahan dengan kawasan masjid.


Pada sebelah malamnya, kami dibawa ke restoran yang agak jauh dari bandar, sekitar 40 minit perjalanan, untuk makan malam bersama  keluarga orang Iran (keluarga dan kawan-kawan pemandu pelancong kami di Shiraz).  Kami berpeluang menyaksikan bagaimana mereka menyambut tahun baru dan memberi ucapan kepada sesama mereka.  Ada musik, nyanyian dan mereka menari sesama mereka. 



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...