Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday 16 April 2018

Persepolis & Nash-e Rustam (Necropolis), Iran - Mac 2018

Persepolis & Necropolis : 21 Mac, 2018

Persepolis, lebihkurang 60km dari bandar Shiraz, disenaraikan sebagai salah sebuah kawasan warisan dunia oleh UNESCO.

Seperti biasa, hendak masuk ke kawasan bersejarah Persepolis, tiket dikenakan. Setelah beberapa kali beratur untuk mendapatkan tiket, pemandu pelancong kami diberitahu supaya mendapatkan tiket di bangunan sebelah. Ini adalah kerana pada musim perayaan Nowruz ini, kaunter tiket bagi pelancong luar (bukan rakyat Iran) diasingkan sementara waktu untuk memudahkan mereka mengeluarkan tiket. harga untuk pelancong adalah 10x lebih daripada harga untuk rakyat Iran.

 

Diperkatakan juga, kompleks Persepolis ini dibina untuk tujuan sambutan Nowruz (sejarah Nowruz), dan lawatan kami ke Persepolis ini pada hari-hari pertama sambutan Nowruz bertepatan dengan sejarah sambutan pertama Nowruz di Persepolis lebih 2,500 tahun lepas.

Empayar Persia, terbina dengan penaklukan-penaklukan Cyrus the Great, yang juga dianggap sebagai "Father of Iranian Nation". Beliau adalah pengasas dinasti kedua Iran (Archaemenids). Cylinder of Human Rights (Cyrus Cylinder) yang kini disimpan di museum British, adalah merupakan deklarasi human rights yang pertama dunia yang ditulis semasa penaklukan Babylon oleh Cyrus pada 539BC.

Mula dibina oleh Darius I, yang mengalihkan pusat pemerintahan empayar Persia dari Pasargadae (tempat dimana Cyrus the Great disemadikan) ke Persepolis, di mana pembinaan Persepolis ini kemudiannya dilengkapkan oleh raja-raja yang memerintah selepas Darius I.

Alexander the Great,  menakluk Persia dengan mengalahkan Darius III dalam peperangan Issus di mana Persepolis telah dimusnahkan dengan api. Yang tinggal hanyalah binaan bukan kayu, seperti tiang-tiang yang masih ada pada hari ini.








 







Di antara pengunjung-pengunjung Persepolis pada hari itu..


Selepas Persepolis, kami ke Nash-e Rustam (Necropolis) pula, yang terletak lebihkurang 12km dari Persepolis. Ianya merupakan tempat-tempat persemadian/perkuburan raja-raja dinasti Archaemenids. Terdapat empat kubur besar di sini di mana Darius I dan tiga raja yang lain, dipercayai Xerxes, Artaxerxes dan Darius II disemadikan di sini.

Kawasan ini juga bertiket. Tidak banyak dapat dilihat di sini dan ianya boleh saja dilihat dari jauh tanpa memasuki kawasan bertiket. Dilihat secara dekat, tempat-tempat persemadian raja-raja dinasti Archaemenids ini, yang dibina dengan mengorek bukit batu, seperti yang digambarkan di foto-foto di bawah ini:-





Foto di bawah ini menggambarkan perkuburan tersebut sekiranya dilihat dari jauh, dari luar pagar (tiket dikenakan untuk masuk ke dalam kawasan berpagar )


Selepas habis melawat Nash-e Rustam, kami ke sebuah restoran berdekatan untuk makan tengahari.


Tempat/meja makan di atas kolam..


Selepas itu kami meninggalkan Shiraz/Persepolis menuju ke Isfahan, 400km lebih dari Nash-e Rustam yang memakan masa lebihkurang 5 jam pemanduan kereta untuk sampai. Di sepanjang perjalanan kebanyakannya tidur sahaja dan jarang sekali berbual, kerana pemandu kami ke Isfahan, Dawud, tidak berapa fasih berbahasa Inggeris.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...