Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 20 April 2023

Songhkla, Thailand - Mac 2023

Memandu masuk Thailand menerusi sempadan Bukit Kayu Hitam. Tips untuk membawa kereta masuk ke Thailand:-

1. Geran kereta - Bawa bersama geran asal ataupun salinan geran kereta yang disahkan/cop (Polis, JPJ etc)

2. Bawa surat kebenaran pemilik kereta sekiranya geran kereta bukan atas nama kita

3. Beli insuran Thai* wajib (RM20 untuk 9 hari). Banyak tempat yang menyediakan khidmat pembelian insuran Thailand sebelum memasuki Thailand. Mereka juga menyediakan khidmat mengisi segala borang yang perlu seperti "Arrival card" dan borang deklarasi kereta untuk dibawa masuk etc

Insuran Thai* 

- insuran wajib mesti dibeli (RM20). Ia melindungi kemalangan orang pihak ketiga tetapi tidak melindungi kerosakan kenderaan pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan

- insuran tambahan (optional) - kos lebih kurang RRM100 lagi (untuk 9 hari) untuk melindungi kerosakan kenderaan pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan.

- Untuk melindungi kerosakan kereta sendiri, anda perlu mengambil "extension" dari syarikat Insuran yang melindungi kereta anda di Malaysia.

Tidak jauh selepas memasukki negara Thailand, ada tempat persinggahan. Makanan halal dan kebanyakan pekedai boleh bertutur bahasa Malaysia.

Jalanraya menuju ke kota Hatyai selepas masuk ke Thailand khabarnya popular dengan polis Thai memberhentikan kereta-kereta dari Malaysia. Selalunya kena "pau" atas memandu melebihi had laju dan tidak memakai talipinggang keledar (penumpang). Saman "official" lebihkurang kurang dalam RM250/300, dan "pau" pula dikatakan telah naik harga dari RM30 ke RM50 kini.

Kota Hatyai - agak sesak dengan pengunjung. Antara tips:-

1. Tidak perlu menunggu lampu trafik bertukar hijau untuk membelok ke kiri. Cuma berhati-hati membelok semasa lampu merah.

2. Kawasan kerb jalan yang dicat selang hitam-putih dibenarkan untuk parking sementara kerb yang dicat selang seli merah-putih akan disaman jika parking di situ.

3. Disetengah-setengah kawasan di Hatyai, anda boleh memakir disebelah bahu jalan saja. Ada papan tanda maklumat yang memberitahu sebelah mana bahu jalan yang anda boleh pakir. Ianya bergilir-gilir, hari ini sebelah sini jalan, hari esok sebelah sana jalan pula.


Dalam perjalanan ke tempat penginapan di pinggir luar Hatyai, kami singggah di Central Mosque of Songkhla.

Diamond Plaza Hatyai, di pinggir luar kota Hatyai

Antara kawasan pekan yang disinggahi dalam perjalanan ke Kota Songkhla

Tang Kuan Hilltop, melihat bandar Songkhla dari atas

Monumen kepala Naga di sebelah hujung bandar Songhkla


Ini bahagian ekornya di sbelah hujung satu lagi bandar Songhkla. Terlupa nak nak ambil bahagian tengah naga di anatara dua hujung tersebut.

Pantai Samila Songhkla

Kawasan perlancongan bandar Songhkla


Menginap di BP Samila Beach Hotel (Halal)





No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...