Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday 8 July 2014

DANGA INN, Tawang, Kelantan

Tarikh Percutian : 03 Jun, 2014 hingga 05 Jun, 2014
Pakej Percutian : Sendiri


Semasa "balik kampong" kami mengambil peluang untuk menginap di DANGA INN, Tawang untuk merasai suasana "sunrise" dan "sunset" di tepi sungai (Sungai Kemasin), berdekatan dengan perkampongan nelayan di Bachok, Kelantan. Pelabuhan Kemasin merupakan pelabuhan kedua terbesar di Kelantan, yang digunakan sebagai pengkalan para nelayan.

Dari Kota Bharu, panduan paling senang untuk ke DANGA INN adalah dengan menggunakan pandu arah ke Balai Polis Tawang, yang terletak lebihkurang 100m dari DANGA INN.

Untuk menikmati suasana hening, tenang dan nyaman serta pemandangan yang menarik, DANGA INN boleh dihubungi secara terus di laman Facebook (klik di sini) ataupun dengan membuat tempahan di iBilik (klik di sini

Kami tiba lebihkurang jam 10 malam, memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Kelantan menerusi lebuhraya Gua Musang.


Ke pasar pagi yang berdekatan keesokan harinya



Di sini kami menemui...

Hop's Homemade Cookies boleh ditempah secara online (sila klik di sini) dan ini adalah Laman "Facebook"nya.

Emmmmm.... sedapnyer!!! Penggemar Famous Amos tentunya akan mengubah fikiran sebaiknya saja berpeluang untuk merasai Hop's Homemade Cookies ini!







Di antara pemandangan-pemandangan yang direkodkan dengan telefon bimbit dari beranda tepi sungai DANGA INN ... 


Antara hidangan pagi yang dijamu oleh pemilik Danga Inn

Dari beranda DANGA INN kita dapat memerhatikan bot-bot nelayan kelaut untuk menangkap hasil lautan. Di DANGA INN anak-anak seronok memancing. Tapi tidak ada rezeki hari itu. Dapat seekor ikan saja, ikan buntal?.

Bekas-bekas berwarna ni mengandungi ketam nipah yang diternak di DANGA INN.




Walaupun berasal dari Kelantan, kami langsung tidak menyedari bahawa di Kampung Balai (yang berdekatan dengan DANGA INN) adanya wat Thai yang menjadi kunjungan ramai. Sebenarnya ada dua wat Thai di sini; Wat Phothikyan Phut Thak Tham (kunjungan ramai) dan Kuan Yin. (lebih kecil dan terpencil di tepi laut)

CUBA BACA "PANCASILA AJARAN BUDDHA" INI - SUDAH BERBUIH MULUT KATA ORANG. MANA-MANA AGAMA MENYARANKAN PERKARA YANG SAMA. TETAPI RAMAI ORANG MASIH DOK BUAT PERKARA YANG SAMA, mengambil dengan tanpa izin? bercakap bohong?
 
 

Dan yang ini semasa kami mencari Kuan Yin yang terletak di tepi pantai...


Bagi yang meminati suasana kampong, pemandangan yang menarik di tepi sungai, memancing dan suasana percutian yang lebih damai dari kesibukan bandar, DANGA INN (telefon 6097769828/ Zul 60148177222 / Pok Ja 60127275277) adalah sebuah penginapan yang disyorkan bagi seisi keluarga. Ianya terletak lebihkurang 12 kilometer dari Bandar Kota Bharu dengan perjalanan mengambil lebihkurang 20 minit untuk sampai. 

Cuti-Cuti Malaysia!!!



3 comments:

  1. brape bayaran utk satu malam? n macam mana keadaan bilik? selesa x?

    ReplyDelete
  2. Ada 2 jenis penginapan. Harga yang dinyatakan dalam iBilik adalah RM120/mlm dan RM90/mlm. Untuk penginapan seluruh keluarga, ianya adalah selesa. Hubungi mereka secara terus (Zul 6097769828 / 0148177222)

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...