Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 29 January 2025

Surabaya (Januari 2025)

Tujuan utama percutian kali ini adalah untuk menyaksikan matahari terbit dari kawasan puncak Gunung Bromo. Walaubagaimanapun hasrat ini tidak tercapai kerana keadaan cuaca yang berkabus. Kebanyakan pemandangan ditutup oleh kabus tebal.

Katanya, masa yang sesuai untuk ke Gunung Bromo adalah dari bulan Jun hingga Ogos. Untuk tujuan sunrise, bulan Ogos paling baik katanya.

Penerbangan kami dari KLIA2 ke lapanganterbang Juanda, Surabaya dengan AirAsia tertunda dua kali. Kami lewat tiba di Surabaya (lebihkurang jam 7 petang). Terus ke kota Malang (1.5 jam perjalanan), makan malam dipertengahan jalan dan check in hotel. Tidak sempat tidur kerana terus bersiap-siap untuk bergerak ke base camp Gunung Bromo.

Dari base camp, menaiki jeep pacuan 4 roda naik ke atas kawasan gunung Bromo, subuh di atas sebelum berjalan kaki naik ke tempat pemandangan. Matahari terbit tidak kelihatan kerana dilitupi kabus tebal.

Selepas turun dari sunrise point, kami ke kawasan puncak kawah berapi pula. Separuh jalan untuk ke sana samada kami berjalan kaki (lebih kurang 2 km) ataupun berkuda. Kami memilih untuk naik kuda. Pemandangan di puncak kawah gunung pun sama juga tidak berapa kelihatan dek kabus tebal.

Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah di beberapa tempat seperti pasir berbisik, kawasan pemandangan yang dipanggil teletubies dsb.

 

Antara lain-lain tempat yang kami lawati sepnajang percutian ini adalah muzium angkut, kampung bewarna, ladang epal, kawasan-kawasan tarikan di sekitar Batu selain dari membeli belah. Makanan di Surabaya adalah enak dan murah berbanding di Malaysia.




TIPS

Timbangan hand-carry 7kg penerbangan AirAsia adalah strict. Di KLIA2, sebelum masuk ke pintu berlepas, handcarry akan ditimbang. Yang backpack pula (saiz mengikut aturan) ada yang lepas dan tidak ditimbang. Walaubagaimanapun dari Surabaya ke KLIA, semua handcarry ditimbang sebelum menaiki kapalterbang. 


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...