Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 15 December 2014

India Nov 2014 - Day 2 - Dari Delhi ke Lucknow


Penerbangan kami ke Lucknow dengan pesawat GoAir dijadualkan pada pukul 4 petang. Setelah check out dari hotel Radisson Blue, kami mempunyai waktu untuk bersiar-siar di sekitar Delhi sebelum ke lapangan terbang terminal domestik.

Keadaan jalanraya sebegini adalah pemandangan biasa. Untuk memandu di New Delhi, Sunir, driver SUV kami memberitahu bahawa kenderaan anda mestilah mempunyai hon yang baik, brek yang bagus dan mata/telinga anda mestilah tajam, yakni fokus terhadap pemanduan. 

Walaupun dengan pemanduan yang "kelam-kabut" seperti tidak mengikut lorong, memotong sebelah kiri, tidak berhenti untuk memasuki bulatan, mencelah di mana terdapat ruang, bunyi hon sana sini yang bingit, kenderaan berselisih dengan begitu rapat, tiada pula kami menyaksikan sebarang kemalangan atau orang marah-marah di tengah jalan. Semuanya nampak understanding tanpa muka marah.


Ini adalah Lotus Temple, rumah ibadat fahaman bahai yang berbentuk bunga lotus.  Kami tidak masuk ke rumah ibadat ini kerana Sunir memberitahu tiada apa yang menarik di dalamnya. Hendak masuk kena bayar tiket.

Dalam perjalanan dari Lotus Temple ke lapangan terbang, kami singgah di sebuah pusat tekstil. Selain menjual pakaian, di sini juga boleh menempah pakaian custom-made atau suit dengan memilih fabric yang berkenan. Ia boleh disiapkan dalam beberapa jam sahaja dan mereka akan menghantar ke hotel.



Sampai di lapangan terbang agak awal.  Lebihkurang 2 jam lebih menunggu masa untuk menaiki kapalterbang.






Walaupun kami telah print boarding pass masing-masing semasa di hotel lagi, mereka masih keluarkan juga boarding pass ini semasa mendaftar di kaunter.


TIPS - Pastikan setiap beg yang akan dibawa masuk ke dalam kapalterbang (hand luggages) mempunyai tag yang DI COP oleh kakitangan keselamatan lapangan terbang. Ianya akan di cop setelah beg-beg diimbas/x-ray sebelum memasuki ruang pelepasan.

Apa yang terjadi hari itu, beg sangkut kecil ini telah diimbas/x-ray tetapi kakitangan keselamatan lapangan terbang itu tidak memberikan tag. Semasa hendak menaiki bas untuk menuju ke pesawat berkenaan, kakitangan pesawat tidak membenarkan salah seorang daripada kami menaiki pesawat kerana beg sangkut ini tidak mempunyai tag. Terpaksalah keluar semula ke ruang imbasan keselamatan (dibawa oleh kakitangan pesawat) untuk mengimbas semula beg sangkut ini dan mendapatkan tag. Nasib baik proses itu tidak memakan masa yang lama kerana pesawat sudah siap untuk berlepas.


Dalam pesawat GoAir, pramugarinya sedang menunjukan tatacara keselamatan penerbangan.


Kami mendarat di Lucknow lebihkurang jam 5 petang, hari sudahpun makin gelap. 

Di dalam bas untuk masuk ke dalam terminal ketibaan di lapangan terbang Lucknow.


Ini laluan penerbangan kami dari Delhi ke Lucknow yang mengambil masa selama hampir sejam penerbangan.


Kami ditunggu oleh pemandu SUV semasa ketibaan untuk dibawa ke hotel kami, The Piccadily.


Dalam perjalanan ke hotel, kami meminta pemandu SUV kami membawa kami ke restoran halal untuk makan malam.

Pemandu tersebut tidak berapa mahir berbahasa Inggeris, tetapi telah membawa kami ke kawasan yang berdekatan dengan masjid (kami mendengar laungan azan maghrib). Di sinilah kami menikmati hidangan nasi beryani dan basmathi pertama kali di India. Kami rasakan inilah hidangan beryani/basmathi yang paling enak yang pernah kami rasakan.


 Ini bilik kami. Agak kecil setelah katil tambahan di bawa masuk.


Keesokan harinya di ruang lobi hotel, menunggu driver sampai untuk bersiar-siar di Lucknow.


Security scan ini boleh dikatakan ada di mana-mana saja di India. Dari lapangan terbang hinggalah ke hotel. Mula-mula kami ingat ianya hanya di lapangan terbang (biasalah) dan hotel-hotel (kurang biasa). Benda ini juga ada dikebanyakan pusat-pusat membeli belah, dari pintu masuk utama kompleks hinggalah sebahagian dari kedai-kedai yang ada dalam kompleks itu.


3 comments:

  1. They changed my reservation and when I told them my work schedule wasn't compatible with the Caribbean airlines flight change policy, they said they'll refund me the money so I can book elsewhere.

    ReplyDelete
  2. What I love most about Caribbean Airlines is their safety record. Today flying back to Toronto we had to Caribbean airlines flight change policyplanes as the check engine light (per the pilot) came on so something was not right with the plane. All the luggage had to be off loaded and placed on another plane

    ReplyDelete
  3. Seems you had a good stay time in Lucknow. It's been a long time. If you are travelling the same route. Do drop in at-
    cheap hotels in Lucknow
    couple hotel in Lucknow
    couple friendly hotels in Lucknow
    hotel near sewa hospital Lucknow
    hotel near AKTU

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...