Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 21 September 2015

Rastoke Village, Croatia


09 June 2015

Perjalanan ke Apartment Marija dari Zagreb tidaklah jauh sangat. Waze memandu arah ke jalanraya secondary, bukan highway utama. Walaubagaimanapun perjalanan adalah selesa, tidak banyak kenderaan.



Oleh kerana tiba awal, kami singgah dulu di Rastoke Village sementara menunggu waktu check in to Apartment Marija.

Sediakan wang kecil matawang Croatia, kuna, untuk membayar pakir bermeter di kawasan ini. Pemandangan yang menarik boleh saja dinikmati dari luar 'Kampung Rastoke' dengan berjalan-jalan di kawasan sekeliling. Ada bayaran masuk ke 'Kampung Rastoke' sekiranya anda ingin melihatnya  dan mengetahui perkampungan Rastoke dengan lebih dekat.

"Rastoke - more than 300 years ago, this multitude of cliffs and small islets was chosen for a place where a water-milling settlement with flour and grist mills, flax-stamping mills, wash mills and wooden gangways was built."







(Sungai Korana yang mengairi Kampung Rastoke)












Singgah membeli air minuman dan fridge magnet... lucu.. bila tak dapat berkomunikasi dengan baik.  minta air yang tak bergas, tapi diberinya air minuman yang bergas...  Penggunaan bahasa inggeris mereka sangat terhad, pun begitu mereka tetap peramah dan mesra.













Memasuki kawasan "Perkampungan Rastoke"

Pintu masuk ke kampung Rastoke


















































(laluan sempit untuk menuju ke gua)













Setelah habis menjelajah Rastoke, kami bergerak ke Apartment Marija untuk bermalam sebelum melalukan ziarah utama kami di Croatia, iaitu Plitvice National Park (artikel selepas ini) pada hari esoknya. Apartment ini merupakan sebuah rumah lengkap untuk keluarga yang terletak tidak berapa jauh dari Rastoke dan berhampiran dengan Plitvice. 

Host apartment duplex yang kami sewa merupakan sebuah keluarga yang mesra. Kebetulan pula ketua keluarga mereka merupakan seorang kakitangan di Plitvice National Park. Minum petang bersama mereka, kami mendapat tips berkunjung ke Plitvice.

(Bilik tidur di bahagian atas)
(ruang dapur yang lengkap)
(bahagian hadapan rumah)

Apartment duplex ini seperti sebuah homestay, terletak di tepi jalanraya, lengkap dengan garaj kereta. Ia bagaikan sebuah perumahan kampong dengan kehijauan taman di sekeliling, nyaman untuk bersiar-siar di sebelah petang sebelum hari gelap.


Thursday, 10 September 2015

Salzburg ke Zaghreb

08 Jun 2015, Isnin


Tiket keretapi Salzburg ke Zaghreb ini dibeli semasa berada di Vienna lagi.


Info keretapi di stesen Salzburg HBF - Keretapi EuroCity EC 113 yang kami naiki untuk ke Zagreb tiba lambat 11 minit.



Skrin di stesen ada memaparkan maklumat/info grafik keretapi, memudahkan kita untuk tahu bila dan di mana hendak menunggu.

Skrin info ini memberi maklumat keretapi (EC113) jadual ketibaan (14:12), waktu sebenar ketibaan (14:23), no. platform (9), bahagian/seksyen di platform (B), kedudukan gerabak (Wagen No. 273) apabila keretapi berhenti nanti. Jadi senanglah kami menunggu tepat di depan gerabak untuk segera menaiki keretapi dengan memunggah naik bagasi-bagasi kami.


Perjalanan dari Salzburg ke Villach...









Stesen pertukaran/interchange Villach HBF. Kami menempah keretapi yang tidak melibatkan pertukaran kerana bimbang tidak cukup masa untuk berpindah keretapi. Masa untuk bertukar keretapi hanyalah 10 minit. Sekiranya kami "travel light" sudah tentu kami memilih keretapi yang melibatkan pertukaran di stesen ini kerana ia akan tiba lebih awal (1 jam) di Zaghreb nanti.


Perjalanan masih lagi di dalam negara Austria..



Melintasi Slovenia, keretapi akan berhenti di stesen Ljubljana. Ramai penumpang (pelancong) turun di stesen ini.



Memasuki sempadan negara Croatia selepas imigresen/border crossing control di stesen Dobova, iaitu 40 minit sebelum sampai Zaghreb.  Pihak imigresen Slovenia/Croatia akan naik ke atas train untuk memeriksa dan cop paspot.






Perjalanan Salzburg ke stesen Glavni Kolodvor, Zaghreb mengambil masa lebih 6 jam.  Hari sudah hampir gelap apabila kami sampai. Di stesen in tiada lift/tangga bergerak untuk melintasi landasan. Agak menyukarkan untuk turun naik tangga apabila membawa bagasi-bagasi yang berat.

Kami bermalam di hotel Central yang berada just across stesen. Selesai urusan pendaftaran, kami ke shopping center berdekatan (jalan kaki saja) untuk membeli tourist sim kad Croatia untuk menggunakan waze bila memandu kereta keesokan harinya.

(Family room)
Bangun pagi-pagi untuk sarapan di hotel,  Aktiviti hari ini mesti bermula awal seperti yang dirancangkan untuk urusan sewa kereta dan meneruskan perjalanan ke Rakovica. Wakil syarikat sewa kereta Sixt telah menunggu di lobi hotel untuk membawa kami ke pejabat kereta sewa yang terletak tidak berapa jauh dari hotel.

sambil tidur pun boleh makan...
Kami menempah kereta secara online semasa di Malaysia lagi, dan meminta kereta dihantar ke hotel kami. Pengurusnya menawarkan untuk menjemput kami di hotel. Sampai di pejabat, kami memilih untuk upgrade ke kategori kereta yang lebih besar untuk lebih selesa memuatkan kesemua penumpang dan bagasi.

(Pejabat Sixt di Zaghreb/Hotel Panorama)
(Kereta yang kami upgrade ke kategori saiz yang lebih besar dari yang asalnya ditempah di online)

Memandu dari Zaghreb ke Radstoke Village (artikel selepas ini) sebelum kami ke Rakovica untuk bermalam di Apartment Marija.








Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...