Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 4 March 2016

Grand Mosque of Tokyo

01 January 2016

Dari Yoyogi Park/Harajuku kami menziarahi Tokyo Camii (Tokyo Mosque) yang terletak di sebuah kawasan penempatan di Tokyo. Tokyo Camii merupakan masjid terbesar Jepun yang juga merupakan sebuah pusat islamik Turki, berlatarkan senibina Ottoman. Stesen terdekat untuk ke sini adalah stesen Yoyogi Uehara (Odakyu line).  Dari stesen berjalan kaki 10 minit untuk sampai ke masjid






Ruang dalam (reception) Turkish Islamic Culture Centre..




PakCik Jepun ni adalah seorang sukarelawan di masjid ini..




Ini kawasan masjid (tempat solat) yang berada di tingkat atas...



Ruang solat lelaki di tingkat 1
 


Ruang solat muslimat di tingkat 2, manakala tempat berwuduk dan bilik air pula berada di bawah sekali.. Jadinya pastikan ke bilik wuduk dulu sebelum naik ke atas..



Berjalan balik semula ke stesen Yoyogi Uehara untuk ke Shinjuku...





Tuesday, 1 March 2016

Winter di Tokyo, Yoyogi Park

01 January 2016

Selamat datang tahun 2016...

Di Japan, sambutan tahun baru merupakan cuti yang terpenting dalam kalendar mereka. Kebanyakkan kedai-kedai ditutup dari 1 Jan hingga 3 Jan.


Suhu ketika ini sekitar 14C... Posing di kawasan berdekatan apartment dulu  ...


Pada mulanya tak bercadang untuk singgah di Yoyogi Park... tapi bila sampai di stesen Harajuku, dan ramai yang diturun di situ.. maka kami pun ikut serta




Sejurus selepas masuk ke  kawasan Yoyogi Park...





Pameran "sake" dalam barrels..



Berjalan mengikut aliran orang ramai...



Orang ramai menumpu ke arah  "Meiji Shrine".  Kami terperangkap dalam kesesakan manusia, nak berpatah balik dah agak jauh dan laluan pula sehala.. jadi kami ikut sajalah arus..


Orang memang ramai... jalan dua tiga langkah.. berhenti... Walaupun ramai tetapi teratur.. ada petugas yang mengawal laluan.. angkat papan tanda minta berhenti seketika...


Sikit punya lambat untuk melepasi kawasan shrine ini.. kami mencari laluan yang melencong dari shrine dan barulah ada ruang untuk berjalan laju



Dah lepas... lega sikit berjalan..


Nampak macam kawasan untuk membeli belah.. tak masuk sebab penuh sesak dengan orang ramai..


Perjalanan keluar dari kawasan Yoyogi Park...


Suatu upacara menyangkut kertas impian(?).. teringat kepada upacara agama kristian yang menampalkan kertas-kertas di sebuah dinding di Ephesus (The House of Virgin Mary), semasa lawatan ke Turki dulu ...



Gerai cenderama upacara pada hari sambutan tahun baru di Yoyogi Park



Ada sesuatu kepercayaan atau amalan apabila nampak ramai orang menggunakan air untuk membasuh muka, tangan dan juga kaki..




Berhampiran pintu keluar, melalui kawasan gerai makanan dan minuman..



Berjalan untuk mula meninggalkan kawasan Yoyogi Park..



Ada yang prihatin, bertanya khabar kawan yang berguling di atas tar...


Keluar kawasan.. ada yang bye-bye.. with "Free Hug and Kiss"..




Sebelum sampai ke stesen Harajuku, kami melencong ke Takeshita-dori lagi ...



Sebab utama nak ke sini... mencari crepe lagi..



Selepas ini (post seterusnya).. mencari masjid di Tokyo.. Tokyo Camii..

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...