Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 26 December 2021

Ronda KL - 13 Dec 2021

Beberapa hari sebelum KL/Shah Alam dilanda hujan lebat (banjir teruk di Shah Alam) kami bercuti di KL dengan tujuan utama percutian menaiki bas persiaran KL Hop On Hop Off, meronda KL disebelah malam.

Sebelum itu, di sebelah paginya kami bersiar-siar di Taman KLCC.

Tips untuk menaiki KL Hop On Hop off

1. Tiket boleh ditempah secara online samada di laman rasmi KL Hop On Hop Off, di kiosk ataupun melalui ejen pelancongan. Harga tiket sedikit lebih murah jika ditempah dari ejen pelancongan secara online yang menawarkannya di platform Shopee.

2. Kami dapati harga tiket meningkat lebih mahal di laman rasmi sehari sebelum tarikh lawatan, manakala ejen pelancongan pula memberitahu tiket sudah habis terjual.

3. Pelajar kolej/Universiti boleh menikmati harga tiket kanak-kanak. Pastikan pelajar tersebut membuat kad pengenalan pelajar semasa hendak menaiki bas.

4. Tiada pemulangan wang diberikan setelah tiket dibeli. Sekiranya tidak dapat melakukan tarikh lawatan sepertimana yang telah ditempah, pihak KL Hop On Hop Off akan membantu dengan mengubah tarikh lawatan. Selalunya, tiket masih laku untuk tempoh sebulan (atau 2 bulan?)

5. Katanya, pemandangan paling baik sekiranya duduk di dek atas bahagian depan (tiada bumbung) bas. Untuk mendapat tempat duduk ini, mereka menasihatkan supaya datang awal di kiosk Sungei wang Plaza untuk menukar tempahan online kepada tiket fisikal dan kemudiannya beratur untuk menaiki bas. Untuk "Night Ride", tempahan boleh ditukarkan kepada tiket (di kiosk Sungei Wang Plaza) seawal 6.30 petang. Kemudian boleh solat di tingkat 5 Sungei Wang Plaza. Bas akan sedia dinaiki pada jam 7.30 petang dan akan memulakan perjalanan pada jam 8 malam.


Beberapa foto disepanjang laluan "Night Ride" KL Hop on Hop Off.


"Shibuya Crossing" yang ada di Malaysia (di Bukit Bintang)

 
Petronas Twin Tower, kebanggaan Malaysia di waktu malam. 

Jejantas Saloma.

Menara Kuala Lumpur dan Rumah Terbalik KL yang terdapat di kawasan Menara.


Gerbang Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim.

Bangunan Sultan Abdul Samad di Padang Merdeka.

Muzium Negara.

Tempat membeli belah jalanan di Petaling Street (China town)

Menara Maybank (Ibupejabat Maybank)

Kami menginap semalaman di ParkRoyal Serviced Suites dan meminta tempahan bilik di aras yang paling tinggi. Beberapa foto dari ruang penginapan di tingkat 29.

 
"Sky Pool" di tingkat 30



Thursday, 2 April 2020

IYI - Daulah Osmaniah (1299 - 1922) - Ottoman Empire

Sejarah ringkas kerajaan Turki Osmaniah

sumber google
Empayar Osmaniah memerintah selama 623 tahun bermula pada 1299 tahun dan berakhir pada 1922, merupakan pentadbiran Islam yang paling lama dan berjaya menyebar dan mengembangkan syiar islam. Terdapat beberapa fasa pemerintahan, yang mana zaman era penaklukan ialah pada kurun ke 14 hingga kurun ke 17, merupakan era kegemilangan Daulah Osman.

Sepanjang kurun ke-16, Empayar Osmaniah terus berkembang dari segi wilayah dan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur.  Semasa Pertempuran Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang ini di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Osmaniah di bawah pimpinan Sultan Selim 1 telah mengalahkan tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Osmaniah di sebelah timurnya.

Selepas itu tumpuan beralih kepada bahagian barat empayar tersebut. Selepas Sultan Suleiman I menaiki takhta pada tahun 1518, baginda mula menguasai beberapa kawasan melalui beberapa siri ketenteraan di Balkan. Kepimpinan Sultan Suleiman digambarkan seorang strategis yang hebat, di mana tentera Osmaniah mara ke utara bagi menguasai Belgrade (1521), Hungary (1526) dan menyerang Vienna (1529). 

Kejayaan pengembangan kuasa Osmaniah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran menggunakan senjata dan bijak dalam teknik peperangan, di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Mereka juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan itu telah mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap pihak musuh.

Kekalahan besar yang pertama yang dialami oleh Empayar Osmaniah adalah dalam perang Zenta, di mana perjanjian Karlowits yang ditandatangani pada 26 Januari 1699 menyaksikan permulaan tamatnya penguasaan Empayar Osmaniah di Eropah tengah.

Tercatat seramai lebih 30 orang khalifah yang memerintah di sepanjang Empayar Osmaniah. Antara Khalifah yang paling popular ialah khalifah ke 7, Sultan Muhammad II @ Muhammad Al-Fatih, yang berjaya menawan kota Konstantinopal pada tahun 1453 di usia 21 tahun, selepas 2 tahun menjadi sultan. 

Pengasas Daulah Osmaniyah, Osman, yang memakai gelaran Osman I.

(Osman I)
Setelah Perang Dunia pertama pada tahun 1912-1919 semuanya berubah. Dalam perjanjian Sevres, yang mula menyaksikan pemecahan serta pembahagian kawasan takluk Empayar Osmaniah di mana sebahagian besar wilayah penguasaannya terpaksa diserahkan. 

Perjanjian ini tidak dipersetujui oleh rakyat Turki yang berfikiran radikal yang dipimpin oleh Kamal Artartuk. Apabila Kamal Artartuk berjaya dalam perang Gallipoli (Çanakkale) perjanjian itu terbatal dan dengan perjanjian baru Turki berjaya mendapat semula wilayah jajahannya.

Tahun 1922 Empayar Osmaniah berakhir, tiada lagi sistem Kesultanan. Maka bermulalah episod baru sejarah Turki yang bertukar wajah kepada liberal dan radikal dibawah pimpinan Presiden Kamal Artatuk, sehingga tahun 1934.

Empayar Osmaniah yang diasaskan oleh Osman I, bermula dengan bibit-bibit awal sejarahnya dari suku kaum Kayi (IYI) yang diketuai oleh Suleiman Shah (datuk kepada Osman). 

(watak Suleyman Shah dalam siri drama TV Dirilis Ertugrul)
IYI adalah suku kaum nomad yang berasal dari Asia Tengah. Suleiman Shah bersama 1,000 orang pengikutnya mencari perlindungan di provinsi Seljuk Rome di Asia Kecil/Anatolia daripada serangan Mongol dan Tartar.

(koleksi fridge magnet IYI dibeli di Bulgaria)

Setelah kematian Suleiman Shah, anak beliau, Ertugrul, mengganti ayahnya sebagai Ketua puak Kayi (IYI). Ertugrul menyatakan taat setia kepada Sultan Alaudin Keykubat, mempertahankan Seljuk dari serangan Mongol. Banyak kemenangan dicapai oleh puak Kayi dibawah pimpinan Ertugrul, dan Sutlan Alauddin menghadiahkan tanah sebagai ganjaran, sehingga membentuk kawasan pemerintahan kecil IYI sendiri. Keberanian Ertugrul kemudiannya disambung pula oleh anak beliau yang bernama Osman. Setelah kemangkatan Sultan Alaudin Keykubat, tanpa waris pengganti, kesultanan Seljuk menjadi semakin lemah. Kesultanan Seljuk ini akhirnya tamat selepas Osman mengasaskan Empayar Osmaniah bagi menggantikan pemerintahan.

(Ertugrul Ghazi)
Kisah sejarah IYI ini boleh ditonton di siri drama sejarah TV Turki bertajuk Dirilis Ertugrul / Resurrection Ertugrul. Siri TV ini menjadi popular di banyak negara-negara termasuk Malaysia.

Musim 1 yang mula disiarkan pada Desember 2014 mengandungi sebanyak 26 episod. Kemudian diteruskan dengan Musim 2, 3, 4 dan 5 dengan jumlah keseluruhan 150 episod.

Hendak bercerita di sini memang tidak habis. Setiap episod memakan masa lebihkurang selama 2jam 15 minit (di Youtube). Siri drama inilah yang memberikan semangat kepada percutian Kembara Balkan 2019, di mana dua tiga episod terakhir tidak sempat ditonton sebelum pergi bercuti. Siri Dirilis Ertugrul ini akhirnya habis ditonton semasa sedang bercuti di Balkan. 

Kesinambungan dari siri Dirilis Ertugrul ialah Kurulus Osman yang mula disiarkan oleh TV Turki di minggu terakhir percutian Kembara Balkan 2019. Sempat menontonnya dua episod awalnya semasa masih berada di Istanbul yang disiarkan pada setiap hari rabu 9 malam di ATV Turkey, walaupun tak faham (kerana tiada subtitle translation). Kini kami terus menonton siri Kurulus Osman ini di Malaysia pada setiap hari Khamis yang mana sudah masuk episod ke 17 (dah ada subtitle!), link ini atau di sini.

(Suleyman The Magnificient)
Bagi peminat sejarah Empayar Osman ini, antara siri drama Turkey yang di suntik unsur sejarah yang disyorkan untuk ditonton (yang ada terjemahan subtitle) adalah Muhtesem Yuzyil/Magnificent Century, yang mengisah era pemerintahan Sultan Suleyman The Magnificient (era 1494-1566) dan Payitaht Abdul Hamid, kisah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (era 1876-1909) Sultan ke-34 Empayar Osman. Sultan Abdul Hamid II adalah Sultan terakhir yang gemilang di era Empayar Osmaniah, di mana selepas pemerintahan baginda Empayar Osmaniah mula jatuh dan akhirnya ditamatkan, berganti dengan pemerintahan liberal yang tidak lagi diketuai oleh seorang Sultan, tetapi presiden.

(Sultan Abdul Hamid II)
Satu lagi movie yang menarik untuk ditonton adalah Fetih 1453, yang mengisahkan penaklukan Constatinople oleh Sultan Muhammad Al Fatih / Mehmed II (Mehmed The Conqueror). 

(Sultan Muhammad Al Fatih / Mehmed II The Conqueror)
Mengikut sejarah, Sultan Mehmed I (1413 – 1421), Sultan Suleiman I (1522-1566) dan Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1909) adalah sultan yang boleh bertutur Bahasa Melayu dengan fasih.

Antara 34 perkara yang menarik untuk dibaca mengenai Empayar Osmaniah.


Antara makam-makam persemadian yang ada di Turki, sebahagian dari mereka yang diceritakan di dalam drama sejarah TV Turki (Ertugrul, Halime, Osman, Turgut, Gunduz, Dundar, Abdul Rahman dan Samsa Cavuz)








Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...