Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 26 December 2021

Ronda KL - 13 Dec 2021

Beberapa hari sebelum KL/Shah Alam dilanda hujan lebat (banjir teruk di Shah Alam) kami bercuti di KL dengan tujuan utama percutian menaiki bas persiaran KL Hop On Hop Off, meronda KL disebelah malam.

Sebelum itu, di sebelah paginya kami bersiar-siar di Taman KLCC.

Tips untuk menaiki KL Hop On Hop off

1. Tiket boleh ditempah secara online samada di laman rasmi KL Hop On Hop Off, di kiosk ataupun melalui ejen pelancongan. Harga tiket sedikit lebih murah jika ditempah dari ejen pelancongan secara online yang menawarkannya di platform Shopee.

2. Kami dapati harga tiket meningkat lebih mahal di laman rasmi sehari sebelum tarikh lawatan, manakala ejen pelancongan pula memberitahu tiket sudah habis terjual.

3. Pelajar kolej/Universiti boleh menikmati harga tiket kanak-kanak. Pastikan pelajar tersebut membuat kad pengenalan pelajar semasa hendak menaiki bas.

4. Tiada pemulangan wang diberikan setelah tiket dibeli. Sekiranya tidak dapat melakukan tarikh lawatan sepertimana yang telah ditempah, pihak KL Hop On Hop Off akan membantu dengan mengubah tarikh lawatan. Selalunya, tiket masih laku untuk tempoh sebulan (atau 2 bulan?)

5. Katanya, pemandangan paling baik sekiranya duduk di dek atas bahagian depan (tiada bumbung) bas. Untuk mendapat tempat duduk ini, mereka menasihatkan supaya datang awal di kiosk Sungei wang Plaza untuk menukar tempahan online kepada tiket fisikal dan kemudiannya beratur untuk menaiki bas. Untuk "Night Ride", tempahan boleh ditukarkan kepada tiket (di kiosk Sungei Wang Plaza) seawal 6.30 petang. Kemudian boleh solat di tingkat 5 Sungei Wang Plaza. Bas akan sedia dinaiki pada jam 7.30 petang dan akan memulakan perjalanan pada jam 8 malam.


Beberapa foto disepanjang laluan "Night Ride" KL Hop on Hop Off.


"Shibuya Crossing" yang ada di Malaysia (di Bukit Bintang)

 
Petronas Twin Tower, kebanggaan Malaysia di waktu malam. 

Jejantas Saloma.

Menara Kuala Lumpur dan Rumah Terbalik KL yang terdapat di kawasan Menara.


Gerbang Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim.

Bangunan Sultan Abdul Samad di Padang Merdeka.

Muzium Negara.

Tempat membeli belah jalanan di Petaling Street (China town)

Menara Maybank (Ibupejabat Maybank)

Kami menginap semalaman di ParkRoyal Serviced Suites dan meminta tempahan bilik di aras yang paling tinggi. Beberapa foto dari ruang penginapan di tingkat 29.

 
"Sky Pool" di tingkat 30



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...