Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 25 June 2015

Kyoto - Nishiki Market dan Gion Area (Geisha)

01 MEI 2015

Perjalanan dari stesen ShinOsaka ke stesen Kyoto hanyalah kurang dari 15 minit dengan menaiki Tokaido/Sanyo shinkansen.

(Tokaido / Sanyo Shinkansen)



Pagi-pagi sampai di stesen Kyoto, kami menaiki pula tren ke stesen Sagaarashiyama untuk berjalan ke stesen Torroko Saga yang berada di bersebelahan. Di stesen Torroko Saga inilah kami menaiki "The Sagano Scenic Railway" atau dikenali juga sebagai "Torroko-Sagano Romantic Train". Photo-photo Sagano Scenic Railway ini akan  kami muatkan di entri blog selepas ini.


Selepas expedisi Sagano Scenic Train, kami pulang semula ke stesen Kyoto. Makan bekalan makanan tengahari di tepi stesen Kyoto, kami bercadang untuk mencari makanan laut segar di Nishiki Market.
Di luar Stesen Kyoto...


Untuk ke Nishiki Market, kami menaiki tren dari stesen Kyoto ke stesen Shijo (Karasuma Line) dan dari sana berjalan kaki selama 10 minit ke Nishiki Market.

(Berjalan kaki ke Nishiki Market)
Melalui lorong-lorong deretan kedai menjual makanan segar, makanan dimasak dan juga pelbagai barangan.



Menyusuri deretan kedai, kemudian berjalan kaki mengikut panduan waze serba sedikit di samping mengikut arus orang ramai berjalan kaki, kami pun sampai ke kawasan Gion (Geisha District).


Nasib kami agak baik, kerana tidak perlu menunggu lama.., melihat ramai manusia berpusu2 seperti menunggu sesuatu... kemudian kelibat geisya yang berjalan pantas keluar dari celah lorong.. katanya tak boleh diganggu bila geisya sedang berjalan.. patutlah tak ada seorang pun yang menahannya untuk bergambar.  entah iya masih ada lagi geisya di sini... atau sekadar gimik supaya tidak mengecewakan pelancong tidaklah di ketahui...


Hari sudah hampir gelap apabila kami menaiki Tokaido/Sanyo shinkansen semula untuk balik ke ShinOsaka. Sempat merakam pemandangan matahari terbenam dari tingkap shinkanse.




Wednesday, 24 June 2015

Osaka River Cruise

30 APRIL 2015

Dari stesen Osaka, menggunakan Osaka Loop Line juga, kami ke stesen terdekat Osaka Castle, iaitu stesen Osakajokoen. Sejurus turun dari stesen tersebut, terdapat taman yang luas, nyaman untuk bersiar dan bersantai.


Tengok peta dan agak-agak berapa jauh kena berjalan serta berapa lama masa akan di ambil untuk merapati Osaka Castle.  Ukur kemampuan kaki sendiri.. kami mengambil keputusan untuk meninjau dengan River Cruise sahaja.

Boat baru sahaja berlepas apabila kami sampai di jeti yang disediakan. Berehat sambil menunggu ketibaan boat yang dijadualkan seterusnya...


Boat sampai....


Pemandangan-pemandangan sepanjang cruise...


Mulalah terbayang... jika musim sakura... tentu suasana sangat cantik dengan pohon sakura di sepanjang sungai berbunga lebat..


Bumbung boat ini boleh direndahkan dan juga dibuka sebahagiannya...


Lagi pemandangan yang dirakamkan semasa boat berpatah menuju ke jeti berlepas tadi (boleh juga berhenti di jeti lain sekiranya mahu).


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...