Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 6 January 2018

Caversham WildLife Park, Perth - Dec 2017

22 Disember, 2017

Sesampai ke homestay dari airport, waktu subuh dah masuk (lebihkurang jam 3.30am). Jam 5.30pagi mentari dah mula naik.

Pagi hari pergi grocery dulu, mencari sedikit bahan memasak. Dalam perjalanan nampak Al Basha Kebab (Halal), restoran ke-4 kami singgah pada hari terakhir percutian.


Itinerari hari ini adalah ke Caversham WildLife Park, berkunjung tengahari selepas menikmati hidangan nasi lemak di homestay. Ia terletak lebihkurang 15km dari homestay.


Tiket masuk adalah AUD$29 untuk seorang dewasa dan AUD$13 untuk kanak-kanak (sehingga 14 tahun umur). Mereka berikan kami satu tiket 'Student' (AUD$22) yang sepatutnya hanya terpakai kepada 'Student' di Australia sahaja.  Kami sampai di sini sebelum jam 2pm supaya tidak terlepas jadual show petang yang telah ditetapkan




Bagi kami, Caversham WildLife Park ini adalah biasa-biasa sahaja. Seronok untuk bersiar-siar di dalam kawasan taman bersama keluarga. Taman ini bagus bagi mereka-mereka yang belum biasa melihat haiwan-haiwan Australia secara dekat.  Elok sediakan masa untuk bersiar-siar sekurang-kurangnya 3 jam.

Rombongan Che Kiah berposing dalam taman..


Meet the Wombat.. 2.00pm

(Rombongan Che Kiah berposing dengan Wombat)
Meet the koala... 2.30 - 3.00pm



Rombongan Che Kiah adalah kumpulan terakhir sempat berposing dengan koala pada petang itu. Kami sampai beberapa minit lagi sebelum sesi bergambar berakhir.. Cik koala pun dah puas posing hampir setengah jam.. sampaikan penjaganya kena pusing-pusingkan badan.





Mungkin yang paling menarik di sini adalah memberi makan kepada kangaroo yang telah agak jinak.  Masa kami sampai mereka nampak mengantuk nak tidur dan hanya beberapa ekor je yang berselera nak makan.  Biasanya kalau datang awal pagi barulah seronok tengok mereka makan.  Makanan kangaroo disediakan percuma untuk pengunjung memberi kangaroo makan.

 





Burung-burung yang ada dalam taman ini menarik juga warnanya..

 


Penguin feeding.. acara terakhir kami di sini

Di antara hawan lain yang ada di dalam taman ini...




Di Molly' farm ada pertunjukan biri-biri, bagaimana cara mereka membela biri-biri untuk hasil bulu dan juga tenusu.

Yang ini ahli rombongan Che Kiah mencuba 'whip cracking' dengan jaya. Kalah pengunjung Singapura dan Korea kerana mereka tidak berjaya menghasilkan bunyi 'whip-crack' setelah beberapa kali mencuba.



Lebihkurang jam 4 petang, rombongan Che Kiah mula meninggalkan Caversham WildLife Park untuk menuju ke The Margaret River Chocolate Company, yang terletak lebihkurang 6km dari situ.

Tidak banyak banyak aktiviti yang sempat dibuat di sini kerana kami tiba sudah agak lewat (jam 4.30pm), setengah jam sebelum ianya tutup. Sempatlah cuba sample chocolate-chocolate yang dihasilkan serta membeli sedikit chocolate.



Dalam perjalanan balik ke homestay, kami singgah di kawasan yang ada menjual daging halal (Med Halal & Honeywell). banyak kedai-kedai halal di kawasan ini, di IGA supermarket di sini pun ada section menjual daging halal. IGA supermarket ini disarankan oleh host homestay, En. Roshaidy dan kami dapati harga barangan di sini amnya adalah lebih murah dari supermarket lain.

Di kawasan ini juga kami mencuba Charcoal Chicken dan Kambing Panggang (Restoran Hawi), sebagai makan malam kami.



Sebuah lagi restoran Charcoal Chicken yang kami singgah makan (pada hari lain) adalah Charcoal Chicken Express Dianella.

Sebelum sampai, singgah sekejap di Chemist Warehouse berdekatan dengan homestay. Harga supplement/vitamin di sini memang lebih murah berbanding dengan harga supplement yang dibeli di Malaysia.




2 comments:

  1. Boleh tak share contact en roshaidy owner homestay tu x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana lewat respon (kami baru kembali dari Iran)

      H/P En. Roshaidy +61 402 533 915 (boleh whatsapp). Boleh juga baca di entri Perth kami yg. pertama :-

      Cuti-cuti Perth, Australia - Disember 2017
      http://homestayu1.blogspot.my/2018/01/cuti-cuti-perth-australia-disember-2017.html

      Delete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...