Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 27 January 2018

Penguin Island, Rockhingham - Dec 2017

27 December 2017

Sekiranya ingin ke Penguin Island, kami menyarankan agar anda menempah tiket di atas talian.

Waktu kami pergi, kami kira ianya bukanlah peak season. Pada awalnya kami bercadang untuk mengambil tiket jam 11:00am, tetapi apabila kami check websitenya, tiket pukul 11:00 sudah hampir penuh, tidak cukup untuk kami 8 orang. Bayangkan kalau ianya waktu peak season.

Kami rasa ferry yang paling awal jam 9am tu, tidak akan ramai orang, bolehlah kami beli kat kaunter bila sampai nanti. Tapi bila check lagi website kemudiannya, tiket pukul 9am pun semakin berkurangan. Kami tidak menempah tiket semasa di Malaysia lagi kerana tidak begitu pasti dengan itinerari yang dirancangkan (mungkin berubah hari untuk setiap destinasi yang dirancangkan). Kami juga pada mulanya tidak menempah secara online sehari dua sebelum ke Penguin Island kerana kemungkinan menghadapi masalah verification TAC (telefon tidak roaming) seperti yang kami hadapi semasa hendak membeli tiket ferry ke Tallin, Estonia dahulu.

Kerisauan tidak mendapat tiket, kami pun alert tuanpunya Homestay yang kami mungkin memerlukan bantuan beliau untuk membeli tiket menggunakan kad kredit/bank beliau. Malam sebelum hari bertolak ke Rockingham itu, kami cuba membeli secara online dengan kad kredit sendiri dengan harapan tiadalah masalah memasukkan nombor pengesahan TAC ini. Seat ferry jam 9pagi pun masih ada 11 lagi yang kosong. Alhamdulillah, transaksi online kami berjaya tanpa perlu pengesahan TAC. Terus dapat nombor tempahan dan emel. Paparkan nombor tempahan ini di kaunter untuk mendapatkan tiket-tiket ferry setelah sampai di Rockingham. 


Perjalanan ke Rockingham dalam lebihkurang 1jam untuk sampai.  Kami berjumpa lagi dengan keluarga dari Malaysia yang kami jumpa di Lake Thetis tempoh hari. Ceritanya, mereka booking feri jam 10am tapi dah sampai pagi-pagi lagi ke sini (sampai lebih awal dari kami). Kebetulan pula ada orang tolak booking feri jam 9,dapatlah mereka terus ke Penguin Island tanpa perlu menunggu hingga jam 10.

Kami mengambil pakej Penguin Island & Sea Lion Cruise, AUD$42 untuk seorang dewasa, harga telah termasuk ferry ke Penguin Island.

Berjalan menuju ke jeti untuk menaiki feri..


Penguin Island tidaklah jauh sangat (10 min feri untuk sampai), malah boleh berjalan kaki meredah laut pun (ikut sand bar). Tetapi amaran telah dikeluarkan kerana pernah ada kes lemas.


Ferry cruising sebelum ke Penguin Island. 


Waktu kami pergi ni, bukan musimnya. Tak nampak sekor pun sea lion berenang. Nampak sekor saja sea lion jantan dok tidor di tepi pantai.. (jadi agak tidak berbaloi nak ke Penguin Island sewaktu musim ini)


Setelah cruising dalam lebihkrang 45 minit, feri pun menuju ke Penguin Island.

 

Kita orang Malaysia perlu pertingkatkan lagi perangai kita dalam hal-hal sampah sarap ni di tempat kita.  Bukankah kebersihan itu sebahagian dari iman?


Harga tiket juga termasuk penguin show/penguin feeding. Blue Penguin adalah species penguin terkecil di dunia dan satu-satunya species penguin yang ada bulu bewarna biru putih (species penguin lain bulunya bewarna hitam dan putih). Blue penguin boleh ditemui di Australia, dan kini telahpun juga migrasi ke New Zealand. Kemungkinan juga ia boleh ditemui di Chile.

 

Meronda ke bahagian pantai pulau.. di mana kami menikmati bekalan makan tengahari. Mereka mengesyorkan membawa bekalan kerana di atas pulau ini tidak ada tempat-tempat menjual makanan. Kami pun tidak perasan samada ada ke tidak minuman dijual di island information center semasa mula-mula sampai tadi..

 
 


Melihat burung-burung di kawasan 'Bird Sanctuary' di pulau tersebut.. dah memang pun tempat dia.. maka banyaklah tahi burung di sini...

 
 
 

Feri untuk balik ke seberang dari Penguin Island dijadualkan setiap sejam sekali, dengan feri terakhir jam 4.30pm. Semasa kami sampai balik ke jeti tempat mula tadi, nampak sederetan burung berterbangan..


Dari pusat Penguin Island, kami mencari masjid melalui wazer... dan kemudiannya sampai ke Ar Rukun Mosque yang beralamat di 4 Attwood Way, Rockingham WA 6168, Australia.

 
 
 

Dalam perjalanan pulang menghala ke Perth, singgah di BigW Rockingham mengintai correlle. Gembiralah cik kiah sebab banyak pilihan di sini..

Senang membeli belah dengan self check out. Scan satu barang, bila dah register dalam screen, masukkan ke dalam plastik sampai dia detect. Bila lampu hijau di screen menyala balik, scan lagi satu barang seterusnya. Ulangi proses sehingga selesai, kemudian buat bayaran dengan mesin kad.


Sampai di Perth, kami ke Swan Valley lagi, tempat yang kami pergi masa mula-mula sampai dulu. Kami terus ke Yahava KoffeeWorks


Kami berpeluang untuk mencuba 3 jenis kopi, kami pilih 'Blackgold' (kategori keras), 'Romeo No 5' (kategori sederhana) dan 'Pacifica' (kategori mild). Yang dibeli bawa pulang adalah 'Yahava Kwik'.


Pekatan kopi ini juga dicuba dan dibawa dibeli untuk dibawa pulang. Campurkan 1/10 pekatan kepada susu dan boleh terus minum.

 

Kemudian kami ke Winddarra Honey, membeli sedikit madu untuk di bawa pulang. Selepas itu meninjau ke ladang anggur tetapi hasrat untuk membeli anggur fresh dari ladang tidak kesampaian kerana musim belum lagi musim menuai.


2 comments:

  1. seronoknya dapat sampai jauh ke tempat nih
    saya entah bila
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula dengan impian.. lepas tu. sedikit-sedikit, akan sampailah tempat yang jauh tu...:)

      Delete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...