Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 2 February 2012

Kota Air Venice, Itali



Perjalanan dari London Stansted Airport, UK dengan pesawat Ryan Air ke Venice Treviso Airport. Kemudian menaiki bas ATVO, kira-kira 1 jam ke destinasi berdekatan station keretapi di Mestre. Dari situ berjalan kaki ke Arcadia Hotel, di kawasan Cannaregio.
Siang hari yg panjang di mana matahari terbit jam 5pagi dan magrib pula jam 9pm.  Bahang cuaca panas memaksa kami keluar berjalan seawal jam 10 pagi.  Tidak betah tinggal dihotel yg tiada AC, kerana diberitahu oleh pihak hotel bahawa tidak dibenarkan memasang AC untuk menjaga struktur binaan bangunan.
Venice kota air yang mempesonakan, beserta struktur arkitekturnya yang unik dan ngah sangat mengasyikkan pandangan.  San Marco ialah tempat tumpuan pelancung di mana dataran Piazza San Marco sentiasa sesak dengan pengunjung, tidak mengira masa dan musim.

 
Menyusuri lorong2 kecil ini seakan berada di permainan maze monster yang tidak ada penghujung jalan keluarnya. Peta mesti ada di tangan sebagai panduan, itupun masih tersesat lagi.


Jika bercadang menaiki gondola untuk menyusuri terusan air, lebih baik menyemak standard harga yg ditetapkan supaya tidak tertipu. Harga rasmi yg ditetapkan untuk menaiki gondola ialah 80.00 euro selama 40 minit (max 6 org) pada waktu siang hari.
Untuk kami cukup dengan mengambil "Traghetto", iaitu teksi air dari  canal utama (Canal Grande) ke canal yang lain. Untuk ke pulau-pulau lain yang berdekatan spt Lido dan Murano boleh menggunakan bot awam.  Pulau Lido, yang pantainya sepanjang 12km penuh dengan pengunjung memandang masa itu adalah musim panas.  Di Pulau Murano pula terkenal dengan kehalusan seni glassnya yang sangat cantik dan sempurna.
 


Pasal makan, anak-anak sangat suka dengan pizza cheese. Pizza Margarita atau Formaggi menu kesukaan, dan hingga kini teringat-ingat keenakannya.  Harga tidaklah semahal berbanding negara eropah yang lain. Restoran Kosher menjadi pilihan kerana sukar mencari restoran halal. (gambar; starter di restoran kosher)


Asas perbelanjaan: Tiket RyanAir RM1,300 (3dewasa 1kanak-kanak); Hotel RM645 (3hari 2mlm); tambang bus 10 euro/person; makan ? (tidak dicatat). 

Tarikh lawatan Jun 2010.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...