Hari ini hujan turun agak lebat dan lama. Dari semalam hujan tak henti-henti. Langit gelap menyeluruh semacam tiada tanda-tanda hujan akan reda. Memandangkan guests akan keluar jam 12 tengahari seperti yang dimaklumkan, saya bercadang untuk pergi awal, boleh singgah di Ikano dulu untuk mencari beberapa barang. Abang pun ada kerja di KL, jadi bolehlah saya tumpang tak payahlah pandu sendiri. Hari masih hujan dan pergerakan agak perlahan, kami sampai agak lewat dari yang saya rancang. Jadi abang terus hantar saya dan Nia ke homestay sampai di sana jam 11.45 pagi. Abang tidak singgah sebab mengejar masa untuk ke KL.
Masa saya sampai, mereka sedang memunggah barang masuk ke kereta.
"Assalamualaikum.. saya tuan rumah.."
Saya memperkenalkan diri, sebab masa check-in, abang yang uruskan. Saya menunggu di kerusi luar rumah seketika. Sementara menunggu diluar rumah itu, Nia cakap..
"kakak pergilah beli barang biar Nia yang uruskan.. "
"..takpelah Nia, lepas kemaskan rumah ni nanti saya pergi.." ujar saya.
Bila mereka (penginap) semua sudah keluar, lalu saya (pemilik Homestay) bertanya mereka..
"...saya dah boleh masuk?..."
Masuk je ke dalam rumah, Astagfirullah!!!...saya sangat sedih dan kecewa... terus capai telefon dan mengambil gambar..
Ruang tamu
meja makan
Dapur
Sampah berlonggok-longgok.. awak berpesta ke kat rumah saya ke?.. 2 malam awak menginap sampah banyak ni...
Nasi yang dah basi dalam kuali..
Tingkat atas.. beraya sakan awak ya?!.. minum pandai, sampah tak tahu nak buang
sebahagian kusyen ada di bawah.. tak cukup bantal ke,, kalau 10 orang yang menginap bantal yang disediakan lebih dari cukup.
Lagi satu... papan yang bersandar di dinding tu awak buat apa ya.. tak terfikir pun saya ia boleh dicabut dari rak tempat asalnya.. owh!.. kreatif awak ya!?.. merosakkan harta benda orang!!
tapi kenapa bab kebersihan sel-sel otak awak tak boleh berhubung..
Bila saya buka almari, masih banyak baju baju mereka yang bergantung. Lantas cepat-cepat saya suruh Nia pergi panggil mereka untuk ambil. Dan sangat terkejut saya bila mereka (rasanya 3 orang) masuk rumah saya hingga ke atas dengan berkasut.
"Rumah ni milik orang melayu!!!.." sound saya geram!
"ooo.. sorry.. sorry.." jawab mereka yang sama bangsa dengan saya ni.
Melihat keadaan rumah yang lunyai, saya terlupa pasal apa-apa sehingga salah seorang dari mereka bertanya:-
"dah bagi kunci?"
Lalu saya melihat di dalam kotak kunci dan kunci yang dimaksudkan itu tiada di situ. Mereka belek-belek mencari dan bertanya sesama sendiri. dan kunci tak dijumpai sampai sudah. Kerana sikap sambil lewa mereka sehingga kunci rumah pun hilang tidak dipulangkan balik, terpaksalah kami menukar set kunci rumah lain untuk keselamatan guests lain yang akan menginap selepas ini.
Maaf, homestay saya bukan untuk anda..
Sepanjang 3 tahun lebih membuka rumah kami sebagai homestay, pelbagai orang dah kami jumpa. Tapi yang amat sedih perkara yang buruk selalu datangnya dari yang sebangsa dengan saya. Memang biasa, walaupun maksima tetamu untuk 10 orang, tetapi ada yang datang lebih bilangan, kami tak berkira pun bila mereka pandai beradab dan mempunyai akhlak yang baik.
Biasalah jika selimut dan cadar tidak berkemas, kami pun akan buka dan gantikan yang lain. Tapi peralatan lain, seperti pinggan mangkuk, gelas periuk yang diguna pandailah bersih dan kemaskan semula. Polisi homestay.. barang-barang yang diguna mesti dikemas semula.. memang ada tertampal di dinding dapur. Tanpa polisi pun, jika orang yang beradab bila dah pandai pakai guna barang orang, pandailah kemas balik.
Sekiranya anda jenis yang tak tahu menghormati hak milik orang lain.. sila jangan menyewa di sini.. banyak hotel-hotel berbintang yang berdekatan seperti Royale Chulan, One World Hotel tak jauh pun dari homestay U1.
Kalau anda bukan orang yang bertamadun.. maaf.. harap jangan mencari homestay saya..
Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ . thanks
ReplyDeleteDone.. thanks for following..
Delete