Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 10 November 2017

Northern Europe Part 4 - Porvoo, Finland

14 Oktober 2017, Sabtu (Day 5)

Porvoo adalah bandar kedua tertua di Finland.

Porvoo adalah dalam bahasa Finland manakala Borga pula dalam bahasa Sweden. Sampai di stesen bas Porvoo baru teringat nak tanya kenapa selalu nampak dua perkataan berlainan (e.g. Porvoo dan Borga) disemua papan tanda.


Kebanyakan papan tanda/maklumat awam di Finland di tulis dalam dua bahasa ini. Padan pun kami teragak-agak semasa nak turun stesen tram pertama kali kami naik tram nak balik ke hotel dari bandar Helsinki. Stesen tram kami, Kauppiaankatu,bertukar-tukar nama di papan siaran tram (lupa dah nama apa Kauppiaankatu dalam bahasa Sweden).  Nama tempat pun mempunyai sebutan yang berbeza bagi orang Finn dan Swedish.. 

Porvoo katanya cantik untuk diziarahi pada musim summer. Agaknya kerana itulah ianya dikenali juga sebagai Summer town. Waktu ni adalah musim luruh, dari segi cuacanya baik la sikit bagi kami kerana tidak panas, cuma ianya selalu hujan, tetapi tidak lebat. Sangat terpesona dengan pandangan musim luruh yang cantik, suka tengok daun-daun yang berwarna kuning..

Bangunan-bangunan di sini pula kebanyakannya bangunan kayu yang di cat dengan pelbagai warna yang menarik serta lembut.


Banyak juga yang bercat merah, sempena menyambut ketibaan Raja Sweden Gustav III ke sini dahulu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The Oldest Town hall, yang siap dibina pada tahun 1764.. kini dijadikan Museum Porvoo
  
 
 
 
   
 
 
 

Cathedral of Porvoo

 
 

Porvoo river mengalir menerusi tengah bandar Porvoo, menyambugkan bandar itu dengan Gulf of Finland.  Suatu ketika dulu, kapal-kapal yang berlayar dari teluk Finland akan berlabuh di sini untuk menurunkan barang-barang..

 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...