Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 24 November 2017

Northern Europe Part 8 - Meninjau Fjord (Pakej)

Fjord - 18 Oktober 2017, Rabu  (Day 9)

Di tourist information center Tromso, kami beli pakej lawatan ke fjord dengan harga NOK1,940 untuk kami berdua (lebih kurang RM1,065). Pakej "Fjord tour by minibus" ini dari syarikat Northern Lights Tromso yang membawa sekumpulan kecil (6 orang) pelancong ke kawasan fjord dengan van.


Memilih pakej

Tromso Tourist Information mengendalikan banyak agency yang menawarkan pelbagai jenis pakej, dengan harga yang berbeza-beza walaupun tour yang hampir sama. Kami pun pening mana satu agen yang hendak dipilih.  Maklumlah harga yang agak mahal untuk setiap pakej.  Mula-mula kami buat keputusan apa pakej yang kami nak pergi, kemudian kami baca review tentang agency dan tour berkenaan.  Booking boleh juga buat dibuat secara online (baca pengalaman kami DI SINI, sekiranya ingin membuat tempahan online semasa berada diluar negeri - TIPS tempahan online)

Lawatan bermula dari tourist information center pada pukul 11pagi sehinggalah jam 4 petang. Pakej ini termasuk snek tengahari dan foto-foto.  Fjord yang akan disusuri ialah di Kvaloya dan sekitarnya.  Sebelum sampai di situ kami melalui jalan terowong bawah laut yang agak panjang dan siap ada simpang bulatan round-about di dalamnya.

Fjord pertama yang kami singgah. Entah apa dah namanya. Ada sangkar pemeliharaan ikan salmon berbentuk bulat (tak nampak dalam foto) di kebanyakan fjord di sini. Itulah Norwegian Salmon yang dijual di pasaraya-pasaraya termasuk tempat kita (ataupun kita punya datang dari China?). Kalau wild salmon, ini memang mahal.

 

Singgah di kawasan 'hutan' sekejap. Di sini pernah berlaku runtuhan glacier kata pemandu pelancong kami. Dia (dalam baju merah foto di bawah) suka amik foto nature dan haiwan liar.

(Angsa liar - Foto ihsan dari NorthenLightsTromso)
(Angsa liar - Foto ihsan dari NorthenLightsTromso)

Ada dua tiga lagi singgahan di fjord. Tak ambil foto, kerana tak nampak beza sangat. Ada yang just berhenti tapi tak turun pun dari van. Ada satu tempat yang airnya jernih macam cermin. Nampak bayangan rumah, boat, gunung dalam air seperti balikan cermin. Dok asyik tengok sampai terlupa nak suruh pemandu berhenti untuk ambil foto. Dah lepas agak jauh baru teringat.. eh! eh! foto?

Kemudian kami sampai tempat untuk snack tengahari sekejap. Sebuah resort, dihidang minuman (kopi, hot chocolate, teh... all you can drink) dan bar cokelat.


Foto luaran di ambil dari dalam resort tempat kami minum kopi..


Rumah kecil putih berbumbung lutsinar dalam foto di bawah adalah untuk penginap melihat Aurora borealis (Northern lights).


Setelah break tengahari, kami ke kawasan belakang tempat di mana mereka selalu buat akviti outdoor untuk para pelancong dan juga orang tempatan..


Kemudian kami singgah di sebuah kawasan pantai..


Menurut pemandu pelancong, orang Norway suka juga bercuti jauh dari bandar di tempat-tempat terpencil (macam dalam hutan gitu) di rumah sewa sebuah dan terpencil di satu-satu tempat itu.


Satu fjord lagi yang kami singgah dalam perjalanan pulang. Nampak macam sungai/terusan tempat kapal-kapal serta boat berulang-alik. Kalau yang kecil-kecil tu (macam dalam foto di bawah) katanya kena tengok masa untuk mudik ke hulu atau ke hilir. Yang kecil-kecil ni tidak berdaya bergerak melawan arus, jadi mereka berlayar hanya sehaluan dengan arus. (Kalau pagi arus akan ke sana, menjelang petang arus akan ke sini pula, lebihkurang begitulah penerangan yang diberikan)


Lukisan di dinding batu ini katanya sudah berusia 5 ribu tahun. Zaman dahulu air laut sampai aras sini (tinggi sikit dari seberang jalan sana tempat laut di dalam foto-foto di atas)


Habis lawatan, kami balik ke tourist information center di pusat bandar dan sampai jam 4pm lebih..

 


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...