Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday 17 November 2018

Kuantan, Pahang - November 2018

Cuti Deepavali di Kuantan

Hari Ahad 4hb November, kami bertolak ke Kuantan, tetapi melencong ke Janda Baik dahulu. Kami sampai di Kuantan dalam lebihkurang jam 3 petang di dalam cuaca mendung dan terus check-in di  Grand Darul Makmur. Hotel ini dahulunya dikenali sebagai M.S. Garden Hotel, sebelum pengurusannya diambil-alih oleh Majlis Agama Pahang (MUIP).

Petang itu kami makan di Sara Thai Kitchen, lokasinya di jalan Gambut, lebihkurang 500m dari tempat penginapan.

Kesokan harinya, di awal pagi  kami ke Taman Gelora, sambil mencari tempat yang sesuai untuk sarapan.

 

Sekejap saja di situ, kami beredar pula ke Teluk Cempedak.

Keadaan menyedihkan dengan pemandangan sampah-sarap bertaburan di sekitar kawasan. Walaupun ada pekerja-pekerja sedang membersihkannya, ia mencerminkan sikap masyarakat yang masih rendah tahap 'tamadun'nya. 

 

Rancangan untuk beriadah menggunakan laluan titi yang disediakan terbantut apabila hari mula hujan. Jadi kami berteduh di pondok yang disediakan sambil snap foto.

 
 
 
 


Apabila hujan telah reda sedikit, kami menyusur kembali jalan yang kami lalui untuk ke Taman Gelora kerana tadi kami ternampak gerai makan pagi yang agak menarik. Kami singgah di sini, di Tanjung Selera (Tanjung Api) untuk sarapan pagi. Di sebelah gerai ini adalah lagi deretan gerai-gerai untuk sarapan pagi.


Selepas waktu tengahari, kami menghala ke Pantai Batu Hitam.  Pantai di sini lebih bersih berbanding Teluk Cempedak.


 
 
 
 
 
 
 


Sebelum meninggalkan Pantai Batu Hitam, kami singgah disalah sebuah gerai keropok lekor yang ada di sepanjang jalan Beserah.

Di sebelah petang kami ke Pahang Art Museum, yang terletak tidak jauh dari  kawasan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah.


Masjid Negeri Pahang

 

Pahang Art Museum


 

 
 
 
 
 

Selepas magrib main boling sekejap di Mega Lanes, Berjaya Mall, di sebelah hotel kami sebelum kami makan malam.


Makan malam di Lila Wadi, cheese kek katanya sedap di situ. Kami cuba perisa mangga dan durian.

 
 

Hari ketiga (hari Deepavali) selepas check-out dari hotel, kami terus ke  Restoran Mabiq.  Masa kami sampai sudah ramai pengunjung walaupun jam baru 11.30 pagi.

Banyak juga menu lauk nasi campur yang ada, apalagi bila ada peminat paeh patin tempoyak.  Tak cukup makan di sini siap beli lagi berbungkus-bungkus paeh ikan patin sejuk-beku untuk dibawa balik ke KL.

 

Sebelum sampai ke Restoran Mabiq tadi ternampak papan-tanda Keropok Lekor Kak Yah. Singgah beli lagi kerepok lekor, sebelum menyusur masuk ke lebuhraya untuk pulang ke KL

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...