Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 30 September 2022

Melaka & Muar (September 2022)

Sebuah condotel TNB Cahaya Resort (Rumah Peranginan TNB) di Condo D'Savoy A'Famosa, Alor Gajah.



Cuba kuih bakar Melaka yang berdekatan dengan tempat penginapan. Berdekatan dengan kawasan pengnapan juga terdapat Cafe Laman Hijau, berdekatan di mana kami singgah dua kali untuk bersarapan dengan nasi lemaknya.


Ronda pusat Bandar Melaka  sebelah malam


Perkampungan nelayan kecilan (pesisir pantai) di Klebang. Penempatan di atas tanah yang ditebus dari laut. Khabarnya, tanah tebus ini dimiliki sebahagiannya oleh keluarga Boon Siew yang membenarkan nelayan tempatan tinggal di sini sementara tanah tersebut belum diguna-pakai. 


Dari Melaka ke Muar, Johor. Jalan kaki meronda bandar Muar. Bagus usaha majlis perbandaran tempatan mencantikan lorong-lorong belakang bangunan dengan lukisan mural dan laluan jalan kaki yang menarik.


Bandar Maharani, Muar


Penginapan agak popular di Muar, kami tidak dapat menempah hotel yang di ingini kerana tempahan sudah penuh. 


Berjalan-jalan di kawasan persekitaran hotel


Antara tempat-tempat makan yang dikunjungi di Muar.

Murtabak Tanah Melayu

Oyster fresh Bandar Muar

Nasi lemak di Faris Kitchen (nasi lemak sotong danRoti Jon)

Kopi 434 yang femes di Muar. Nama kopi 434 itu sempena nombor telefon founder kopi, En. Sai Kee. Kopi ini bermula sejak tahun 1953.


Salah sebuah cafe yang popular untuk sarapan pagi, ramai pengunjung.






Thursday, 15 September 2022

Desaru, Johor (Julai 2022)

Dalam perjalanan ke Desaru, singgah di Restoran Terapung Bujang Firefly, Sungai Lebam, berdekatan dengan bandar Penawar untuk makan tengahari. Selain daripada restoran, tempat ini juga ada menyediakan pakej-pakej river cruise, memancing, rakit dan boating.

Menempah penginapan selama dua malam, bilik keluarga di Hard Rock Hotel Desaru Coast melalui laman sesawang hotel itu sendiri kerana pada waktu itu ada tawaran istimewa/diskaun bagi pemegang kad Maybank.


Sekiranya anda ingin ke Adventure Waterpark Desaru Coast, ambil maklum bahawa taman tema air ini hanya dibuka dari hari Khamis hingga Ahad ( dari jam 10 pagi hingga 6 petang - kemasukan terakhir pada jam 5 petang). Taman tema ini ditutup dari Isnin hingga Rabu, kecuali pada cuti sekolah (Malaysia) dan cuti am. 

Difahamkan, masuk melalui pintu utama hanya dibenarkan sekali sahaja, iaitu, tidak boleh keluar-masuk. Bagi penginap-penginap Hard Rock Hotel pula, mereka diberi gelang, membolehkan mereka untuk keluar-masuk ke taman tema air ke Hotel, melalui pintu sebelah hotel.

Sekiranya anda ingin menginap di Hard Rock Hotel, kami cadangkan supaya check-in pada hari Rabu kerana taman tema air ini akan dibuka pada esoknya (Khamis) dan ianya tidak berapa ramai pengunjung berbanding pada hari hujung minggu (Sabtu dan Ahad). 


Pantai Desaru, antara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Desaru.


Jambatan Sungai Johor, sepanjang 4km, merentasi Sungai Johor di laluan lebuhraya E22 Senai-Desaru, merupakan salahsatu jambatan sungai terpanjang di Malaysia.


Dalam perjalanan pulang ke KL, singgah lagi Johor Premium Outlet.


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...