Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 10 April 2025

Ashgabat, Turkmenistan (Feb - April 2025)

Untuk ke negara Turkmenistan sebagai pelancong, warga Malaysia perlu mendapatkan visa. Dan untuk mendapatkan visa ini, perlu ada surat jemputan/sokongan. Agensi perlancongan Turkmenistan boleh mengeluarkan  surat jemputan ini (LOI) bagi memulakan urusan memohon visa pelancong.

Kami bertolak ke Ashgabat (ibu negara Turkmenistan) pada 19 Februari 2025 dan berada di Asia Tengah sehingga 3 April 2025 (sebelum puasa sehingga selepas raya AidilFitri). Kami mengambil visa semasa sampai (VOA) berbekalkan surat jemputan (LOI). Boleh juga memilih untuk menguruskan visa di kedutaan Turkmenistan di Kuala Lumpur. Bayaran semuanya dalam USD dan secara tunai.

Menggunakan Turkmenistan Airlines (direct flight) dapat menjimatkan masa selain daripada dapat mengelakkan transit jika menggunakan penerbangan lain yang akan transit di Dubai ataupun Istanbul. Ada dua penerbangan seminggu Turkmenistan Airlines KLIA-Ashgabat (dan juga Ashgabat-KLIA).


Kebanyakan masa kami berada di Ashgabat. Lain-lain tempat di Turkmenistan yang kami ziarah adalah Turkmenabat, Darvaza (Door to Hell) dan Awaza, Turkmenbashi (Zon Perlancongan Kebangsaan).

Semasa di sini kami juga menziarah negara jirannya, iaitu Uzbekistan (Bukhara, Tashkent, Amirsoy Ski Resort dan Samarkhand) dan Tajikistan (Tasik 7, Panjakent).

Sepanjang sebulan lebih berada di Ashgabat, aktiviti-aktiviti kami adalah bersiar-siar di bandar Ashgabat yang kebanyakannya pusat-pusat membeli belah, menganjur majlis berbuka puasa, menghadiri jemputan berbuka puasa dari rakyat Malaysia yang ada di sini serta juga dari orang tempatan, menyambut Aidil Fitri anjuran kedutaan Malaysia dan memenuhi jemputan raya dari orang tempatan.

Semasa berada di sini kami melalui cuaca sejuk, salji, panas, hujan dan juga musim bunga sebelum balik ke Malaysia.

Ashgabat, waktu malam/awal pagi, meriah dengan lampu bewarna-warni di setiap bangunan dan juga dengan jalanrayanya yang jenuh dengan lampu-lampu. Bangunan-bangunan di sini agak seragam dengan rupabentuknya menarik serta agak unik. Imej agak kurang memuaskan kerana semuanya diambil dari dalam kereta sewaktu bergerak.

(Typical apartment buildings)
(Ashgabat International Airport)
(Ashgabat International Airport)

Sekitar bandar Ashgabat waktu siang.







Dihadapan bangunan yang menempatkan kedutaan Malaysia di Ashgabat.

 Sekitar tempat penginapan di Ashgabat.

Masjid solat jumaat yang terdekat dengan tempat penginapan.


Solat tarawikh di masjid Ertugrul, sebuah masjid yang dihadiahkan oleh Turki

 
 
Lawatan ke Masjid Turkmenbashi, di mana disebelahnya ada memorial presiden (Saparmurat Niyazov)


Di sebelah masjid terdapat memorial di mana presiden Saparmurat Niyazov disemadikan bersama-sama ibu dan bapanya dan juga dua orang adik beradik. Ibu dan adik beradiknya terkorban dalam bencana gempa bumi.

 
Dihadapan bangunan memorial ini, dua askar berkawal (macam askar di Buckingham Palace, berkawal tak bergerak macam patung). Tidak ambil photo sebab dilarang untuk ambil foto askar/polis yang berpakaian seragam.
 

Lawatan disekitar kawasan Tugu Kemerdekaan Turkmenistan di Ashgabat.
 

Lawatan ke Old Nisa, tidak berapa jauh dari Ashgabat, sebuah tapak sejarah yang diwartakan sebagai salahsatu Tapak Warisan Dunia UNESCO.



Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...