Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Koh Samui. Show all posts
Showing posts with label Koh Samui. Show all posts

Saturday, 16 May 2015

Mac 2015 - Kampung Melayu Samui, Koh Samui


Satu-satunya perkampongan (nelayan) Melayu di Koh Samui. Ikut cerita tuan punya restoran, asalnya orang di sini adalah dari Tumpat, Kelantan yang belayar di lautan, kemudian terdampar di pulau ini. Lalu, bermula satu penempatan baru di sini. Sememangnya orang-orang di sini bertutur pelat/loghat Kelantan.



Melayu Samui Sea Food Restaurant dan Resort
Alamat: Amphoe Koh Sa-Mui, Surat Thani, Thailand 84310
No. tel. : +66813974090


Di sini juga terdapat beberapa chalet untuk disewa.

Terletak berhampiran dengan Pantai Lamai ....
Makanan di sini memang sedap dan harga pun berpatutan


Masjid Nurul Ihsan terletak bersebelahan dengan Melayu Samui Sea Food Restaurant & Resort..


ikan masin... rm10/kilo




Gerai-gerai di lorong antara rumah-rumah menjual nasi berlauk, nasi dagang, pulut ayam, kueh manis jika ingin mencubanya.

Rise and shine... !!!

Ketika bergegas menuju ke jeti untuk mendapatkan feri awal, sempat lagi singgah di kampung ini untuk membeli makanan pagi untuk bekalan semasa dalam feri.

di awal pagi.. dengan pemandangan yang sangat cantik ini...



Feri balik ke Donsak.

Target nak naik feri jam 9:30 pagi. Ikut panduan waze, tapi tak ikut kerana waze tunjuk ke suatu lokasi yang lain dari lokasi jeti.

Maka sampailah di jeti. Pandu kereta terus menuju ke laluan naik feri kerana menyangkakan tiket akan dijual di laluan masuk macam datang hari itu. Rupanya tidak, patah balik laluan untuk ke kaunter jualan tiket yang terdapat di pangkal laluan masuk jeti. Diberitahu pulak di kaunter bahawa tiket untuk kereta kena beli dekat ofis Seatran yang berada di seberang jalan sana. Betul lah yang waze tunjuk tadi!

Masing-masing pandu kereta ke sana dan siap beli tiket, orang di situ suruh kita cepat-cepat pergi ke jeti. Rupa-rupanya  masih sempat untuk naik feri yang dijadualkan berlepas pada 8:30pagi. Hanya satu kereta yang akhir mula-mulanya ditahan dan tidak diberi naik feri. Selepas explain yang rombongan 4 buah kereta lagi sudahpun berada di atas feri, pengawal tersebut melepaskan juga kereta last ini untuk naik. Waduh!

Perjalanan balik ke Sungai Golok

Menghampiri Nakhon Si Thammarat, kami memilih jalan bypass kerana teringat terlekat dalam kesesakan lalulintas di pusat bandar semasa datang hari tu. Dah mula ignore panduan waze dan GPS. Ragu-ragu juga sampai berhenti bertanya orang arah jalan. Orang Thai ni sangat mesra dan dia cuba juga beri panduan walaupun bersusah-payah berkomunikasi. Tuan kedai tu hanya tahu berbahasa Thai.

Berhenti di pinggir Hatyai untuk makan tengahari/petang. Sudah risau kerana sempadan akan tutup pada jam 10 malam waktu Malaysia (9 malam waktu di Thailand). Kalau tak sempat sampai, kena bermalam di Sg Golok lah pula. Dah lah hari semakin gelap.

Masuk saja wilayah selatan Thai, dan mula nampak pos-pos pemeriksaan polis/askar. Di sepanjang jalan itu sehingga ke pusat Imigresen di Sg Kolok ada dalam 27 buah pos pemeriksaan. Ada yang kena berhenti, ada yang lalu dengan memperlahankan kenderaan saja.

Alhamdulillah, sampai di pusat imigresen lebih kurang 10 minit sebelum dia tutup. Sempat cop paspot dan serah balik borang kebenaran bawa masuk kenderaan dan terus memasuki sempadan Malaysia.  Penting untuk membuat pengesahan keluar supaya tidak dikenakan denda sekiranya lain kali ingin memasuki semula ke Thailand.

See you again next time... Thailand !!!

Thursday, 14 May 2015

Mac 2015 - Hadyai ke Koh Samui

14 March 2015 - Memandu kereta dari Siam Center Hotel, Hatyai ke First Residence Hotel, Koh Samui

Dalam perjalanan, kereta salah seorang ahli konvoi mengalami  "luka" tayar (lapisan salah satu tayar terkopek). Ini merbahaya untuk perjalanan jauh. Kebetulan pula ada kedai tayar yang tidak jauh dari tempat kejadian. So.. terus tukar sebiji tayar baru..


Dalam perjalananan ke jeti feri Seatran di Donsak, kami terikut jalan menerusi pusat bandar Nakhon Si Thammarat. Terlekat dalam kesesakan lalulintas di pusat bandar! Jadi, bagi mereka-mereka yang hendak ke Donsak, cuba elakkan jalan yang memasukki pusat bandar Nakhon Si Thammarat. Ada jalan bypass pusat bandar yang kami ambil dalam perjalanan pulang.


Jeti Donsak di Surat Thani guna khidmat feri Seatran mengambil masa 1jam 30 minit untuk sampai ke seberang sana, jeti Nakhon di Koh Samui


Yang membeli tiket secara online.. mesti sampai sekurang-kurangnya 1 jam sebelum masa.  Tiket boleh di gunakan pada masa yang telah ditetapkan sahaja.

Kami beli tiket di kaunter drive thru.


harga tiket untuk pemandu dan kereta - 420baht
penumpang -  130 baht

kanak-kanak ketinggian 100cm -150cm, 65 baht


Penumpang mengikut laluan pejalan kaki untuk ke feri.  Hanya pemandu yang dibenarkan di dalam kereta

Sampai di seberang...  Koh Samui



Meronda dulu setelah turun dari feri. Hari dah gelap baru terkial-kial mencari lokasi hotel. Sesat, round 2-3 kali.. padahal dah lalu depan hotel tapi tak perasan sign boardnya.. tanya orang tempatan untuk pandu arah... First Residence Hotel, sebuah hotel bajet yang selesa di tepi pantai dan bukan di tengah-tengah kesibukan pusat bandar tumpuan pelancong.. pusat tidak jauhpun, boleh jalan kaki saja kalau nak... oh ya... tukar duit lebih murah di pusat pelancongan ini daripada money exchangers di sepanjang jalan dari jeti feri tadi..


Bangun pagi, keluar ke tepi pantai selepas kena salak anjing bertalu-talu dulu... jangan takut dan jangan lari, buat tak tahu je.. jangan ambil kayu nak pukul pula, orang tempatan marah gitu...


sunrise at Chaweng Beach



Hotel ini terletak di penghujung Pantai Chaweng, Pagi-pagi banyak anjing liar yang kelaparan, menggangu pejalan kaki.

Di pantai ada pengunjung yang membawa anjing mereka untuk riadah dan mandi manda di pantai.



ronda bandar.. sewa motor ialah rm15 - rm20 sehari
 



Batu Hin Ta dan Hin Yai

sebahagian rombongan Cik Kiah... berkonvoi 5 kereta ke Koh Samui


terletak di Lamai Beach, Koh Samui.

Grandfather rock (Hin Ta)..







dan  grandmother rock (HinYai)

yang menjadi tarikan pelancong...


















Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...