Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 8 July 2014

DANGA INN, Tawang, Kelantan

Tarikh Percutian : 03 Jun, 2014 hingga 05 Jun, 2014
Pakej Percutian : Sendiri


Semasa "balik kampong" kami mengambil peluang untuk menginap di DANGA INN, Tawang untuk merasai suasana "sunrise" dan "sunset" di tepi sungai (Sungai Kemasin), berdekatan dengan perkampongan nelayan di Bachok, Kelantan. Pelabuhan Kemasin merupakan pelabuhan kedua terbesar di Kelantan, yang digunakan sebagai pengkalan para nelayan.

Dari Kota Bharu, panduan paling senang untuk ke DANGA INN adalah dengan menggunakan pandu arah ke Balai Polis Tawang, yang terletak lebihkurang 100m dari DANGA INN.

Untuk menikmati suasana hening, tenang dan nyaman serta pemandangan yang menarik, DANGA INN boleh dihubungi secara terus di laman Facebook (klik di sini) ataupun dengan membuat tempahan di iBilik (klik di sini) 

Kami tiba lebihkurang jam 10 malam, memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Kelantan menerusi lebuhraya Gua Musang.


Ke pasar pagi yang berdekatan keesokan harinya



Di sini kami menemui...

Hop's Homemade Cookies boleh ditempah secara online (sila klik di sini) dan ini adalah Laman "Facebook"nya.

Emmmmm.... sedapnyer!!! Penggemar Famous Amos tentunya akan mengubah fikiran sebaiknya saja berpeluang untuk merasai Hop's Homemade Cookies ini!







Di antara pemandangan-pemandangan yang direkodkan dengan telefon bimbit dari beranda tepi sungai DANGA INN ... 


Antara hidangan pagi yang dijamu oleh pemilik Danga Inn

Dari beranda DANGA INN kita dapat memerhatikan bot-bot nelayan kelaut untuk menangkap hasil lautan. Di DANGA INN anak-anak seronok memancing. Tapi tidak ada rezeki hari itu. Dapat seekor ikan saja, ikan buntal?.

Bekas-bekas berwarna ni mengandungi ketam nipah yang diternak di DANGA INN.




Walaupun berasal dari Kelantan, kami langsung tidak menyedari bahawa di Kampung Balai (yang berdekatan dengan DANGA INN) adanya wat Thai yang menjadi kunjungan ramai. Sebenarnya ada dua wat Thai di sini; Wat Phothikyan Phut Thak Tham (kunjungan ramai) dan Kuan Yin. (lebih kecil dan terpencil di tepi laut)

CUBA BACA "PANCASILA AJARAN BUDDHA" INI - SUDAH BERBUIH MULUT KATA ORANG. MANA-MANA AGAMA MENYARANKAN PERKARA YANG SAMA. TETAPI RAMAI ORANG MASIH DOK BUAT PERKARA YANG SAMA, mengambil dengan tanpa izin? bercakap bohong?
 
 

Dan yang ini semasa kami mencari Kuan Yin yang terletak di tepi pantai...


Bagi yang meminati suasana kampong, pemandangan yang menarik di tepi sungai, memancing dan suasana percutian yang lebih damai dari kesibukan bandar, DANGA INN (telefon 6097769828/ Zul 60148177222 / Pok Ja 60127275277) adalah sebuah penginapan yang disyorkan bagi seisi keluarga. Ianya terletak lebihkurang 12 kilometer dari Bandar Kota Bharu dengan perjalanan mengambil lebihkurang 20 minit untuk sampai. 

Cuti-Cuti Malaysia!!!



Sunday, 25 May 2014

Siem Reap Part 5 - Culture Village


Hari ini sekali lagi kami menyewa tut-tut Salim.



'Killing Field' di sini tak sebanyak di Phnom Penh. Tengkorak dan tulang ditempatkan di sebuah tokong



Melawat Artisan d'Angkor, sebuah pusat kraftangan bagi melatih anak-anak muda kemboja  dalam seni kraftangan dan menghasilkan kraf yang bermutu tinggi







Cambodian Cultural Village

 

Untuk mengenali budaya kehidupan masyarakat Kemboja, tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi. Terdapat wax museum yang cuba menggambarkan sejarah kehidupan masyarakat Kemboja, Ada 10 jenis perkampungan masyarakat Kemboja, miniature beberapa bangunan bersejarah serta dewan teater untuk persembahan.  Beberapa pertunjukan tarian dipersembahkan dan pada hari Sabtu dan Ahad, ada pertunjukan tambahan sehingga 7 malam.  Setiap kampung mempunyai persembahan mereka sendiri mengikut program yang telah ditetapkan.  Tidak semua persembahan dapat ditonton memandangkan tempat yang tidak berapa luas dan pengunjung pula ramai.  Semasa kunjungan kami, terdapat ramai warga tempatan kerana mereka sedang meraikan "New Year Khmer" dan masih lagi dalam susasana cuti berpesta.



Miniature





Mixed Khmer traditional show di New Theater House




Khmer wedding ceremony di Millionaire Village.  Beberapa orang pelancong dipilih untuk turut serta dalam persembahan ini sebagai ibu, bapa dan pengantin lelaki.







Tarikh Percutian : 17 April, 2014 hingga 20 April, 2014

Pakej Percutian : Dream Trips

Siem Reap Dreamtrip
Pakej Percutian Siem Reap ditawarkan lagi pada pertengahan Jun 2014
Hubungi kami (HP: 0129697581) sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai DreamTrip ini.

Tuesday, 20 May 2014

Siem Reap Part 4 - Angkor Wat

Aktiviti hari kedua ialah melawat kompleks Angkor.   Beberapa tempat yang menjadi tumpuan pengunjung  ialah:-

1. Angkor Wat, monumen  utama

2. South gate of Angkor Thom,

3. Bayon temple, terkenal kerana muka manusia yang diukir pada batu, Baphoun,  Phimeanakas, The Terrace of Elephant dan The Terace of Leper King

3. Ta Prohn - kuil buddha pada abad ke 12, yang terbiar sekian lama sehingga ditumbuhi pokok besar dengan akar yang menjalar

4. Kuil Phnom Bakheng untuk melihat matahari terbenam pada lewat petang dan juga matahri terbit pada awal pagi

Kawasan komplek Angkor yang keluasannya hampir 200 hektar, puratanya mempunyai kuil  bagi setiap 2 km, menjadi tarikan utama untuk pelancung mengunjungi Siem Reap. Sekarang yang bukan musim puncak pun pengunjung mampu mencecah 4 juta orang,

bersedia untuk tour hari ini.. 

beratur untuk diambil gambar untuk pas masuk ke Angkor wat
Pas masuk untuk sehari mengunjung mana-mana tempat dalam dalam kawasan Angkor.   Pemeriksaan tiket masuk sangat ketat di setiap pintu... jadi pastikan tiket sentiasa bergantung dileher supaya tidak hilang.





 











South gate of Angkor Thom





Bayon temple



Ta Prohn



"Sunset" di Phnom Bakeng

Hampir 20 minit mendakit bukit untuk sampai ke atas.  Pada hemat saya, sunset di sini tak secantik mana pun, tapi bila diwarwarkan sebagai tempat tarikan pelancungan maka berduyung-duyunglah manusia datang.  Berbaris panjang untuk naik ke kuil tersebut



Tarikh Percutian : 17 April, 2014 hingga 20 April, 2014
Pakej Percutian : Dream Trips

Siem Reap Dreamtrip
Pakej Percutian Siem Reap ditawarkan lagi pada pertengahan Jun 2014
Hubungi kami (HP: 0122077581 / 0129697581) sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai DreamTrip ini.


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...