Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Thursday, 21 June 2018

Aidil Fitri 2018 - Beserah, Kuala Trengganu, Kota Bharu & Cameron Highlands

11 Jun 2018

Cuti sekolah yang bersambung dengan cuti raya yang agak panjang, kami merancang perjalanan balik kampung secara santai...
Memandu pulang ke kampung melalui Lebuh Raya Pantai Timur untuk menyambut Aidil Fitri. Singgah di Beserah, Kuantan untuk menginap semalam di Mandurah Hotel.

 


Berbuka puasa di restoran Sajian De Alam, tepi pantai yang berdekatan hotel.  Buffet dengan harga RM25 seorang (dewasa) agak berpatutan dengan sajian yang terhidang, dan tempatnya pun luas.


Keesokan harinya, bertolak ke Kuala Trengganu dan  menginap semalam di Sumai Apartment Hotel.


Akhirnya sampai di Kota Bharu, pada hari "buat tapai" iaitu 2 hari sebelum menjelangnya Aidil Fitri 2018. Solat pagi hariraya di Masjid Hijau.



Suasana di kampung halaman..

 
 

Di hari raya ke-5, sebelum bertolak pulang kekota.. sempat mengunjungi majlis kenduri..

 

Memandu pulang melalui Lebuhraya Timur Barat 2, singgah dulu semalaman di Copthorne by Equatorial

 

Apartment 3-bilik


Pemandangan dari apartment..

  

Keesokan harinya, sebelum memasuki sempadan negeri Selangor, singgah untuk makan tengahari di restoran Nasi Bamboo Sg. Klah di Sungkai, Perak.  

 

Monday, 6 June 2016

Kenapa bayar lebih?

November 2015

Post ini sepatutnya diterbitkan tahun lepas.

Walaupun dalam sekitar 50km sahaja dari Kota Bharu, kami singgah untuk bermalam di Tok Aman Bali Beach Resort, setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk "mencuba" suasana penginapapan di sini


Seperti biasa, kami dapat tempahan terbaik dari Kelab Percutian kami bila dibandingkan dengan mana-mana laman tempahan online, lebih baik juga dari harga tawaran promosi Tok Aman Bali Beach Resort sendiri. Trivago yang membuat carian lebih daripada 200 laman tempahan pun tidak boleh menandingi harga yang ditawarkan oleh kelab kami.


 
 "Hotel yang sama, bilik yang sama, tapi harga yang berbeza, 
Kenapa bayar lebih?"

(KLIK DI SINI untuk "learn more" mengenai kelab percutian kami yang telah lama membantu kami menjimatkan percutian-percutian kami selama ini)

Hotel? Tiket kapalterbang?

Ini bilik tempahan kami yang luas serta selesa, ada anjung rehat yang mengadap muara/laut lagi... best berehat waktu senja dan minum kopi awal pagi...



Di bahagian hadapan luar bilik, menuju ke kawasan kolam...



Naik ke bahagian tinjauan tingkat paling atas untuk menikmati pandangan sekeliling..


Makan malam kami hari tu... okay...  tapi masih banyak ruang untuk diperbaiki... kadang-kadang selera orang Kelantan ni "agak payah" untuk di "satisfy" kan kerana masakan-masakan dan juadah-juadah di luar sana memang enak dan bab harga pula, memang payahlah pihak hotel untuk menandinginya. Di Kelantan, kalau makanan/juadah itu tidak berapa enak, demo akan kato "oghe akae beli sekali tu jah, pah tu dop doh!"


Friday, 20 May 2016

Homestay di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi menjelang bulan Ramadhan nanti. Apa yang anda akan terbayang?

Percutian ke Kota Bharu di WAKAF CHE YEH ??

(Baca selanjutnya di sini... http://www.caridestinasi.com/wakaf-che-yeh/)



WCY Guest House menyediakan penginapan yang selesa untuk keluarga. "Pasar Malam Wakaf Che Yeh" hanyalah lebihkurang 200m dari WCY Guest House, boleh aje berjalan kaki untuk shopping!!


Hubungi WCY Guest House @ 014-3444-193 (call/whatsapp) untuk pertanyaan. (Klik DI SINI untuk ke laman WCY Guest House)

Atau anda mempunyai rombongan untuk bershopping ke Wakaf Che Yeh?


Hubungi Homestay Hajah Zahrah (019 285 5164) yang terletak bersebelahan dengan WCY Guest House. (Klik DI SINI untuk maklumat lanjut)

Selamat bercuti dan membeli belah di negeri Che Siti Wan Kembang !!!!

Saturday, 9 August 2014

Pantai Cahaya Bulan (PCB) Disember 2008 & Penang Mac 2009

Pulau Pinang, Batu Feringghihi


Pantai Cahaya Bulan yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB)

Tuesday, 8 July 2014

DANGA INN, Tawang, Kelantan

Tarikh Percutian : 03 Jun, 2014 hingga 05 Jun, 2014
Pakej Percutian : Sendiri


Semasa "balik kampong" kami mengambil peluang untuk menginap di DANGA INN, Tawang untuk merasai suasana "sunrise" dan "sunset" di tepi sungai (Sungai Kemasin), berdekatan dengan perkampongan nelayan di Bachok, Kelantan. Pelabuhan Kemasin merupakan pelabuhan kedua terbesar di Kelantan, yang digunakan sebagai pengkalan para nelayan.

Dari Kota Bharu, panduan paling senang untuk ke DANGA INN adalah dengan menggunakan pandu arah ke Balai Polis Tawang, yang terletak lebihkurang 100m dari DANGA INN.

Untuk menikmati suasana hening, tenang dan nyaman serta pemandangan yang menarik, DANGA INN boleh dihubungi secara terus di laman Facebook (klik di sini) ataupun dengan membuat tempahan di iBilik (klik di sini) 

Kami tiba lebihkurang jam 10 malam, memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Kelantan menerusi lebuhraya Gua Musang.


Ke pasar pagi yang berdekatan keesokan harinya



Di sini kami menemui...

Hop's Homemade Cookies boleh ditempah secara online (sila klik di sini) dan ini adalah Laman "Facebook"nya.

Emmmmm.... sedapnyer!!! Penggemar Famous Amos tentunya akan mengubah fikiran sebaiknya saja berpeluang untuk merasai Hop's Homemade Cookies ini!







Di antara pemandangan-pemandangan yang direkodkan dengan telefon bimbit dari beranda tepi sungai DANGA INN ... 


Antara hidangan pagi yang dijamu oleh pemilik Danga Inn

Dari beranda DANGA INN kita dapat memerhatikan bot-bot nelayan kelaut untuk menangkap hasil lautan. Di DANGA INN anak-anak seronok memancing. Tapi tidak ada rezeki hari itu. Dapat seekor ikan saja, ikan buntal?.

Bekas-bekas berwarna ni mengandungi ketam nipah yang diternak di DANGA INN.




Walaupun berasal dari Kelantan, kami langsung tidak menyedari bahawa di Kampung Balai (yang berdekatan dengan DANGA INN) adanya wat Thai yang menjadi kunjungan ramai. Sebenarnya ada dua wat Thai di sini; Wat Phothikyan Phut Thak Tham (kunjungan ramai) dan Kuan Yin. (lebih kecil dan terpencil di tepi laut)

CUBA BACA "PANCASILA AJARAN BUDDHA" INI - SUDAH BERBUIH MULUT KATA ORANG. MANA-MANA AGAMA MENYARANKAN PERKARA YANG SAMA. TETAPI RAMAI ORANG MASIH DOK BUAT PERKARA YANG SAMA, mengambil dengan tanpa izin? bercakap bohong?
 
 

Dan yang ini semasa kami mencari Kuan Yin yang terletak di tepi pantai...


Bagi yang meminati suasana kampong, pemandangan yang menarik di tepi sungai, memancing dan suasana percutian yang lebih damai dari kesibukan bandar, DANGA INN (telefon 6097769828/ Zul 60148177222 / Pok Ja 60127275277) adalah sebuah penginapan yang disyorkan bagi seisi keluarga. Ianya terletak lebihkurang 12 kilometer dari Bandar Kota Bharu dengan perjalanan mengambil lebihkurang 20 minit untuk sampai. 

Cuti-Cuti Malaysia!!!



Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...