Keesokan harinya, kami bertolak ke Pulau Batam menaiki feri
MV Pintas Samudera. Tiket feri pergi-balik diperolehi di
Jeti Stulang Laut yang terletak bersebelahan dengan hotel penginapan. Harga feri sehala ke Pulau Batam untuk dewasa adalah RM81 sementara kanak-kanak pula adalah RM56.
Beli sedikit Rupiah di dalam mall hotel dan sedikit lagi di dalam Jeti Stulang laut. Kadar tukaran diluar dan di dalam jeti adalah sama (RM1 dapat Rupiah 3,508). Di sebelah Batam, kadar tukaran lebih menguntungkan di mana RM1, kami dapat Rupiah 3,600. Walaubagaimanapun, waktu itu Ringgit mengukuh against Rupiah (ataupun Rupiah semakin lemah) kerana di hari berikutnya, kadar tukaran mencecah RM1 = Rupiah 3,625. Itupun kadar tukaran yang diberi oleh kredit kad yang mana kadarnya lebih mahal dari tukaran wang tunai.
Tiket balik (sehala dari
terminal Batam Center ke jeti Stulang Laut) adalah "open" selama 3 bulan dan lebih murah, RM28 untuk kanak-kanak dan RM44 untuk orang dewasa walaupun telah dicampur dengan cukai jeti iaitu Rupiah 65,000 (lebihkurang RM20 seorang). Semasa balik ke Stulang Laut, kami menaiki feri yang lebih besar.
Semasa menaiki feri di Stulang Laut, kami mendapat laluan VVIP di mana kami di "escort" naik ke feri sewaktu orang lain masih belum dibenarkan masuk melepasi pemeriksaan kastam.
 |
| (Jeti Stulang Laut) |
Hanya kami bertiga di atas feri memilih tempat sebelum dinaiki oleh orang lain.
Ambil angin di atas deck luar setelah sejam belayar..
Sampai saja di Batam, Pak Supir Ujang sudah menunggu.. langsung saja ke
Nagoya Hill Batam Mall yang tidak jauh dari terminal feri Batam Center.
Dalam Nagoya Hill Mall tu, cari kedai komunikasi dan beli sim kad ini, Rupiah 100,000 (lebihkurang RM28) untuk 2G mobile data.
Makan tengahari kami sebelum ke hotel di Batam.. Nasi Padang..Rupiah 270,000 dalam lebihkurang RM75.
Gokart di Golden City Batam.. masa tiba ke tempat ini, ada masa dalam setengah jam lagi sebelum dia ditutup. Dapatlah pusing satu round...
Kampung Oleh-Oleh di bersebelahan dengan taman rumah miniatur .. kawasan ini tempat membeli oleh-oleh Batam dan spot untuk bermain sukan laut seperti jet ski dan sebagainya.. kami berada di sini pada hari sudah hampir senja.. so sudah tiada aktiviti untuk hari itu...
Pada waktu malamnya kami pergi ke sebuah lagi shopping mall,
Diamond City Mall, yang menawarkan pakaian muslim dan juga barangan elektronik. Katanya, dulu hampir tutup sebelum pakaian muslim menjadi tarikan pengunjung.
 |
| (Dalam perjalanan ke Jambatan Balerang) |
Sampai di Balerang...
Budaya berpantun Melayu...
Dalam perjalanan pulang dari Balerang, melintasi kawasan masjid terbesar di Batam..
Masjid Raya Batam atau dipanggil juga
Masjid Agung Batam..
Beli kuih lapis ditempat ianya dibuat....
Di sini kami bertiga mengurut petang tu...
Dan kemudiannya makan malam... katanya keseluruhan kawasan ini termasuk restoran-restoran seafood,
Hotel Golden View dan lain-lain yang ada dipunyai oleh seorang tauke..
Hidangan setelah dimasak dan juga... tak lupa... bilnya..
Terlalu banyak makanan, dah serik makan-makan macam ni. Selepas makan, terus balik ke hotel untuk relax dan esoknya kembali ke Malaysia.