Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 3 October 2014

Pulau Batam, Indonesia - September 2014


Memandu kereta ke Johor Bahru untuk bermalam di Berjaya Water Front Hotel dalam suasana di ambang sambutan Hari Malaysia. Sebelum naik ke bilik, makan tengahari dulu di Salt & Pepper Cafe Restaurant. Dari tingkap nampak cerobong Senoko Power Station, Singapura. Bilik kami, "Corner Suite", terletak di tingkat 16, lengkap dengan ruang tamu yang berasingan serta pantry, untuk penginapan famili.


Keesokan harinya, kami bertolak ke Pulau Batam menaiki feri MV Pintas Samudera. Tiket feri pergi-balik diperolehi di Jeti Stulang Laut yang terletak bersebelahan dengan hotel penginapan. Harga feri sehala ke Pulau Batam untuk dewasa adalah RM81 sementara kanak-kanak pula adalah RM56.

Beli sedikit Rupiah di dalam mall hotel dan sedikit lagi di dalam Jeti Stulang laut. Kadar tukaran diluar dan di dalam jeti adalah sama (RM1  dapat Rupiah 3,508). Di sebelah Batam, kadar tukaran lebih menguntungkan di mana RM1, kami dapat Rupiah 3,600. Walaubagaimanapun, waktu itu Ringgit mengukuh against Rupiah (ataupun Rupiah semakin lemah) kerana di hari berikutnya, kadar tukaran mencecah RM1 = Rupiah 3,625. Itupun kadar tukaran yang diberi oleh kredit kad yang mana kadarnya lebih mahal dari tukaran wang tunai.



Tiket balik (sehala dari terminal Batam Center ke jeti Stulang Laut) adalah "open" selama 3 bulan dan lebih murah, RM28 untuk kanak-kanak dan RM44 untuk orang dewasa walaupun telah dicampur dengan cukai jeti iaitu Rupiah 65,000 (lebihkurang RM20 seorang). Semasa balik ke Stulang Laut, kami menaiki feri yang lebih besar.

 


Semasa menaiki feri di Stulang Laut, kami mendapat laluan VVIP di mana kami di "escort" naik ke feri sewaktu orang lain masih belum dibenarkan masuk melepasi pemeriksaan kastam.

(Jeti Stulang Laut)
Hanya kami bertiga di atas feri memilih tempat sebelum dinaiki oleh orang lain.

Ambil angin di atas deck luar setelah sejam belayar..



Sampai saja di Batam, Pak Supir Ujang sudah menunggu.. langsung saja ke Nagoya Hill Batam Mall yang tidak jauh dari terminal feri Batam Center.


Dalam Nagoya Hill Mall tu, cari kedai komunikasi dan beli sim kad ini, Rupiah 100,000 (lebihkurang RM28) untuk 2G mobile data.


Makan tengahari kami sebelum ke hotel di Batam.. Nasi Padang..Rupiah 270,000 dalam lebihkurang RM75.




Hotel penginapan 2 malam di Batam, superior room, Pacific Palace Hotel...


Gokart di Golden City Batam.. masa tiba ke tempat ini, ada masa dalam setengah jam lagi sebelum dia ditutup. Dapatlah pusing satu round...


Salah satu tarikan pengunjung di Batam adalah "Batam Miniature Houses Indonesia". Pak Supir Ujang kata ada 51? 53? suku kaum diseluruh Indonesia...








Kampung Oleh-Oleh di bersebelahan dengan taman rumah miniatur .. kawasan ini tempat membeli oleh-oleh Batam dan spot untuk bermain sukan laut seperti jet ski dan sebagainya.. kami berada di sini pada hari sudah hampir senja.. so sudah tiada aktiviti untuk hari itu...


Pada waktu malamnya kami pergi ke sebuah lagi shopping mall, Diamond City Mall, yang menawarkan  pakaian muslim dan juga barangan elektronik. Katanya, dulu hampir tutup sebelum pakaian muslim menjadi tarikan pengunjung.


Satu lagi tarikan Batam adalah Balerang Bridge.


(Dalam perjalanan ke Jambatan Balerang)

Sampai di Balerang...



Budaya berpantun Melayu...





Dalam perjalanan pulang dari Balerang, melintasi kawasan masjid terbesar di Batam.. Masjid Raya Batam atau dipanggil juga Masjid Agung Batam..



Beli kuih lapis ditempat ianya dibuat....




Di sini kami bertiga mengurut petang tu...


Dan kemudiannya makan malam... katanya keseluruhan kawasan ini termasuk restoran-restoran seafood, Hotel Golden View dan lain-lain yang ada dipunyai oleh seorang tauke..




Hidangan setelah dimasak dan juga... tak lupa... bilnya..


Terlalu banyak makanan, dah serik makan-makan macam ni. Selepas makan, terus balik ke hotel untuk relax dan esoknya kembali ke Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...