Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 26 September 2017

Art In Paradise, Bangkok

Day 5a, Selasa - 29/08/2017

Ada beberapa tempat yang dicadangkan untuk hari ini, antaranya Madame Tussauds di Siam Discovery Mall, Siam Ocean World di Siam Paragon Mall dan Siam Niramit Show. Akhirnya kami memilih untuk ke Art In Paradise di Esplanade Mall.

Kami sampai agak awal di Esplanade Mall di mana perniagaan baru saja bermula. Kami terus ke tingkat atas mall untuk mencari Art In Paradise. Staff panggung wayang di tingkat atas itu menunjukkan kepada kami elevator, naik setingkat lagi untuk ke level 4.

Agaknya kami antara yang terawal ke galeri 3D ini pada hari itu. Tiket masuk adalah THB400 seorang. Kami berhajat membayarnya dengan kredit kad oleh kerana hendak menjimatkan wang tunai yang ada di tangan, tetapi mereka hanya menerima urusniaga tunai sahaja.

Ada satu lagi museum art 3D di MBK Center  yang lebih baru, tetapi ruangnya lebih kecil dan bayaran masuknya lebih mahal berbanding dengan yang di Esplanade Mall. Rata-rata bayaran masuk galeri 3D di Malaysia adalah lebih murah, cuma ruang galerinya lebih kecil. Masa ke Sg. Lembing, Pahang dahulu, ada juga beberapa galeri 3D. Kami pernah masuk galeri yang di Shah Alam seketika dahulu.

Foto-foto di bawah ini adalah ruang lobi pintu masuk utama Esplade, di penuhi dengan ruang-ruang perniagaan ala gerai.



Selepas menghabiskan masa bergambar di galeri 3D ini, kami mengambil teksi ke Terminal 21 (entri selepas ini) di mana selain dari menjejak kaki di Terminal 21, kami meninjau sistem BTS mereka untuk ke kawasan Siam Paragon dan seterusnya ke Asiatique Riverfront.

Kos pengangkutan untuk hari ini..
  • Teksi hotel ke Esplanade 117B
  • Teksi Esplanade ke Terminal 21 150B (tak guna meter)
  • BTS Asok Station ke Siam Station 112B (untuk 4 pax)
  • BTS Siam Station ke Sampha Taksin Station 136B (untuk 4 pax)
  • Feri dari Sampha Taksin ke Asiatiqe 120B (untuk 4 pax)*
  • Taxi dari Asiatiqe ke hotel 250B (termasuk 50B toll)
  • Service mendapatkan Taxi di Asiatiqe 20B
* Ada feri percuma yang disediakan oleh Asiatique Riverfront, kena tengok jadualnya untuk mengelak menunggu lama ketibaan feri di jeti.

Banyak arts dalam galeri ini sampai ada yang sudah tidak larat lagi nak bergambar. Di bawah ini sebahagian dari foto-foto 'trick eye' yang diambil semasa berada di sini.


 

















 













 







Saturday, 23 September 2017

Wat Arun & Masjid Tonson, Bangkok

Day 4b, Isnin - 28/08/2017

Menyusul post sebelum ini (Day 4a), dari Maeklong Railway Market kami balik ke bandar Bangkok, untuk ke Wat Arun.


Wat Arun

Tiket masuk setiap seorang adalah THB50. Sepertimana memasuki tempat-tempat ibadat pelbagai agama, anda dikehendakki berpakaian sopan. Pakaian menutup badan (selalunya diperlukan oleh pelancong-pelancong barat) ada disediakan di pintu-pintu masuk.



'Detailing'nya sungguh menarik..


Kami berjalan di kawasan tepian Sungai Choa Phraya dan di seberang sana, adalah Grand Palace (tak ambil foto). Kami tidak menziarahinya, tetapi hanya sekadar melihatnya dari jauh di seberang sungai sebelah sini.


Kawasan tepi sebelah Sungai Chao Phraya..


Jetty boat Wat Arun, Sungai Chao Phraya..


Puas hati meninjau sekeliling kawasan Wat Arun, kami memanggil teksi kami. Drebar tidak dapat pakir di kawasan berdekatan kerana pakir adalah terhad.

Kami ditinggalkan untuk makan tengahari di sini (di luar perkarangan Wat Arun) sambil drebar menunggu di kawasan pakir berdekatan. THB400, makan nasi lauk pauk masakan Thai (4 lauk) dan minuman. Selesai makan tengahari, tuan punya cafe menunjukkan kami arah masjid yang ada berdekatan kawasan itu.



Masjid Ton son

Masjid Ton Son ditubuhkan pada 1688 pada zaman pemerintahan king narai the great, Chao Phraya Ratchawangsanseni (Mahmud), dikatakan masjid tertua di Bangkok.
 

Terdapat kubur di kawasan masjid..


Drebar menunggu di kawasan pakir masjid yang agak luas..


Selepas itu kami ke kawasan Little India (kawasan Phahurat Market). Terpesona juga melihat kain lace yang cantik dengan harga yang berpatutan.  Cuma satu hal, kebanyakan jual beli di sini menerima bayaran tunai dan jarang sangat kedai yang menerima kad kredit.

Selepas meninjau gudang jualan kain di sini, kami bercadang untuk berjalan kaki ke Chinatown (lebihkurang 1km dari sini) pula dan kemudiannya terus ke Asiatique River Front. Malangnya, hujan telah turun lalu kami memesan teksi di luar gudang tersebut untuk terus balik ke hotel.






Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...