Menyusul post sebelum ini (Day 4a), dari Maeklong Railway Market kami balik ke bandar Bangkok, untuk ke Wat Arun.
Wat Arun
Tiket masuk setiap seorang adalah THB50. Sepertimana memasuki tempat-tempat ibadat pelbagai agama, anda dikehendakki berpakaian sopan. Pakaian menutup badan (selalunya diperlukan oleh pelancong-pelancong barat) ada disediakan di pintu-pintu masuk.
'Detailing'nya sungguh menarik..
Kami berjalan di kawasan tepian Sungai Choa Phraya dan di seberang sana, adalah Grand Palace (tak ambil foto). Kami tidak menziarahinya, tetapi hanya sekadar melihatnya dari jauh di seberang sungai sebelah sini.
Kawasan tepi sebelah Sungai Chao Phraya..
Jetty boat Wat Arun, Sungai Chao Phraya..
Puas hati meninjau sekeliling kawasan Wat Arun, kami memanggil teksi kami. Drebar tidak dapat pakir di kawasan berdekatan kerana pakir adalah terhad.
Kami ditinggalkan untuk makan tengahari di sini (di luar perkarangan Wat Arun) sambil drebar menunggu di kawasan pakir berdekatan. THB400, makan nasi lauk pauk masakan Thai (4 lauk) dan minuman. Selesai makan tengahari, tuan punya cafe menunjukkan kami arah masjid yang ada berdekatan kawasan itu.
Masjid Ton son
Masjid Ton Son ditubuhkan pada 1688 pada zaman pemerintahan king narai the great, Chao Phraya Ratchawangsanseni (Mahmud), dikatakan masjid tertua di Bangkok.
Terdapat kubur di kawasan masjid..
Drebar menunggu di kawasan pakir masjid yang agak luas..
Selepas itu kami ke kawasan Little India (kawasan Phahurat Market). Terpesona juga melihat kain lace yang cantik dengan harga yang berpatutan. Cuma satu hal, kebanyakan jual beli di sini menerima bayaran tunai dan jarang sangat kedai yang menerima kad kredit.
Selepas meninjau gudang jualan kain di sini, kami bercadang untuk berjalan kaki ke Chinatown (lebihkurang 1km dari sini) pula dan kemudiannya terus ke Asiatique River Front. Malangnya, hujan telah turun lalu kami memesan teksi di luar gudang tersebut untuk terus balik ke hotel.
Selepas meninjau gudang jualan kain di sini, kami bercadang untuk berjalan kaki ke Chinatown (lebihkurang 1km dari sini) pula dan kemudiannya terus ke Asiatique River Front. Malangnya, hujan telah turun lalu kami memesan teksi di luar gudang tersebut untuk terus balik ke hotel.
No comments:
Post a Comment