Menggunakan lebuhraya Plus Utara Selatan, keluar di tol Tapah untuk menuju ke CH. Jarak dari Tapah - Cameron Highlang sekitar 60km mengambil masa satu jam setengah untuk sampai. Ini kerana jalan yang kecil berliku dan mempunyai banyak selekoh tajam, kelajuan kenderaan antara 40-50km/jam sahaja. Jalan tidaklah sesibuk mana walaupun masih dalam cuti sekolah. Mungkin kerana ada beberapa jalan pilihan untuk menuju ke CH seperti dari Simpang Pulai dan jika dari Kelantan boleh melalui Gua Musang.
Jika mendaki melalui jalan Tapah, pekan yang pertama akan sampai ialah Ringlet, diikuti dengan Habu, Tanah Rata, Brincang, Keafarm, dan Tringkap.
Singgah membeli petai di tepi jalan yang dijual oleh orang asli. Jangan kata petai di sini murah... sama juga dengan KL, harga rm10 seikat untuk 10 keping. Bila ditawar dapatlah harga rm8. Sambal bilis petai untuk nasi lemak esok tentu lebih umpp!
Ladang teh Boh Farlie di Habu
Di sini kita boleh melihat bagaimana cara pemprosesan teh, boleh berehat di restoran sambil menikmati teh dengan kek strawberi atau scone panas dan boleh membeli produk teh di teh shop center.
Saya berpuas hati dengan teh kualiti eksport yang dibeli disini, terasa keenakan dan keasliaan tehnya.
anak-anak lah yang paling seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai |
Dari Tanah Rata menuju ke Brincang, terdapat satu perkampungan tradisional yang merupakan penempatan pertama orang melayu, iaitu kampung Taman Sedia. Di sini terdapat beberapa agro farm strawberi, ada cafe, dan beberapa unit homestay. Tentu seronok menginap dalam suasana kampung yang dikelilingi ladang strawberi. Lain hari saya tentu akan mencari penginapan di sini jika bersesuaian.
YZ Agro Strawberry.. antrara farm yang terdapat di Kg. Taman Sedia |
anak-ank seronok dengan aiskrim strawberri malaysia |
Pasar malam di Brinchang
Kebiasaannya pada hari Sabtu dan Ahad, tetapi semasa cuti sekolah ia dibuka pada setiap hari, bermula seawal jam 4 petang Sesak dengan pengunjung. Yang menarik perhatian saya di sini ialah jagung rebus dan ubi keledek rebus yang manis rasanya. Selain itu sayur goreng ala tempura seperti brokoli, kencum, cendawan dan daun bayam. Kencum adalah kuntum dari bunga lily. Rasanyanya manis bunga.. agak unik juga. Barangan cenderamata juga banyak dijual. Strawberi dijual mengikut saiz, ada yang 4 pack rm20, 2 pack rm25... dan malam itu anak-anak berkenduri strawberi coklat yang dibuat sendiri di apartment.. makanlah hingga puas..
kencum yang belum dimasak |
Cameron Lavender di Tringkap
Bukan sahaja lavender, terdapat juga bunga lain yang bermacam warna cantik berkembang. Tempat ini dibuka pada tahun 2013, bayaran masuk ialah rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak.
self picking fresh strawberry |
nak petik bunga sendiri pun boleh.. rm2 setangkai |
Sebelum ke Lavender garden, kami singgah di Keafarm untuk membeli sayur-sayuran dan strawberi untuk dibawa pulang. Bunga segar pun ada.. tapi jangan terpesona sangat dengan bunga awet yang katanya boleh tahan hingga dua tahun, sebab itu cuma janji manis si penjual sahaja. Hakikatnya 2 minggu pun tak tahan.. harga seikat dijual rm10. makcik adik beradik belilah 5 ikat, percuma 3 ikat.. tapi tipah tertipu rupanya..
bunga awet yang katanya tahan 2 tahun tunggu masa untuk dicampak dalam tong sampah |
No comments:
Post a Comment